Warisan Bonda Mardhiyyah Hotel Suites Buffet Buka Puasa Ramadhan 2022 Di Selangor
WARISAN BONDA MARDHIYYAH HOTEL & SUITES BUFFET BUKA PUASA RAMADHAN 2022 DI SELANGOR - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ! Pejam celik, pejam celik dah nak puasa kita ,kan ! Macam biasa, bila bulan puasa je, mesti kita nak rewards diri buka puasa makan sedap-sedap. Lagi pun, bulan Ramadhan selalunya kita boleh menikmati buffet buka puasa.
WARISAN BONDA MARDHIYYAH HOTEL & SUITES BUFFET BUKA PUASA RAMADHAN 2022 DI SELANGOR
Jikalau korang di sekitar Selangor atau Shah Alam. Mummy rekemen sangat korang menjamu selera WARISAN BONDA MARDHIYYAH HOTEL & SUITES BUFFET BUKA PUASA RAMADHAN 2022 DI SELANGOR
Mardhiyyah Hotel & Suites (MHS) kali ini, tema “Warisan Bonda” menjadi pilihan dengan menampilkan hidangan aneka juadah tempatan dan antarabangsa. Berkonsepkan tradisional melayu, keindahan lokasi Royale Songket, Mardhiyyah Hotel & Suites akan ditambah seri dengan dekorasi-dekorasi menarik yang mampu mengimbau kembali nostalgia iftar bersama ahli keluarga dan rakan taulan
Bufet Ramadan Warisan Bonda ini menawarkan pelbagai pilihan masakan berasaskan menu seperti air tangan bonda. Antara menu utama yang akan diketengahkan adalah masakan tempatan seperti Nasi Putih, Nasi Kandar, Nasi Minyak, Ayam Rempah Kuzi, Gulai Lemak Ikan Merah Belimbing Buluh, Rendang Daging Bonda, Kambing Penanggah, Udang Telur Asin, Sotong Kam Heong, Wok Goreng Baby Kailan dengan Bawang Putih dan macam-macam lagi pilihan yang ada
Untuk menambah aneka makanan warisan, chef terbaik kami menyediakan variasi sambal seperti Sambal Belacan, Cincaluk, Budu, Kicap Cili Padi, Air Asam, Sos Percik, Sambal Kicap Pedas untuk dipadankan bersama ulam-ulaman. Tambahan pula, Kerabu Ayam, Kerabu Kacang Botol, Jantung Pisang, Kacang Panjang Rojak Buah, Popiah Basah, Jeruk Buah Cermai, Kelubi, Betik, Salak & Anggur menjadi pelengkap hidangan berkonsepkan warisan. Tidak dilupakan masakan pilihan antarabangsa. Antaranya Garden Salad, Tuna Salad, Grill Chicken Salad, Coleslaw, Classic Macaroni Salad dan Italian Dressing, Sushi, Maki & Tempura Mariowase, dan aneka jenis pasta
Selain itu, suasana yang sedia ada indah di Royale Songket akan diserikan dengan Makanan tradisional. Para tetamu boleh melihat barisan aneka makanan seperti “Paling Hangat” SmokeyHickory Roasted Whole Lamb, Makanan Masakan Selera Timur Tengah, Penang Best, Masakan Panas, Bazaar Minuman, Masakan Cina dan Jepun, Masakan Aneka Mee, Aneka Cucur dan yang dinanti-nanti iaitu Hidangan Pemanis Selera
Seperti tahun sebelum ini, Smoke & Grill menjadi tarikan terhangat dalam Bufet Ramadan di MHS. Untuk Bufet Ramadan Warisan Bonda kali ini, barisan Chef sekali lagi membawakan kepada tetamu “Smoke Hickory Roasted Whole Lamb” bersama Sayur Pangang dan dilengkapkan dengan Sos Lada Hitam dan Sos Cendawan
Disamping itu, tetamu boleh menikmati masakan panas di mana chef kami akan membuat “live cooking”. Antara pilihan menu yang boleh dinikmati adalah Mee Goreng Mamak & Penang Char Koey Teow. Tetamu juga boleh menikmati variasi Laksa, Sup Ayam Utara, Nasi Kuning, Chicken Mandy, Roti John Briyani Daging, Murtabak Ayam dan tidak dilupakan Bubur Lambuk
Apabila seharian berpuasa menahan lapar dan dahaga, sudah pastinya pilihan minuman yang disediakan melengkapi juadah iftar para tetamu. Oleh itu, hilangkan dahaga dengan pelbagaijenis minuman panas mahupun sejuk seperti Brewed Premium Coffee, Teh Tarik, Nescafe Tarik, Sweet Corn Drink, Blue Lime Soda, Iced Chocolate, Sirap Bandung dan Soya Bean
Selepas mencuba hidangan bufet utama yang pelbagai, hidangan pemanis selera pasti terus membangkitkan selera para tetamu. Mesti cuba hidangan pemanis mulut pula! Chef Pastri kami menyediakan aneka kuih tradisi melayu yang utama, Sago Gula Melaka, Chilled Honey Dew dengan Pearl Sago, Agar-Agar dan Pudding, Ais Kacang, Waffle, Bubur Gandum Pandan GulaAnau, Marble Cheese Cake, Pandan Tiramisu, Red Velvet, Chocolate Moist Cake, Brownies, Dates, Bread & Butter Pudding dan Aneka Buah-Buahan
PAKEJ SAHUR WARISAN BONDA MARDHIYYAH HOTEL & SUITES
Untuk makluman, Bufet Ramadan Warisan Bonda ini juga menyediakan pakej hidangan untuk bersahur. Tetamu boleh datang ke Royale Songket untuk bersahur di mana hidangan utamanya adalah Nasi Putih, Fried Noodle With Seafood, Ayam Masak Hitam Manis, Daging Kerutub, Kari Ikan Bawal Berkerisik, Udang Goreng Kunyit, Mix Vegetable with Oyster Sauce, dan Fried Japanese Beancurd in Crabmeat Sauce. Disediakan juga pilihan juadah ringan untuk tetamu
Antaranya, Variasi Salad seperti Tuna Salad with Pasta, Roasted Chicken Salad with Corn, Bubur Berlauk bersama Ayam Kunyit, Sambal Bilis, Telur Masin, Ikan Masin, Kangkung Belacan, Daging Merah dan Sup Ayam
Melengkapkan set hidangan sahur ini dengan aneka pastri dan pencuci mulut seperti Croissant, Chocolate Roll, Vanilla Sultana, Muffin, Apple Strudle, Bread Loaf, Bun, Rolls dan Toast, Bubur Kacang Merah, Aneka kek juga bersama minuman Kopi dan Teh Tarik panas, Jus Mangga dan Susu Segar.
Bufet Sahur pula bermula seawal jam 4.00 pagi hingga 5.40 pagi. Harganya adalah RM 65 bersih untuk dewasa, RM 55.00 bersih untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas seterusnya kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun adalah RM 45.00 bersih. Majlis Tertutup juga disediakan dengan hidangan Bufet dengan harga RM 100.00 bersih untuk seorang
Bufet Ramadan Warisan Bonda dibuka setiap hari bermula 4 April 2022 hingga 1 Mei 2022.
Waktu operasi dari jam 7.00 malam hingga 10.00 malam. Harga bagi Bufet Ramadan RM 145.00 bersih seorang untuk dewasa, RM 110.00 bersih bagi Warga Emas 60 tahun ke atas manakala RM 90.00 bersih bagi Kanak-kanak berumur 6-12 tahun. Sementara itu, untuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, harga yang ditawarkan adalah RM 200.00 bersih bagi seorang dewasa dan seorang kanak kanak
Jangan lepaskan peluang mendapatkan harga potongan istimewa untuk tempahan awal dan bayaran RM 110.00 bersih diperlukan sebelum 1 Ramadan untuk dewasa
Istimewa inklusif untuk ramadan MHS juga menawarkan Promosi harga Bilik Istimewa berharga RM 250.00 berserta sahur untuk 2 dewasa & tawaran diskaun sebanyak 10% Bufet Iftar Ramadan. Set Hamper Raya Mardhiyyah juga disediakan dengan aneka jenis biskut raya
Semuanya terdapat pada harga RM 120 bersih sahaja
Bagi mengisi malam Ramadan dengan keberkatan, tetamu boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat Tarawih yang di ketuai oleh imam di Surau Al-Latifah di aras 4. Solat Subuhberjemaah juga terdapat untuk tetamu hotel yang menginap dan bersahur di MHS
TEMPAHAN BUKA PUASA BUFET RAMADAN 2022
Untuk maklumat dan tempahan lebih lanjut, hubungi Jabatan Penjualan & Pemasaran melaui e-mel terus ke
[email protected] atau melalui WhatsApp 012-346 9585 (Muhammad Izzat), 019-273 6801 (Zaris Azua), 019-275 7801 (Syaqila), 019- 263 9801 (SitI Atiqah) dan 019-261 6847 (Asyila)
Promosi Tempahan awalBayar sebelum 1 RamadanRM 110.00 bersih dewasa sahajaRM 110.00 bersih Warga Emas (60 tahun ke atas)RM 90.00 bersih Kanak-kanak (6-12 Tahun)
Promosi Harga Biasa2 Ramadan – 29 Ramadan (4 April 2022 – 1 Mei 2022)Harga: Isnin hingga AhadRM 145.00 bersih DewasaRM 110.00 bersih Warga Emas (60 tahun ke atas)RM 90.00 bersih Kanak-kanak (6-12 Tahun)
Sabtu, Ahad & Cuti UmumRM 200.00nett (1 Dewasa & 1 Kanak-kanak)
Harga: Isnin hingga AhadRM 145.00 bersih DewasaRM 110.00 bersih Warga Emas (60 tahun ke atas)RM 90.00 bersih Kanak-kanak (6-12 Tahun)
Promosi Bufet SahurRM 65.00 bersih DewasaRM 55.00 bersih Warga Emas (60 tahun ke atas)RM 45.00 bersih Kanak-kanak (6-12 Tahun)
Promosi Istimewa Bilik DeluxeRM 250.00 bersihSahur untuk 2 dewasa10% Ramadan Iftar
Hamper Raya MardhiyyahRM 120.00 bersihBiskut Raya aneka pilihan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azlindaalin.com/2022/03/mardhiyyah-hotel-suites-buka-puasa-ramadan-2022-selangor.html