Warung Teratak Bonda Arau Tempat Makan Best Di Perlis Dengan View Sawah Bendang
Kalau korang tengah cari tempat makan best di Perlis, ini antara spot yang korang wajib singgah! Warung Teratak Bonda terletak di Arau, betul-betul bersebelahan sawah padi. Vibe kampung yang mendamaikan memang buat ramai pengunjung jatuh cinta 
Bayangkan makan sambil angin sawah sepoi-sepoi bahasa… memang syok!

Menu Popular di Warung Teratak Bonda

Antara menu yang kami cuba:
:

✅ Pulut Ayam Berempah – ayam lembut & berempah, pulut pun lemak berkrim sedap!
✅ Roti Puri Ikan Temenung – ikan temenung fresh, kuah padu!
✅ Peknga Pisang & Peknga Biasa – cicah sambal sardin, memang ngam
✅ Ubi Kayu Rebus + Nyoq (kelapa parut + sedikit garam)
✅ Teh O Suam & Kopi Tarik – lengkap sebagai sarapan kampung 😍
Semua menu di sini bukan saja sedap, tapi harga pun sangat mesra poket

Kenapa Perlu Singgah?
✔ Makanan kampung yang original & fresh
✔ Harga mampu milik untuk semua
✔ View sawah bendang yang menenangkan
✔ Sesuai untuk breakfast / brunch
✔ Port singgah wajib kalau jelajah Arau & Kangar
Ramai juga pelancong yang datang ke sini sebab suasana uniknya

Waktu Operasi Warung Teratak Bonda Arau
📌 Buka setiap hari kecuali Jumaat
⏰ 8.00 pagi – 12.00 tengah hari sahaja
Datang awal ya, sebab menu cepat habis especially hujung minggu
Baca Juga:
Ana Ikan Bakar Petai Kuantan - Seafood Segar & Sambal Petai Legand
Makanan Diet - Rahsia Kekal Langsing

Lokasi Warung Teratak Bonda Perlis
Lokasi masuk sikit dari jalan utama, tapi confirm berbaloi apabila sampai!
Search je di Google Maps/ Waze: Warung Teratak Bonda Arau
Kalau korang berada di Arau, Perlis dan nak cari sarapan sedap, Warung Teratak Bonda memang pilihan terbaik. Makanan sedap + harga berbaloi + view kantoi lawa — semua lengkap dalam satu warung!
So, jangan lupa masukkan dalam itinerary! Boleh jadi warung kegemaran baharu korang! 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://aniemohamed.blogspot.com/2025/10/warung-teratak-bonda-arau.html