Warga Emas Melaka Bimbang Keluar Mengundi Kerana Covid 19



Azzman Abdul Jamal  SPR jamin SOP diguna pakai selamat selepas dapat kelulusan KKM dan MKN. Pegawai SPR memerhatikan pengundi mencelup jari dalam dakwat selepas mengundi. Warga emas bimbang SOP celupan jari menambah risiko jangkitan Covid-19. Pengundi warga emas meluahkan rasa bimbang untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu ini berikutan penularan Covid-19.
Meskipun yakin dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diluluskan kementerian kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), beberapa pengundi warga emas tetap khuatir dengan risiko terutama jika terdedah dengan jangkitan Covid-19.
Pengundi dari Taman Bukit Melaka, Chiew Kam Ying, 68, berkata bukan semua yang dijangkiti Covid-19 mempunyai simptom, justeru menyukarkan pihak berkuasa untuk betul-betul kesan pengundi yang positif.
Ini merupakan ketakutan utama pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh itu.
Seorang pengundi PRN Melaka Chiew Kam Ying, 68, ketika ditemu bual MalaysiaNow.“Saya memang takut, tapi terpaksalah pergi mengundi sebab ia tanggungjawab saya,” katanya kepada MalaysiaNow dan menambah bahawa dia sudah lengkap divaksin dan akan mengambil suntikan dos penggalak.
“Pastinya tempat mengundi akan dipenuhi orang ramai dan mungkin sukar untuk pihak berkuasa memantau setiap individu yang hadir.”
Pengundi dari DUN Asahan, Kamis Saad, 70, memberitahu, perkara yang membuatkan dia paling bimbang adalah apabila pengundi perlu berkongsi bekas celup dakwat kerana dikhuatiri akan menjadi punca penyebaran virus tersebut.
Luahnya, pelaksanaan itu menyebabkan dia berbelah bahagi untuk turun mengundi dan berharap SPR akan pertimbang cara lain demi keselamatan pengundi.
“Jika perlu kongsi bekas dakwaat, mungkin saya tak turun mengundi. Maklumlah saya dikategori sebagai warga emas dan virus ini sangat berbahaya kepada golongan seperti saya,” katanya ketika ditemui MalaysiaNow.
“Malah disebabkan Covid-19, saya tidak rasa anak-anak yang yang menetap luar Melaka akan kembali semata-mata untuk mengundi. Mereka pun tahu tidak selamat untuk mengembara pada waktu ini dan saya tidak terkejut jika ramai pengundi luar memikirkan perkara sama.”
Kamis Saad, 70, bercakap kepada media ketika ditemu bual MalaysiaNow mengenai PRN Melaka.Chiew berkata SPR mungkin boleh pertimbang kaedah lain seperti menitiskan dakwat ke atas jari pengundi sebagai tanda sudah selesai mengundi.
Katanya, kaedah itu sekurang-kurangnya akan memastikan pengundi tidak berkongsi bekas dakwat sekali gus memastikan keselamatan pengundi lain.
Bagaimanapun, cadangan ini tidak dipersetujui pengundi warga emas yang hanya mahu dikenali sebagai Chong, 67, kerana perkara itu boleh diatasi dengan hanya mensanitasi tangan sebelum dan selepas mengundi.
“Perkara ini bukan satu isu besar. Pengundi boleh sanitasi tangan sebelum celup jari ke bekas dakwat itu dan sanitasi sekali lagi apabila selesai proses mengundi.
“Jika tidak celup jari dengan dakwat, ini membuka peluang untuk melakukan penipuan,” katanya.
Sementara itu SPR ketika dihubungi MalaysiaNow memberitahu bahawa SOP yang digunakan pada PRN Melaka ke-15 dijamin selamat, malah sudah diguna pakai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim serta PRN Sabah sebelum ini.
Berdasarkan SOP yang dijelaskan di bawah aktiviti dan protokol penandaan dakwat pilihan raya, jari telunjuk kiri pengundi perlu dicelup dalam dakwat kekal dan kemudian melakukan sanitasi tangan sebelum menerima kertas undi.
“Proses sanitasi tangan ketika hari mengundi adalah sebanyak empat kali iaitu ketika masuk pusat mengundi, sebelum masuk saluran mengundi, selepas celup dakwat dan sebelum keluar pusat mengundi.
“SOP ini termasuk bagi hari pengundian awal. Malah, warga emas akan mempunyai saluran khas, kebiasaannya saluran satu,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/warga-emas-melaka-bimbang-keluar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Warga Emas Keluar Awal Mengundi

Prn Melaka Warga Emas Keluar Awal Mengundi

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 283 hits
A Nathan pengundi pertama hari ini di SJK Chiao Chee menandakan jarinya dengan dakwat kekal sebelum membuang undi untuk kerusi Asahan JASIN Suasana pilihan raya negeri hari ini menyaksikan golongan warga emas bersedia untuk mengundi di pusa...
Warga Melaka Dijangka Tidak Keluar Mengundi

Warga Melaka Dijangka Tidak Keluar Mengundi

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 156 hits
SHAHBUDIN HUSINDijangka separuh daripada pengundi akan memboikot PRN Melaka kali ini kerana kecewa lantaran awal awal lagi Ab Rauf sudah diketepikan sebagai calon Ketua Menteri Ini kerana sejak sekian lama nama Rauf Rauf Rauf telah meniti d...
Prn Melaka Parti Perlu Pastikan Rakyat Keluar Mengundi

Prn Melaka Parti Perlu Pastikan Rakyat Keluar Mengundi

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 300 hits
Parti parti politik yang bertanding di Pilihan Raya Negeri Melaka perlu membuat satu janji bahawa tidak akan ada kes positif COVID 19 dari petugas dan calon masing masing SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub conf...
Dr Dzulkefly Seru Keluar Mengundi Harap Ph Dapat Semula Mandat Di Melaka

Dr Dzulkefly Seru Keluar Mengundi Harap Ph Dapat Semula Mandat Di Melaka

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 242 hits
SURI LAILAPengarah Strategi AMANAH Nasional Datuk Dr Dzulkefly Ahmad menyeru rakyat Melaka untuk menunaikan tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi hari ini Setakat tengahari tadi katanya jumlah pengundi yang keluar semakin rancak Beliau...
Sukar Kempen Di Melaka Mungkin Pengundi Tidak Keluar Mengundi

Sukar Kempen Di Melaka Mungkin Pengundi Tidak Keluar Mengundi

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 228 hits
Sukar kempen di Melaka mungkin pengundi tidak keluar mengundi Oleh November 12 2021Peraturan berkempen atau Prosedur Operasi Piawai yang terlalu ketat dalam Pilihan Raya Negeri Melaka mungkin menyebabkan jumlah keluar mengundi rendah pada 2...
Wang Simpanan Rm26 060 Milik Warga Emas Lesap Dari Akaun Bank Disonglap Jiran Tak Guna

Wang Simpanan Rm26 060 Milik Warga Emas Lesap Dari Akaun Bank Disonglap Jiran Tak Guna

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 273 hits
Wang simpanan RM26 060 milik warga emas lesap dari akaun bank disonglap jiran tak gunaGara gara terlalu percayakan jiran dengan menyerahkan kad pengeluaran wang automatik untuk menyemak baki akaun wang simpanannya berjumlah RM26 060 lesap d...
Keluar Mengundi Dm Paya Rumput Jaya 12 Tgh

Keluar Mengundi Dm Paya Rumput Jaya 12 Tgh

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 253 hits
Keluar mengundi DM Paya Rumput Jaya 12 tgh S1 172 350 49 S2 171 458 37 S3 156 458 34 S4 148 458 32 JUMLAH 647 1724 37 5 11 20 2 33 PM Bang Hashim Lipis Keluar mengundi DM Pekan Sg Udang 12 tgh S1 145 350 41 S2 163 421 38 S3 130 421 30 S4 11...
Percaya Jiran Pegang Kad Atm Warga Emas Rugi Rm26 060

Percaya Jiran Pegang Kad Atm Warga Emas Rugi Rm26 060

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 276 hits
Oleh TINDAKAN seorang warga emas yang mempercayai jiran dengan menyerahkan kad pengeluaran wang automatik membawa padah apabila wang simpanannya berjumlah RM26 060 dikeluarkan tanpa kebenaran Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang ...
Warga Emas Dakwa Jiran Pegang Kad Atm Keluarkan Wang Tanpa Kebenaran

Warga Emas Dakwa Jiran Pegang Kad Atm Keluarkan Wang Tanpa Kebenaran

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 337 hits
KUANTAN Tindakan seorang warga emas yang mempercayai jirannya dengan menyerahkan kad pengeluaran wang automatik membawa padah apabila wang simpanannya berjumlah RM26 060 dikeluarkan tanpa kebenaran Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial P...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities