Tasekgelugor Polis Rampas 18 5 Juta Rokok Seludup Bernilai Rm13 9 Juta




Polis menahan lima lelaki termasuk warga emas disyaki ahli sindiket penyeludupan rokok putih dan merampas 18.5 juta rokok putih bernilai RM13.87 juta termasuk cukai di sebuah gudang dan stor di Tasek Gelugor di sini semalam.


Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim berkata bertindak hasil maklumat dan risikan sejak empat bulan lepas, pasukan Bahagian Siasatan dan Risikan KDNKA menyerbu gudang dan stor di Kampung Selamat Tasik Gelugor pada 5 pagi dan menahan suspek berusia 36 hingga 63 tahun.


"Dalam serbuan itu polis turut merampas empat buah lori dan dua buah kereta bernilai RM300,000 yang dipercayai digunakan untuk sindiket tersebut menjalankan kegiatan penghantaran rokok seludup berkenaan dan kami turut merampas wang tunai sebanyak RM2,200 daripada lima lelaki itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.






Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket itu menjadikan gudang dan stor berkenaan sebagai tempat menyimpan serta transit semua rokok tersebut sebelum diedarkan kepada rangkaian mereka di kawasan utara, pantai timur serta Kuala Lumpur dan Selangor.


Katanya, sindiket itu dipercayai telah lama beroperasi dan pernah ditahan sebelum ini namun masih meneruskan kegiatan penyeludupan rokok kerana mempunyai rangkaian pengedaran serta mampu mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit setiap bulan.


Menurut Zainal Abidin, siasatan juga mendapati sindiket itu membawa masuk rokok berkenaan yang diseludup masuk dari negara jiran menggunakan jalan laut dan pemindahan rokok dibuat di tengah laut bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan.


“Mereka kemudiannya menyimpan di gudang serta stor milik sebuah syarikat berdaftar malah empat lori yang dirampas berkenaan mempunyai surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).


"Pemeriksaan awal mendapati surat kebenaran MITI itu sah kerana mereka menggunakan sebuah syarikat peruncitan untuk menjalankan penghantaran kononnya barangan runcit namun sebenarnya lori termasuk lori membawa makanan sejuk beku itu membawa rokok-rokok seludup tersebut.


"Di SJR, kita hanya buat pemeriksaan rawak terhadap lori perdagangan, tambahan pula jika ada surat MITI. Bagaimanapun, jika kita memperolehi maklumat khusus mengenai sesebuah kenderaaan (perdagangan) itu, baru kita akan buat pemeriksaan keseluruhan. Lori perdagangan perlu diberi laluan kerana mereka ini menghantar makanan," katanya.




Sementara itu, Zainal Abidin berkata polis kini sedang mengesan dalang utama sindiket berkenaan yang dipercayai mempunyai rangkaian penyeludupan rokok di luar negara malah siasatan mendapati mereka dalam perancangan untuk mengembangkan jualan ke kawasan Selatan tanah air.


"Kami percaya sindiket itu bukanlah baru beroperasi kerana mereka mempunyai rangkaian pengedaran dan penyeludupan yang besar, polis tidak menolak kemungkinan ia beroperasi di sebalik beberapa buah syarikat berdaftar bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya.


Beliau berkata lima lelaki itu direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen 135(1) (b) Akta Kastam 1967.


-- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/06/tasekgelugor-polis-rampas-185-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Empat Individu Termasuk Pegawai Kementerian Direman Kes Tender Bernilai Rm42 Juta

Empat Individu Termasuk Pegawai Kementerian Direman Kes Tender Bernilai Rm42 Juta

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 155 hits
Empat individu termasuk seorang penjawat awam di sebuah kementerian direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung isu tender pembekalan bagi sebuah agensi penguatkuasa yang bernilai RM42 juta Perintah reman sehingga 21...
3 Lelaki Dicekup Polis Rampas Dadah Lebih Rm80 000

3 Lelaki Dicekup Polis Rampas Dadah Lebih Rm80 000

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 197 hits
Ketua Polis Daerah Langkawi Shariman Ashari berkata ketiga tiga lelaki direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B 39A dan 15 Akta Dadah Berbahaya 1952 ALOR SETAR Polis menahan tiga lelaki dan merampas dad...
Instagram Cristiano Ronaldo Miliki Lebih 300 Juta Pengikut Dengan Setiap Post Bernilai Lebih Rm 5 Juta

Instagram Cristiano Ronaldo Miliki Lebih 300 Juta Pengikut Dengan Setiap Post Bernilai Lebih Rm 5 Juta

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 246 hits
Bintang Portugal Cristiano Ronaldo pada Jumaat dilaporkan telah menjadi manusia pertama yang mengumpul lebih 300 juta pengikut di platform media sosial Instagram Bintang Juventus itu juga merupakan manusia pertama yang telah mengumpul 200 j...
Pkp Kpdnhep Keluarkan 473 Kompaun Bernilai Rm2 94 Juta

Pkp Kpdnhep Keluarkan 473 Kompaun Bernilai Rm2 94 Juta

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 281 hits
Sebanyak 473 kompaun bernilai RM2 94 juta telah dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atas pelanggaran SOP sepanjang penguatkuasaan beberapa fasa PKP sejak tahun lalu SUBSCRIBE now Astro Awani https
Sindiket Bolot Projek Bernilai Rm135 Juta Dibongkar Sprm

Sindiket Bolot Projek Bernilai Rm135 Juta Dibongkar Sprm

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 209 hits
AGENDA DAILY Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya Kegiatan sindiket membolot 22 projek bernilai RM135 juta di sebuah kementerian sejak 2017 dibongkar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia susulan siasatan terhada...
Bawa Dadah Bernilai Lebih Rm6 Juta 2 Lelaki Ditahan Di Sjr

Bawa Dadah Bernilai Lebih Rm6 Juta 2 Lelaki Ditahan Di Sjr

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 253 hits
Dadah dirampas dipercayai untuk pasaran sekitar utara Semenanjung IPOH Polis merampas dadah seberat 128 78 kilogram bernilai RM6 439 juta apabila dua lelaki tempatan ditahan ketika melalui sekatan jalan raya di Plaza Tol Gopeng di sini Rabu...
Taktik Seludup Rokok Dalam Tong Ikan Terbongkar

Taktik Seludup Rokok Dalam Tong Ikan Terbongkar

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 233 hits
TAKTIK SELUDUP ROKOK DALAM TONG IKAN TERBONGKAR JOHOR BAHRU Cubaan sindiket untuk menyeludup rokok tidak bercukai ke negara jiran tidak berhasil apabila kesemua 320 000 batang rokok putih itu yang dianggarkan bernilai RM295 680 termasuk cuk...
Pga Rampas 50 Ekor Kambing Seludup Di Tumpat

Pga Rampas 50 Ekor Kambing Seludup Di Tumpat

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 334 hits
Dipercayai dibawa masuk dari Thailand sempena Hari Raya Korban TUMPAT Tindakan seorang lelaki yang memandu lori berisi muatan 50 ekor kambing di awal pagi membawa padah apabila ditahan sepasukan anggota Batalion Ke 7 Pasukan Gerakan Am yang...
Kes 3 Remaja Ditembak Mati Anggota Polis Pada Tahun 2010 Keluarga Dapat Pampasan Rm1 5 Juta

Kes 3 Remaja Ditembak Mati Anggota Polis Pada Tahun 2010 Keluarga Dapat Pampasan Rm1 5 Juta

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 404 hits
Kes 3 remaja ditembak mati anggota polis pada tahun 2010 keluarga dapat pampasan RM1 5 juta13 November 2010 tiga remaja iaitu Muhammad Shamil Hafiz Shapiei 15 Mohd Hairul Nizam Tuah 22 dan Muhammad Hanafi Omar 21 mati ditembak polis di Glen...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Importance Of Domain Valuation

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan