Kerajaan Bn Perlu Selesai Isu Pembelian Hartanah Penjawat Awam



Kerajaan BN – PN perlu campurtangan menarik balik notis makluman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) sejak Ogos lalu yang memeningkan fikiran pesara kerajaaan dan penjawat awam yang masih bertugas sejak beberapa bulan lalu.
Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Aizuddin Ariffin, notis berkenaan menyebabkan berlakunya pembatalan bayaran balik (reimbursement) tuntutan fi atau bayaran berkaitan gadaian pembiayaan perumahan, peletakhakan , kaveat dan lain-lain yang berkaitan fi atau bayaran pejabat tanah oleh peminjam atau peguam.
“Saya difahamkan punca utama pembatalan pembayaran balik tuntutan fi pejabat tanah ini adalah berpunca dari kenaikan kadar bayaran pendaftaran untuk urusan pelepasan gadaian dan urusan peletakhakan statutori di Kelantan mulai 01 Januari 2019.
“Jika sedemikian, adalah tidak wajar sama sekali bebanan diletakkan kepada pesara dan penjawat awam.
“Sehingga kini, LPPSA tidak memberi penjelasan apakah punca utama yang menyebabkan Notis Makluman bertarikh 14 Ogos dikuatkuasa dan bagaimana lembaga itu mengambil masa terlalu lama membuat keputusan untuk membatalkan pembayaran balik tuntutan fi pejabat tanah sehingga Mesyuarat Lembaga LPPSA pada bulan Jun 2019,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, menurut Aizuddin, AMK Malaysia menuntut agar LPPSA mematuhi segala peruntukan undang-undang yang termaktub dibawah Akta 767 LPPSA 2015 dan Kanun Tanah Negara (Akta 828) semasa melaksanakan semua urusan pendaftaran fi di Pejabat Tanah agar kakitangan awam lebih terbela dalam urusan melibatkan pembelian hartanah.
“Kami mendesak LPPSA mengembalikan hak mutlak dan tidak menafikan tuan tanah berdaftar atau pemilik menguruskan urusan pendaftaran di Pejabat Tanah mengikut peruntukkan undang-undang di bawah Akta 767 LPPSA dan Kanun Tanah Negara
“AMK juga mendesak LPPSA membatalkan terma terma perjanjian atau persetujuan dari segi tanggungan fi yang telah dicapai dan dimeterai di antara LPPSA dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri yang sehingga kini yang dianggap berat sebelah tanpa mematuhi peruntukkan undang-undang di bawah Akta 767 LPPSA dan Kanun Tanah Negara,” katanya.
Selain itu, Aizuddin juga menggesa LPPSA memberi layanan yang setara dan adil kepada Pesara Kerajaan dan sebahagian Penjawat Awam yang telah menyelesaikan pinjaman perumahan tanpa sebarang masaalah
“Kerajaan juga perlu mengarahkan LPPSA untuk menyelesaikan urusan bayaran pendaftaran fi dengan Pejabat Tanah dan Galian Negeri mengikut peruntukkan undang-undang di bawah Akta 767 LPPSA dan Kanun Tanah Negara tanpa melibatkan tuan tanah berdaftar atau pemilik,” katanya.
AMK juga mahu kerajaan menyatakan berapakah jumlah bilangan pesara kerajaan dan penjawat awam seluruh negara yang tidak mendapat kemudahan bayaran balik tuntutan fi pejabat tanah selepas penguatkuasaan Notis Makluman bertarikh 14 Ogos 2019 dari tempoh 1 Oktober 2019 sehingga kini,
Juga berapakah jumlah bilangan pesara kerajan dan penjawat awam yang mendapat kelulusan bayaran balik tuntutan sebelum 30 September 2019 tetapi memohon bayaran balik tuntutan fi selepas 1 Oktober 2019, dan pembayaran balik tersebut ditolak oleh LPPSA berikutan kelewatan memohon.
“Justeru itu, saya menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri segera campurtangan dalam isu penarikan balik notis makluman bertarikh 14 Ogos 2019 daripada LPPSA ini dan kembalikan hak yang sepatutnya kepada pesara dan sebahagian penjawat awam di Malaysia, ” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33814

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pertimbang Cuti Khas Penjawat Awam Jadi Sukarelawan Pascabanjir

Kerajaan Pertimbang Cuti Khas Penjawat Awam Jadi Sukarelawan Pascabanjir

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 231 hits
KERAJAAN mempertimbangkan cuti khas kepada penjawat awam yang terlibat sebagai sukarelawan pascabanjir kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali Beliau berkata pemberian cuti itu akan membolehkan lebih ramai penjawat awam turun mem...
Khairy Jadi Sasaran Tiong Lagi Kali Ini Isu Pembelian Vaksin

Khairy Jadi Sasaran Tiong Lagi Kali Ini Isu Pembelian Vaksin

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 188 hits
Khairy jadi sasaran Tiong lagi kali ini isu pembelian vaksin Selepas mempertahankan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sekali lagi menjadi sasaran Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing Kali ...
Tiba Masanya Jawatan Tertinggi Penjawat Awam Digubal Secara Demokrasi

Tiba Masanya Jawatan Tertinggi Penjawat Awam Digubal Secara Demokrasi

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 223 hits
Bagaimana proses pemilihan bagi jawatan tertinggi dalam kerajaan dibuat adakah ia dipilih secara demokrasi ataupun pemilihan hanya melalui prestasi yang dirasakan oleh mereka tertentu untuk diangkat sebagai pegawai tertinggi kerajaan Sekira...
Wartawan Tua Minta Kerajaan Pahang Jawab Isu Penemuan Kepala Balak Di Hulu Telemong

Wartawan Tua Minta Kerajaan Pahang Jawab Isu Penemuan Kepala Balak Di Hulu Telemong

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 300 hits
BENTONG Aktivis alam sekitar yang juga merupakan bekas Ketua Pengarang Berita TV3 Khaidir Ahmad a k a Wartawan Tua yang menjalankan misi mencari punca sebenar becana tsunami balak melanda Kampung Sri Telemong disini baru baru ini mendakwa b...
Azam Baki Sifat Tidak Amanah Yang Berlaku Pada Ramai Penjawat Awam Dan Asatizah

Azam Baki Sifat Tidak Amanah Yang Berlaku Pada Ramai Penjawat Awam Dan Asatizah

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 194 hits
Hari ini ramai yang tetrumpu kepada salah laku dari Pemilikan Saham Azam Baki Sebenarnya apa yang berlaku kepada Azam Baki berlaku pada ramai penjawat Awam hatta Asatizah tanpa mereka mereka sedang melakukan Salah Laku dan sifat tidak Amana...
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Tahun 2022

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Tahun 2022

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 402 hits
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Tahun 2022 Berita merupakan Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Bagi Tahun 2022 di seluruh negeri di Malaysia Ianya dapat menjadi panduan kepada semua kakitangan awam dalam merancang per...
Selesai Isu Sprm Segera Bagi Elak Kemelut Berpanjangan Abu Zahar

Selesai Isu Sprm Segera Bagi Elak Kemelut Berpanjangan Abu Zahar

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 212 hits
AGENDA DAILY Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki Kemelut yang berpanjangan dan sengaja dimainkan pihak tertentu yang mahu meraih keuntungan politik melibatkan isu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hanya akan akan...
Henti Pembalakan Tidak Selesai Isu Banjir Pahang

Henti Pembalakan Tidak Selesai Isu Banjir Pahang

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 213 hits
Tindakan Kerajaan Negeri Pahang mengeluarkan perintah larangan melakukan aktiviti berkaitan penebangan balak melalui Jabatan Perhutanan Negeri kelmarin seolah olahnya mengaku bahawa pembalakan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan ba...
Flood Situation In Sabah Worsens

St99 Wtf 3 April 2025 Sretthi99 24 Top 93 By Carmella

Unifi Dah Boleh Guna

Fahmi Cabar Annuar Musa Jumpa Penduduk Kampung Sg Baru Saya Rasa Dia Tak Berani

Rm500 000 Fine Or Jail For 3r Violations Warns Fahmi

Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Aaron Wooi Yik End Title Drought With Bac Victory

Pemilihan Pkr Adun Nafi Tunjuk Pistol Pada Pencabar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Hukum Membatalkan Puasa Ganti

Hadiah Birthday Yang Tertangguh

Pelita Raya Memeriahkan Suasana Raya

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Lirik Lagu Tum Hi Ho Dan Terjemahan Arijit Singh