Warga Asing Mengapa Rakyat Marah


Timmy Say
-December 30, 2019 10:06 AM

Di kaca mata ramai pendatang asing, Malaysia adalah satu destinasi emas. Bermimpi dapat menjadi warganegara Malaysia menjadi idaman mereka. Memiliki pasport Malaysia pula dijadikan satu impian.

Malang bagi mereka, Malaysia ialah satu-satu negara yang sukar memberikan hak warganegara kepada pendatang asing, meskipun mereka sudah lama bekerja secara sah di negara ini, sama ada di bidang kepakaran mahupun di bidang buruh.

Biasanya mereka hanya sekadar mendapat hak pemaustatin tetap (permanent resident atau PR). Jarang mereka mendapat kelulusan untuk menjadi warganegara.

November lalu, Malaysia dikejutkan dengan laporan kewujudan markas sindiket penipuan dalam talian terbesar di Cyberjaya yang melibatkan lebih 1,000 warga China apabila markas itu berjaya diserbu oleh Jabatan Imigresen.

Rakyat Malaysia tertanya-tanya bagaimanakah ini boleh berlaku?

Laporan Ketua Audit Negara 2018 sedikit sebanyak memberikan jawapan kepada persoalan rakyat itu. Menurut laporan itu, lebih daripada 95.6% daripada 79,799 pelancong warga China ke Malaysia tiak mempunyai rekod tarikh keluar daripada Malaysia dari 2016 ke 2018.

Bagi warga India pula, audit menunjukkan seramai 96.5% atau 39,806 yang tidak mempunyai catatan tarikh keluar untuk tempoh yang sama.

Ini bermakna terdapat 76,258 warga China asing di Malaysia masih berada di Malaysia secara haram. Lebih menakutkan, tidak diketahui apakah tujuan mereka terus kekal di Malaysia.

Jika 1,000 terlibat di markas sindiket penipuan dalam talian, apakah yang sedang dilakukan oleh 75,000 warga China asing yang lain? Bagaimana pula dengan 39,806 warga India asing yang masih berada di Malaysia secara haram?

Dulu ramai tertanya-tanya mengapakah pusat urut, hiburan dan industri pelacuran boleh tumbuh macam cendawan di bandar-bandar besar di Malaysia? Bagaimanakah mereka boleh mendapat bekalan yang mencukupi? Laporan audit nampaknya menjawab segalanya.

Bukan itu sahaja, pengauditan juga mendapati kira-kira 1.26 juta warga China dan 295,634 warga India masih diproses secara manual melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).

Laporan audit turut membangkitkan kelemahan dalaman yang serius dalam pelaksanaan Sistem Maklumat Pendaftaran Pelancong Elektronik (eNTRI) dan MyIMMs ketika di proses di pintu masuk pelancong.

Pendek kata, laporan audit merumuskan bahawa Jabatan Imigresen dan kawalan dalam di pintu masuk negara kurang cekap kerana data kemasukan pelancong secara manual dan “offline” tidak dikemas kini.

Jadi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, apakah reaksi yang sepatutnya dan betul kepada laporan audit ini?

Sewajarnya, kerajaan mengumumkan langkah penambahbaikan yang merangkumi satu siasatan yang telus untuk memperbaiki sistem MyIMMs dan mengemas kini data eNTRI.

Selain itu, kerajaan boleh berjanji untuk mengambil tindakan terhadap pegawai yang didapati cuai menjaga pintu masuk negara kerana kecuaian mereka membahayakan negara dan rakyat.

Kerajaan juga boleh mengumumkan bahawa kelulusan kepada warga asing melalui sistem MyIMMs dan eNTRI akan dibekukan sementara waktu sehingga data dikemas kini.

Selain itu, sistem daftar secara manual akan ditangguhkan atau dihapuskan sepenuhnya agar perkara yang sama tidak berulang.

Ramai juga yang ingin mendengar bahawa kerajaan akan menangguhkan cadangannya pada Mei lalu untuk melonggarkan syarat kemasukan pelancong China yang melawat Malaysia pada tahun Melawat Malaysia 2020 sehingga sistem imigresen negara diperketatkan.

Pengumuman di atas, meskipun sekadar pengumuman, akan menaikkan keyakinan rakyat. Ia akan membantu membina kepercayaan rakyat kerana ia menunjukkan kerajaan memahami tanggungjawabnya dan tahu apakah yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan keadaan.

Tapi apabila kerajaan mengumumkan bahawa warga China dan India asing akan dikecualikan visa untuk memasuki Malaysia untuk tempoh setahun bermula 1 Januari 2020, segalanya berkecamuk. Kepercayaan rakyat menjunam ke gaung, dan kemarahan mereka memuncak ke gunung.

Jika dengan sistem visa yang ada sekarang pintu masuk negara tidak dapat dijaga dengan baik, apakah yang akan berlaku apabila lebih ramai dapat memasuki negara tanpa visa?

Apakah negara mampu mengesan dan menghantar mereka pulang jika warga asing dari China dan India ini bertindak untuk terus tinggal secara haram?

Kewujudan markas sindiket penipuan atas talian di Cyberjaya yang dioperasikan oleh lebih 1,000 warga China menunjukkan bahawa sistem kita terlalu bolos.

Meningkatkan pendapatan negara adalah penting. Tapi ia tidak harus dilakukan dengan mengabaikan sekuriti negara.

Oleh itu, pengumuman seperti ini tidak kena pada masa dan tempatnya meskipun ia dilakukan demi meningkatkan pendapatan negara melalui sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak perlu pergi jauh untuk melihat mengapa rakyat semakin marahkan mereka. Dalam isu ini sahaja, sudah terlalu jelas mengapa.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/12/warga-asing-mengapa-rakyat-marah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Rakyat Indonesia Marah Di Panggil Indon

Kenapa Rakyat Indonesia Marah Di Panggil Indon

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 1098 hits
Sememangnya ramai ramai diantara kita yang tidak tahu lagi kenapa dan mengapa setiap warga indonesia marah apabila mereka digelar atau dipanggil INDON Jadi apa sebenarnya maksud perkataan INDON bagi mereka Gambar hiasanKalau dicari maksudny...
Warga Asing Diharam Menjaja Di Pasar Malam Mbpp

Warga Asing Diharam Menjaja Di Pasar Malam Mbpp

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 353 hits
Majlis Bandaraya Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia bagi menggempur warga asing yang berniaga secara haram di tapak tapak pasar malam di kawasan pentadbirannya sekiranya memperoleh maklumat Menurut laporan porta...
Gadis Menjadi Kebanggaan Rakyat Malaysia Berucap Dihadapan 7000 Warga Amerika

Gadis Menjadi Kebanggaan Rakyat Malaysia Berucap Dihadapan 7000 Warga Amerika

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 685 hits
Lisa Nur Marini Mohd Kamal 22 menjadi tumpuan rakyat Malaysia khususnya apabila telah menjadi wakil graduan sempena hari graduasinya di Universiti Wisconsin Madison Membanggakan apabila beliau mampu berucap dengan berani dan petah di hadapa...
Rakyat Kecewa Isu Perkauman Halang Pelaburan Asing

Rakyat Kecewa Isu Perkauman Halang Pelaburan Asing

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 225 hits
Tahun 2019 telah berlalu namun rata rata rakyat Malaysia kecewa dengan ahli politik pembangkang yang banyak memainkan isu perkauman sehingga mensabotaj ekonomi negara Mereka menyalahkan Umno dan Pas yang sering mendendangkan isu isu Melayu ...
Ratusan Warga Asing Serang Pejabat Imigresen Pulau Pinang

Ratusan Warga Asing Serang Pejabat Imigresen Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 428 hits
Ia bagi mengikuti program Back For Good yang akan tamat pada 31 Disember ini
Tak Tahu Undang Undang Ke Pasangan Ini Steady Terjah Dipercayai Warga Asing Isi Kereta Minyak Ron 95

Tak Tahu Undang Undang Ke Pasangan Ini Steady Terjah Dipercayai Warga Asing Isi Kereta Minyak Ron 95

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 281 hits
Satu rakaman kamera dashcam yang memaparkan seorang lelaki dipercayai warga Singapura mengisi minyak RON 95 di sebuah stesen minyak yang dipercayai di Johor menjadi tular di media sosial Perbuatan lelaki warga Singapura itu berjaya dirakam ...
Tahun Dah Masuk 2020 Tapi Mentaliti Rakyat Malaysia Masih Tersekat Dizaman Batu Ini Buktinya

Tahun Dah Masuk 2020 Tapi Mentaliti Rakyat Malaysia Masih Tersekat Dizaman Batu Ini Buktinya

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 538 hits
WALAUPUN hari ini melangkah ke tahun 2020 namun sikap masyarakat negara ini masih tidak berubah dan suka membuang sampah merata merata Ini terbukti apabila pekerja Alam Flora Sdn Bhd mengutip sembilan tan sampah sarap yang dibuang orang ram...
Pemimpin Sebok Berpolitaik Rakyat Jua Yg Membangun Ekonomi Umat

Pemimpin Sebok Berpolitaik Rakyat Jua Yg Membangun Ekonomi Umat

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 317 hits
Jangan makan dedak Jom sokong rakyat sokong diri sendiri Perang dah bermula Pasaraya2 dah mula memainkan peranan dengan tidak meletakkan produk2 keluaran bumiputera di rak display mereka dan menurunkan harga produk keluaran non bumi hingga ...
Tun M Beri Kelantan Rm400 Juta Untuk Kesejahteraan Rakyat Dan Peningkatan Ekonomi

Tun M Beri Kelantan Rm400 Juta Untuk Kesejahteraan Rakyat Dan Peningkatan Ekonomi

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 421 hits
Kerajaan Kelantan menerima wang one off daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebanyak RM400 juta pada bulan lalu Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata wang one off berkenaan adalah pertama kali diterima Kelantan darip...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara