Mula Mula Sakit Kepala Biasa Pembuluh Darah Di Otak Pecah Saluran Air Membengkak Wanita Anak 4 Meninggal Dunia
“Mula-Mula Sakit Kepala Biasa…” – Pembuluh Darah Di Otak Pecah & Saluran Air Membengkak, Wanita Anak 4 Meninggal Dunia! Tak dapat kami bayangkan perasaan anak-anak kecil ini saat kehilangan ibu mereka secara tiba-tiba. Pada awalnya, wanita ini sering mengadu sakit kepala namun apabila diperiksa doktor hanya memberitahu kemungkinan disebabkan migrain atau kitaran haid tidak teratur.
Sehinggalah pada suatu hari, wanita ini rebah secara tiba-tiba dan meninggal dunia selepas disahkan saluran otak membengkak dan pembuluh darah pecah. Ya Allah sedihnya..
Hanya gangguan kitaran haid
25 may 2019: Perginya seorang ibu beranak empat di bulan yg mulia ini disebabkan pembuluh darah pecah di otak. Sekejap ja benda nak jadi.. mulanya mengadu sakit kepala, si suami dah bawak pergi check hospital bahagian emergency, doktor cakap gangguan kitaran haid dan migrain.. pastu diorang balik rumah macam biasa
2 ke 3 hari lepas, si mak pergi bazar ramadan terdekat dengan anak dia beli makanan nak berbuka puasa.. on the way nak balik rumah, si mak berhenti-henti motor tepi jalan sebab kata anak dia si mak pandangan asyik gelap, nak bawak moto tak nampak tapi si mak ni gagahkan jugak diri bawak moto sampai rumah
Salurah utama pecah
Dah sampai rumah nak dekat pukul 7 malam tu, masuk dalam rumah si mak rebah, kebetulan si suami ada di rumah masa tu dan sempat disambut oleh suami dia dan terus bawak pergi hospital melaka (si mak ni koma dan kritikal). Keesokan hari transfer ke #ppum si mak masih lagi koma dan kritikal sehingga la doktor datang bagitau pada si suami, harapan untuk pulih amatlah tipis kerana keputusan scan otak dia didapati otak dia dah dipenuhi blood cloth, saluran utama pecah, kandungan garam tinggi, saluran air kat otak pun membengkak. Peluang untuk hidup sangat tipis.
Sedih si suami bila terkenangkan anak-anak yang masih kecil bakal kehilangan ibu tercinta (anak sulung umur 11 tahun, anak dua dan tiga aku lupa tanya. Anak bongsu umur setahun 5 bulan dan masih menyusu badan)- hari ni last si bongsu minum susu mak dia, alhamdulillah tadi nurse usahakan utk pam susu si mak.. (tadi tengok dia minum susu mak dia, nk tumpah jugak ayaq mata aku)
Keputusan ibu dan anak negatif
Malam 24 may 2019, doktor cakap dia akan buat second test keesokan hari untuk tentukan si mak ni akan bagi positif atau negatif respon. Kalau positif doktor akan usahakan lagi untuk selamatkan si mak, kalau kedua2 test negatif si suami, anak-anak dan family kena terima ketentuan ilahi
Setelah buat kedua-dua test tersebut hari ni mmg tiada respon dari si mak, keputusannya negatif. Semoga kak fazilah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Selamatkan perjalanan pulang jenazah dan family dari PPUM ke Perlis dan engkau mudahkan la urusan beliau di dunia dan di akhirat. amin
#kisahbenar #sepupuaku
Sumber : Norzatul Akmar
The post “Mula-Mula Sakit Kepala Biasa…” – Pembuluh Darah Di Otak Pecah & Saluran Air Membengkak, Wanita Anak 4 Meninggal Dunia! appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/mula-mula-sakit-kepala-biasa-pembuluh-darah-di-otak-pecah-saluran-air-membengkak-wanita-anak-4-meninggal-dunia/