Waris Seludup Rokok Ke Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid 19


 
Tidak ubah seperti penyeludup profesional apabila ada antara rokok dirampas ditemui disembunyikan dalam kepingan roti 'tebuk'.


Malah, ada juga kotak rokok yang atau peranti rokok elektrik (vape) disorokkan di dalam bungkusan mi segera dan kotak makanan bijirin.




Itu antara taktik penyeludupan bahan terlarang yang dihantar ahli keluarga kepada pesakit yang dikuarantin serta menerima rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang di sini.


Mendedahkan perkara itu, Pegawai Pemerintah PKRC Maeps Serdang, Superintendan Norhizam Bahaman berkata, pihaknya mengesan pelbagai taktik dilakukan waris dan ahli keluarga pesakit Covid-19 yang cuba menghantar rokok dan vape menggunakan pelbagai taktik licik.


Menurutnya, anggota polis yang bertugas di pintu masuk Maeps sememangnya diarahkan melakukan pemeriksaan rapi terhadap semua bungkusan atau beg yang mahu dikirimkan kepada pesakit Covid-19.


"Sebelum ini polis sememangnya memberikan kelonggaran kepada waris untuk menghantar makanan, ubat-ubatan atau alat telekomunikasi kepada pesakit dirawat.


"Rata-rata mereka ini menyedari bahawa menghisap rokok atau vape dilarang sama sekali di dalam Maeps terutama dalam kalangan pesakit.


"Ia susulan analisis Kementerian Kesihatan mendapati jumlah kes kematian disebabkan Covid-19 kepada individu yang merokok lebih tinggi berbanding bukan perokok iaitu 17.6 peratus berbanding 12.1 peratus.


"Malah, Covid-19 adalah penyakit berjangkit yang menyerang terutamanya paru-paru. Maka merokok boleh merosakkan fungsi paru-paru yang menjadi sasaran virus Covid-19," katanya.


Norhizam berkata, terbaru pihaknya mengesan cubaan menyeludup beberapa kotak rokok yang disembunyikan di dalam roti dihantar seorang waris pada jam 7.15 malam kelmarin.


"Malah, sehari sebelum itu, kami turut merampas rokok daun dan tembakau yang turut disembunyikan di dalam kepingan roti yang ditebuk.


"Kegiatan penyeludupan ini makin menjadi-jadi apabila anggota saya turut merampas lima kotak rokok yang disembunyikan dalam bungkusan roti pada jam 3.15 petang kelmarin," katanya.


Beliau berkata, ada juga alat vape dirampas selepas disembunyikan dalam bungkusan mi segera, kotak makanan bijirin dan tabung keropok kentang.


"Biasanya pesakit di dalam Maeps akan menghubungi ahli keluarga dan meminta supaya rokok ini dihantar kepada mereka dengan pelbagai taktik penyeludupan kreatif.


"Saya beri amaran kepada mereka (waris) supaya tidak mengulangi perbuatan itu lagi. Majoriti kesalahan ini dilakukan oleh waris pesakit warga tempatan berbanding pesakit bukan warganegara," katanya yang mula bertugas di Maeps sejak November tahun lalu.



Menurutnya, pihak polis yang bertugas di Maeps turut melakukan pemeriksaan mengejut ke dalam dewan kuarantin bagi memastikan rokok tidak dibawa masuk atau diseludup.


'Sindiket' roti tebuk
Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/726164/sindiket-roti-tebuk


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.simiey.info/2021/07/waris-seludup-rokok-ke-pusat-kuarantin.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Rasai Pengalaman Dalam Ppe Aniq Suhair Jadi Sukarelawan Di Pusat Penilaian Covid 19

Hiburan Rasai Pengalaman Dalam Ppe Aniq Suhair Jadi Sukarelawan Di Pusat Penilaian Covid 19

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 307 hits
Pelakon baru Aniq Suhair memaklumkan bahawa dia kini memanfaatkan temph Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 dengan menjadi sukarelawan di Pusat Penilaian COVID 19 di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur Ujar Aniq atau nama sebenarnya Muhammad Aniq S...
Lelaki Tempatan Ditangkap Bersama Rokok Seludup Bernilai Rm276 320 Di Beluran

Lelaki Tempatan Ditangkap Bersama Rokok Seludup Bernilai Rm276 320 Di Beluran

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 325 hits
LELAKI tempatan ditangkap bersama rokok seludup di Beluran Beluran Pasukan Gerakan Am Batalion 20 menahan lelaki tempatan yang disyaki cuba menyeludup 4 040 bungkus rokok di jalan Kampung Manduring dekat sini semalam Komander Kawasan Kesela...
Tasekgelugor Polis Rampas 18 5 Juta Rokok Seludup Bernilai Rm13 9 Juta

Tasekgelugor Polis Rampas 18 5 Juta Rokok Seludup Bernilai Rm13 9 Juta

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 245 hits
Polis menahan lima lelaki termasuk warga emas disyaki ahli sindiket penyeludupan rokok putih dan merampas 18 5 juta rokok putih bernilai RM13 87 juta termasuk cukai di sebuah gudang dan stor di Tasek Gelugor di sini semalam Pengarah Jabatan...
Cara Mohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid 19 Nadma Sehingga Rm5 000 Kepada Waris Pesakit

Cara Mohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid 19 Nadma Sehingga Rm5 000 Kepada Waris Pesakit

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 662 hits
Sekiranya anda mengetahui tentang sesiapa atau rakan keluarga mereka yang meninggal dunia akibat Covid 19 boleh minta mereka membuat permohonan Bantuan Khas sehingga RM5 000 dari kerajaan yang diberikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara...
Untuk Apa Sasarkan Kes Positif Covid 19 Turun Kepada 4 Ribu Jika Ia Akan Melonjak Kembali

Untuk Apa Sasarkan Kes Positif Covid 19 Turun Kepada 4 Ribu Jika Ia Akan Melonjak Kembali

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 308 hits
June 28 2021 1 Antara sasaran Kerajaan menurunkan kes Positif kepada 4 ribu kes Untuk apa letakkan sasaran 4 ribu kes sambil membunuh Ekonomi Rakyat Apa jaminan kes tidak naik kembali untuk fasa kedua bila Ekonomi mula dibuka 2 Sebenarnya t...
Pemkab Bogor Siapkan 10 Pemakaman Khusus Covid 19

Pemkab Bogor Siapkan 10 Pemakaman Khusus Covid 19

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 297 hits
Ketua Harian Satgas Penanganan Covid 19 Kabupaten Bogor itu menyebutkan penambahan TPU khusus itu merupakan bentuk antisipasi atas ledakan kasus penularan virus Corona di wilayahnya
Kasus Covid Meningkat Pemkab Gunung Kidul Belum Akan Tutup Objek Wisata

Kasus Covid Meningkat Pemkab Gunung Kidul Belum Akan Tutup Objek Wisata

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 361 hits
Harry mengatakan pihaknya sudah melakukan koordinasi dan komunikasi dengan bupati dan jajarannya hingga mitra asosiasi wisata di Gunung Kidul Pertemuan membahas tentang aktivitas wisata ke depan
Darurat Kesihatan Lawan Covid Memang Kerajaangagal Gagal Menurun Bilangan Jangkitan

Darurat Kesihatan Lawan Covid Memang Kerajaangagal Gagal Menurun Bilangan Jangkitan

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 255 hits
Berdasarkan data data Covid yg rasmi Darurat sekarang Darurat COVID ke atau DARURAT POLITIK utk selamatkan Mahiaddin
Covid Dibimbangi Perut Rakyat Berbunyi

Covid Dibimbangi Perut Rakyat Berbunyi

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 516 hits
Covid dibimbangi perut rakyat berbunyi SEMEMANGNYA dua perkara asas penting membina negara adalah kedaulatan dan ekonomi Begitu juga kepada rakyat keselamatan diri dan keluarga serta perut terbela Kehidupan kini amat mencabar semua golongan...
Cara Mudah Isi Petrol Budi Madani Ron95 Guna Aplikasi Setel

Govt Takes Easy Way Out With Petrol Subsidy For All M Sians

After Jalur Gemilang It S Kuih Nyonya S Turn To Be Weaponised As Object Of Immigrant Hegemony

Kerajaan Tidak Hadkan Pembelian Ron95 Kepada Sekali Sehari

Pelakon Sathiya Selamat Jalani Pembedahan Potong Kaki

Apabila Kena Tipu Con Sultan

Talentcorp Perkukuh Tenaga Kerja Masa Depan Sarawak Dengan Geran Padanan Rm1 Juta

Kuih Muih Keripik Nangka Dan Keripik Apel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anugerah Makanan Minuman Tidak Pernah Habis Mia Boat Noodle Di Aeropod

Hari Gaji Datang Sekejap Pergi Pun Sekejap

Tl19 Travelog Kelantan

Confessions Of A Drained Mom When Your Cup Is Empty

Gubahan Bunga Istimewa Dari Chenille Stem

A Legend Reimagined Seven Honda Cb750s That Redefined An Icon