Waspada Ini Akibatnya Kerap Kurung Kucing Dan Ketahui Waktu Sesuai Diletakkan Dalam Sangkar
Waspada, Ini Akibatnya Kerap Kurung Kucing Dan Ketahui Waktu Sesuai Diletakkan Dalam Sangkar
BIMBANG hilang atau dicuri, ada sesetengah pemilik kucing lebih gemar mengurung kucing kesayangan mereka dalam sangkar.
Namun tindakan itu sebenarnya merupakan perbuatan yang dapat memberikan kesan negatif kepada kucing dan perlu dihindari sekiranya tiada sebarang keperluan berbuat demikian.
Terdapat dua risiko utama membiarkan kucing duduk di dalam sangkar untuk tempoh yang lama, iaitu;
1. Lebih mudah alami tekanan
Perkara utama yang akan berlaku jika berterusan mengurung kucing anda di dalam sangkar adalah si bulus akan berasa bosan dan tertekan.
Perlu diingatkan bahawa kucing adalah haiwan liar dan bersifat teritorial – mereka memerlukan kawasan yang luas untuk melakukan pelbagai perkara tanpa sebarang sekatan. Jadi ketika kucing terus dikurung, pastinya mereka akan berasa bosan dan tertekan apatah lagi terpaksa duduk dalam kandang yang sempit.
Apabila kucing dalam keadaan tertekan, haiwan ini akan lebih mudah jatuh sakit selain mendapat masalah kemurungan.
2. Menjadi lebih agresif
Selain bosan dan tertekan, kucing yang terus menerus dikurung dalam kandang juga boleh berubah menjadi lebih agresif dan berubah sikap seperti lebih suka menggigit atau mencakar orang di sekelilingnya.
Perubahan sikap itu sebenarnya satu tindak balas seolah-olah ‘membalas dendam’ kerana terlalu lama dikurung dan tidak dapat bergerak aktif.
Bilakah waktu terbaik mengurung kucing di dalam kandang?
Ada waktu tertentu anda boleh memasukkan kucing ke dalam sangkar seperti saat kucing betina melahirkan anak. Mengurungnya akan membolehkan pemilik memeriksa keadaannya sebelum dan selepas melahirkan.
Kucing juga perlukan kebebasan.
Anak-anak kucing yang baru sahaja dilahirkan juga lebih sesuai diletakkan di dalam kandang sehingga usianya mencecah dua tahun. Ini kerana sangkar boleh menjadi tempat perlindungan untuk anak-anak kucing.
Ibunya juga lebih sesuai diletakkan dalam sangkar kerana lebih mudah mengawal pergerakan dan proses pemulihan selepas kelahiran.
Selain itu, kucing yang sedang sakit lebih baik diasingkan agar tidak menjangkiti kucing lain.
Waspada, Ini Akibatnya Kerap Kurung Kucing Dan Ketahui Waktu Sesuai Diletakkan Dalam Sangkar
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
Dia nak mengurat siapa, itu hak dia, saya tidak lagi berstatus isterinya – Nadia Brian
Kura-kura terhempas kerana pujian – Shabery
Fitnah PM: SetPol buat laporan polis
Tomok terima royalti RM19.06 untuk 7 tahun
PN dicabar letak Muhyiddin sebagai ‘poster boy’ di Johor
Isu saham Azam Baki, pemberi maklumat dipanggil ke Bukit Aman
PH ubah peraturan hutang, Najib tegur Pua ‘beremosi’
Digelar itik patah kaki? PAS boleh ‘pergi lebih jauh’ – Azan
Bagaimana TMJ boleh tahu cerita dalam kelambu?
Sekolah Cina tolak 1,208 guru BM KPM, diganti calon ‘walk in’?
Ini sebab mengapa Anwar elak menggunakan logo PH dalam PRN Johor
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah
Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?
The post Waspada, Ini Akibatnya Kerap Kurung Kucing Dan Ketahui Waktu Sesuai Diletakkan Dalam Sangkar appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/02/01/waspada-ini-akibatnya-kerap-kurung-kucing-dan-ketahui-waktu-sesuai-diletakkan-dalam-sangkar/