Setuju Dengan Kadir Jasin Menteri Dan Pegawai Perlu Masuk Sekolah


REAKSI

CADANGAN A Kadir Jasin agar para menteri, timbalan menteri, menteri besar disekolahkan sebelum rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan Harapan sangat disokong.

Mungkin ayat digunakan Kadir itu kasar tetapi itulah hakikat yang berlaku kini. Ada menteri perlu di sekolah, bukan sekolah rendah sahaja, tetapi ada yang perlu masuk ke pra-sekolah.

Jika ada menteri, timbalan menteri, kurang cerdik, kekok, masih terpinga-pinga, terkial-kial untuk menjalankan tugas, kita tidak perlu kesal sangat, sebab hakikat yang kena sedar mereka adalah orang baharu yang cetek pengalaman sebagai pentadbir, pemimpin dan diplomatik kerajaan. Ini kita kena akui.
Pun begitu kekurangan itu bukan alasan untuk memaafkan mana-mana menteri yang lambat untuk jadi cerdik atau pun tidak tahu membaca, mengeja dan mengira.

Menteri persis ini adalah yang “benak”. Orang benak jika diajar berkali-kali pun payah untuk faham. Benak satu hal jika dicampur dengan sombong, jadi benak sombong lagilah sukar. Yang benak sombong ini tidak mahu mengaku kelemahan, tetapi masih perasaan dirinya pandai.

Pandangan dan kritikan Kadir itu harus diterima semua pihak kalau mahu melihat kerajaan hari ini bertahan lama. Daya tahan kerajaan dan usianya bergandung kepada rakyat. Bila rakyat terutamanya penyokong cemuh, marah, kerajaan boleh jatuh dalam sekelip mata sahaja. Rakyat bagaikan api yang  menyala akan membakar hangus apa yang ada. 
Banyak aspek yang menteri baharu perlu disekolahkan. Dari sikap dan cara berfikir. Seperti kata Kadir untuk mengharap Dr Mahathir mendidik, bukan masanya lagi. Masa untuk mendidik sudah berlalu, sebab Dr M sudah pun “bersara” dari alam persekolahan, mengajar.

Makanya menteri kena belajar sendiri, ada inisitif untuk mempelajari sendiri seluk beluk pentadbiran, belajar berifkir untuk mencungkil idea-idea yang baik demi rakyat. Juga belajar untuk membuang gaya dan sifat yang memuakkan rakyat besar diri dan mula egois bila ada jawatan.

Untuk mengenal diri dan stail Dr Mahathir, sebelum ini saya pernah cadangkan agar menteri membaca buku DOKTOR UMUM - Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad. Dari buku itu banyak dapat dipelajari apa dilakukan Dr Mahathir dan juga mengenal dirinya sebagai seorang pemimpin yang sukses. Dari buku dapat mengenali beliau sebagai seorang Doktor, sebagai seorang PM, seorang rakyat biasa, seorang pemikiran dan segala-galanya.

Banyak ilmu-ilmu untuk muncul menjadi seorang menteri yang baik dan kredibale. Jalan dan ilmu pengetahuan dibentangkan dalam memoir itu sangat berguna.

Iya untuk mendapat dan mendampingi Dr Mahathir bagi mencungkil segala rahsianya, sudah tidak mungkin kerana batasan waktu dan keadaan. Tetapi bukulah menjadi penggantinya dan makenisme terbaik untuk mempelajari dan memikirkan tentang kesuksessannya menjadi PM 22 tahun. Nah baca. Saya tidak dapat pasti berapa ramai menteri yang sudah menghadam buku berkenaan. Atau masih ada tidak pernah dengar dan pegang buku berkenaan. Agak malang kalau ada sebagai seorang politik tidak mengambil peduli buku itu.

Dr Mahathir mungkin terfikir hal ini, — kelemahan dan kegagalan beberapa orang menterinya, tetapi masakan beliau perlu menyuruh dan memaksa orang membaca bukunya. Sepatutnya semua mengambil inisitif sendiri.

Saya percaya sudah ada sikap baharu dikalangan menteri kini selepas mereka menajdi menteri. Mereka belajar berdisiplin dan bekerja segigih Dr Mahathir Mohamad. Ini sudah bagus. Apa yang dirasai oleh seorang rakan saya yang jadi menteri, jelasnya bahawa beliau sedang diajar cara memimpin seperti Dr Mahathir.

Saya tidak perlu menuturkan apa-apa kelemahan yang ada kepada menteri, kerana sudah kerap kita menegurnya. Apa yang diluahkan dalam media sosial bukan semuanya bersifat dengki dan benci, tetapi ada kebenarannya. Malanglah kalau anda berasa lontaran dalam media massa mengenai anda sebagai benda remeh dan tidak level anda.

Dalam pada itu yang perlu belajar bukan sahajha menteri tetapi orang di sekeliling menteri juga — para pegawainya. Dari setiausaha sulit kepada setiausha politik, setisusaha akhbar dan pegawai khas, harus, juga mereka semua kena belajar. Cukuplah belajar cara pakai tie atau cara berjalan, tetapi apa harus difikir dan dilakukan melengkapkan anda sebagai seorang pegawai membantu jaya menteri bukan menambah kelemahan dan keburukan menteri.

Jika anda juga macam menteri anda, kurang pengalaman, cari dan temuilah bekas-bekas pegawai atau setiausaha menteri untuk menimba ilmu daripada mereka. Jaya dan gagal menteri terletak kepada sejauh mana peranan dfan fungsi anda. Trims. [wm.kl.1.30 am 21/10/18]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2018/10/setuju-dengan-kadir-jasin-menteri-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Kurniaan Anugerah Gelaran Kadir Jasin Setuju Pendirian Dap

Isu Kurniaan Anugerah Gelaran Kadir Jasin Setuju Pendirian Dap

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 267 hits
Pada 17 Oktober 2018Hal yang hendak saya kupas ini mungkin sensitif dan menyinggung perasaan Jadi saya mulakan dengan memohon ampun kepada sesiapa juga yang berasa tersinggung Ada dua aliran pemikiran dalam hal yang hendak saya bahaskan ini...
40 Ahli Parlimen Umno Jumpa Dr M Dijangka Masuk Ppbm A Kadir Jasin

40 Ahli Parlimen Umno Jumpa Dr M Dijangka Masuk Ppbm A Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 476 hits
JOHOR BAHRU Kira kira 40 ahli Parlimen Umno dikatakan berkemungkinan meninggalkan parti itu dan menyertai PPBM Ahli Majlis Tertinggi PPBM Datuk A Kadir Jasin berkata mereka dikatakan berpotensi berbuat demikian kerana sudah beberapa kali me...
Wartawan Jangan Terikut Dengan Menteri Tak Pandai Berhujah A Kadir Jasin

Wartawan Jangan Terikut Dengan Menteri Tak Pandai Berhujah A Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 378 hits
SHAH ALAM Wartawan boleh menjadi pembetul arah dan memberi teguran kepada barisan Menteri Kabinet dalam pentadbiran kerajaan baharu Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri Datuk A Kadir Jasin berkata wartawan kini tidak perlu...
Kadir Jasin Jentik Agong Raja

Kadir Jasin Jentik Agong Raja

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 338 hits
Tokoh wartawan negara Datuk A Kadir Jasin terus menjentik institusi diraja khususnya Yang di Pertuan Agong melalui satu tulisan yang dimuatnaik di laman blognya Bekas Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan itu mempersoalkan pe...
Apa Muslihat Kadir Jasin Bangkit Hal Ydp Agong

Apa Muslihat Kadir Jasin Bangkit Hal Ydp Agong

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 319 hits
ULASAN l Hakikat bahawa Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah pun diperkatakan secara meluas selepas Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum 9 Mei lalu W...
Katanya Kerajaan Ph Terdedah Kepada Sabotaj Dari Dalam A Kadir Jasin

Katanya Kerajaan Ph Terdedah Kepada Sabotaj Dari Dalam A Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 362 hits
Oleh A Kadir JasinIrwan Serigar berkempen di Langkawi melawan Dr MahathirBAHAYA kerajaan baru Pakatan Harapan disabotaj tidak dapat ditolak begitu sahaja dan terdapat dua sumber utama kepada ancaman ini Pertama pemimpin PH termasuk anggota ...
Skim Kadir Jasin Lagi Cepat Kaya Selamat Dari Jho Loh Pak Man Telo

Skim Kadir Jasin Lagi Cepat Kaya Selamat Dari Jho Loh Pak Man Telo

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 637 hits
CARA JADI KAYA SKIM KADIR JASIN BUKAN PAK MAN TELO ATAU JHO LOWCara Kadir Jasin Melombong WANG BESAR Tak susah kita nak faham apa yang tersirat dalam posting A Kadir Jasin yang di siarkan oleh portal Malaysiakini Posting yang di maksudkan b...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game