Prn Melaka Warga Emas Keluar Awal Mengundi


FMT Reporters   A Nathan, pengundi pertama hari ini di SJK(C) Chiao Chee, menandakan jarinya dengan dakwat kekal sebelum membuang undi untuk kerusi Asahan.JASIN: Suasana pilihan raya negeri (PRN) hari ini menyaksikan golongan warga emas bersedia untuk mengundi di pusat undi SJK(C) Chiao Chee di Asahan sejak awal pagi lagi.
A Nathan, 66, antara pengundi terawal, menyifatkan ia sebagai tanggungjawab penting yang perlu ditunaikan sebagai rakyat Melaka walaupun negara dilanda wabak Covid-19.
Pemilik kedai perabot itu berkata, beliau hanya mahukan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan berkhidmat dengan baik kepada masyarakat.
“Dulu, kita tengok bendera, tetapi sekarang kita tengok sama ada pemimpin itu akan bekerja untuk masyarakat setempat. Itu pilihan saya hari ini, saya tak tengok parti lagi,” katanya kepada FMT.
Sementara itu, Zainon Abu Hassan, seorang pesara berusia 74 tahun, berasa sangat teruja untuk menunaikan tanggungjawabnya hari ini sehingga beliau tiba di pusat undinya, yang terletak di sebelah rumah, seawal 7.15 pagi untuk bertanya sudah boleh mengundi.
Namun setelah dimaklumkan undian hanya akan bermula pada 8 pagi, Zainon kembali ke pusat undi kemudian.
Golongan warga emas wanita menayangkan jari mereka yang bertanda dengan dakwat kekal setelah mengundi di SJK(C) Chiao Chee.Katanya kepada FMT, seingatnya, beliau sentiasa tekad mengundi setiap kali tiba masanya.
Anak jati Asahan yang kini tinggal di Kuala Lumpur itu kembali ke Melaka kira-kira sebulan lalu bersama keluarga anaknya selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh PRN.
“Saya sentiasa pulang untuk mengundi, rasa seronok,” katanya.
Di Telok Mas, pengundi Mohamad Shukor berkata, beliau pada mulanya kecewa pilihan raya diadakan, namun akur bahawa menjadi tanggungjawabnya untuk keluar mengundi.
“Paling utama, ketika mengundi saya akan mempertimbangkan parti terbaik, dan calon yang bertanding,” katanya.
Seorang lagi pengundi, Siti Aishah Mohd Shariff, 60, kelihatan ceria ketika mengundi, menyapa wartawan di luar pusat undi.
Siti Aishah Mohd Shariff bergambar setelah membuang undi.“Dah 30 tahun saya mengundi di sini,” katanya kepada FMT.
“Mula-mula, saya rasa sedih dan keliru tentang (krisis politik) yang berlaku. Namun, demi generasi lebih muda, saya keluar mengundi.”
Adik beradik Andrew Ng and Audrey Ng, yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, menggesa orang ramai keluar mengundi, dengan berkata, tiada gunanya mengadu tentang pelbagai masalah di negeri ini jika mereka tidak mengambil peluang ini untuk memilih.
Seorang lagi pengundi, yang hanya mahu dikenali sebagai Liew, 66, berkata proses pengundian lancar, dan beliau hanya mengambil masa 15 minit untuk mengundi.
Beliau mahu memberi masa kepada Pakatan Harapan (PH), katanya, untuk membuktikan kemampuan setelah penggal pemerintahan gabungan itu di Melaka tamat awal tahun lepas.
Sementara itu, Tan Kim Hock berharap rakyat Melaka akan keluar mengundi untuk memilih calon yang akan berkhidmat kepada masyarakat dan tidak tamak kuasa.
“Kita mahukan ADUN yang jujur, bekerja keras, dan mampu berkhidmat kepada masyarakat. Tak kira bangsa atau parti mana, asalkan mereka dapat berkhidmat,” katanya.
Menurut SPR, setakat 10 pagi, peratusan keluar mengundi di Melaka secara keseluruhan adalah 7%.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/prn-melaka-warga-emas-keluar-awal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Emas Melaka Bimbang Keluar Mengundi Kerana Covid 19

Warga Emas Melaka Bimbang Keluar Mengundi Kerana Covid 19

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 261 hits
SPR jamin SOP diguna pakai selamat selepas dapat kelulusan KKM dan MKN Pegawai SPR memerhatikan pengundi mencelup jari dalam dakwat selepas mengundi Warga emas bimbang SOP celupan jari menambah risiko jangkitan Covid 19 Pengundi warga emas ...
Prn Melaka Daftar Pemilih Semakan Awal Pengundi Keperluan Semasa Mengundi

Prn Melaka Daftar Pemilih Semakan Awal Pengundi Keperluan Semasa Mengundi

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 300 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Prn Melaka Undi Awal 16 Nov Mengapa Warga Tentera Perlu Pilih Pakatan Harapan

Prn Melaka Undi Awal 16 Nov Mengapa Warga Tentera Perlu Pilih Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 242 hits
PRN Melaka akan bermula seawal 16 Nov ini dengan pengundian awal undi pos dan tarikh mengundi biasa adalah pada 20 Nov ini Undi awal pos akan melibatkan banyak pihak majoritinya adalah warga tentera yang berpengkalan di beberapa kem tentera...
Prn Melaka Parti Perlu Pastikan Rakyat Keluar Mengundi

Prn Melaka Parti Perlu Pastikan Rakyat Keluar Mengundi

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 333 hits
Parti parti politik yang bertanding di Pilihan Raya Negeri Melaka perlu membuat satu janji bahawa tidak akan ada kes positif COVID 19 dari petugas dan calon masing masing SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub conf...
Prn Melaka Pasangan Kembar Tiba Awal Di Pusat Mengundi Dun Merlimau

Prn Melaka Pasangan Kembar Tiba Awal Di Pusat Mengundi Dun Merlimau

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 279 hits
Oleh ZULKIFLI MANZOR Orang ramai beratur seawal pukul 7 45 pagi untuk memasuki pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Merlimau 1 pagi ini JASIN Saudara kembar Abdul Manan dan Adnan Abdul Muid masing masing berusia 49 tahun antara yang terawal ti...
Warga Melaka Dijangka Tidak Keluar Mengundi

Warga Melaka Dijangka Tidak Keluar Mengundi

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 188 hits
SHAHBUDIN HUSINDijangka separuh daripada pengundi akan memboikot PRN Melaka kali ini kerana kecewa lantaran awal awal lagi Ab Rauf sudah diketepikan sebagai calon Ketua Menteri Ini kerana sejak sekian lama nama Rauf Rauf Rauf telah meniti d...
Dr Dzulkefly Seru Keluar Mengundi Harap Ph Dapat Semula Mandat Di Melaka

Dr Dzulkefly Seru Keluar Mengundi Harap Ph Dapat Semula Mandat Di Melaka

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 272 hits
SURI LAILAPengarah Strategi AMANAH Nasional Datuk Dr Dzulkefly Ahmad menyeru rakyat Melaka untuk menunaikan tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi hari ini Setakat tengahari tadi katanya jumlah pengundi yang keluar semakin rancak Beliau...
Kewpie Turns 100 And It S A Celebration Worth Squeezing Into

Rania Terkena Virus Rotavirus Atau Norovirus

Denmark Mahu Tinggalkan Perisian Microsoft Beralih Ke Libreoffice

Polis Buru Lelaki Pukul Pemandu Lori Kerana Berang Dihon

Nasihat Buat Rafizi Dan Nik Nazmi

Gempak Imedia Bawa Pulang 8 Anugerah Yang Dicalonkan Di Mda 2025

Throwback Percutian Dua Hari Satu Malam Di Grand Paragon Hotel Johor Bahru

Supermono Supreme Xtr Pepo Customizes The Royal Enfield Guerrilla 450


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Explore Malaysia And Beyond

The Ayatollahs Bluffing Is Falling Apart

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam

Drama Hilang Kasyorga

Cooltopia Air Penyejuk Badan Berperisa

Jepun Cipta Rahim Buatan Pertama Untuk Manusia