Waran Tangkap Terhadap Hasanah Dibatalkan



Waran tangkap terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hasanah Abdul Hamid yang berdepan tuduhan pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM50.4 juta, dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Hasanah, Shaharudin Ali dan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad.


Loading... Sequerah juga memerintahkan Hasanah dan seorang daripada dua penjaminnya hadir di mahkamah semasa pengurusan kes. Hasanah dan dua penjaminnya hadir di mahkamah hari ini.

Waran tangkap itu dikeluarkan oleh Sequerah pada 24 Mei lalu, selepas Hasanah dan dua penjaminnya gagal hadir di mahkamah semasa pengurusan kesnya tanpa memberi sebarang alasan.

Terdahulu, Shaharudin memberitahu mahkamah anak guamnya mengemukakan permohonan maaf kerana gagal hadir semasa pengurusan kes pada 24 Mei lepas.

Beliau berkata ini kerana Hasanah tidak dimaklumkan oleh peguamnya untuk hadir ke mahkamah bagi pengurusan kesnya dan tambahan pula peguamnya lupa memaklumkan kepada beliau, kerana ia hanya pengurusan kes.

“Dengan kedudukan itu, kami dengan ini berhujah bahawa pengurusan kes bukanlah satu perbicaraan, dan tiada asas undang-undang untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap tertuduh dalam pengurusan kes.

“Tambahan pula, tidak ada keperluan mendesak untuk mengeluarkan waran tangkap apabila tertuduh telah mengemukakan jaminan RM500,000 secara sah,” katanya.

Muhamad Iskandar dalam hujah balasnya berkata berdasarkan Seksyen 172B Kanun Tatacara Jenayah, kehadiran tertuduh dalam pengurusan kes termaktub dalam undang-undang.

Hasanah didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan antara 30 April lalu dan 9 Mei tahun lepas di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan ditetapkan 3 Feb tahun depan. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/05/waran-tangkap-terhadap-hasanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Keluar Waran Tangkap Ke Atas Hasanah

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Ke Atas Hasanah

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 268 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia Hasanah Abdul Hamid yang dituduh pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM50 4 juta kerana tidak hadir semasa pe...
Bekas Meio Cabar Waran Tangkap

Bekas Meio Cabar Waran Tangkap

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 432 hits
Dalam perkembangan yang boleh disifatkan sebagai satu kes ujian bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia Hasanah Abdul Hamid akan mencabar waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya kerana tidak hadir semasa sesi pengurusan k...
Bayi Tak Aktif Kerana Kecaman Netizen Terhadap Bekas Isteri Bukan Kerana Saya Pu Abu

Bayi Tak Aktif Kerana Kecaman Netizen Terhadap Bekas Isteri Bukan Kerana Saya Pu Abu

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 280 hits
Sebelum ini kami ada melaporkan keadaan anak dalam kandungan Ain Afifi bekas isteri PU Abu yang tidak aktif kerana tekanan dan stress yang diterima Mati mati kami ingatkan tekanan tersebut adalah kerana apa yang dilakukan oleh suaminya kepa...
Respon Penjual Lazada Terhadap Usikan Yang Dilontarkan Berkaitan Produk Membuatkan Netizen Terhibur

Respon Penjual Lazada Terhadap Usikan Yang Dilontarkan Berkaitan Produk Membuatkan Netizen Terhibur

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 260 hits
Seorang penjual Lazada baru baru ini mendapat perhatian umum selepas terdapat individu mula mempersoalkan produknya Seorang pengguna Facebook Jones Low merupakan individu yang membawa produk berkenaan kepada perhatian orang ramai menerusi s...
Arsenal Tampil Lebih Tegas Terhadap Semua Pemain

Arsenal Tampil Lebih Tegas Terhadap Semua Pemain

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 319 hits
Pasukan bola sepak Arsenal bersedia untuk membuang pemain mereka yang degil bagi memastikan mereka dapat memberi saingan terbaik pada musim depan Ini juga merupakan polisi perpindahan baharu musim panas dan mengelakkan dari menanggung sebar...
Sekatan Akses Google Terhadap Huawei Ditangguh 90 Hari

Sekatan Akses Google Terhadap Huawei Ditangguh 90 Hari

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 384 hits
Sebelum ini kecoh satu dunia apabila lesen Android ditarik balik oleh Amerika Syarikat terhadap syarikat pengeluaran peranti Huawei Penarikan tersebut sudah pasti memberi impak yang sangat besar terhadap semua pengguna peranti daripada jena...
Sekatan Amerika Syarikat Terhadap Huawei Apa Langkah Seterusnya

Sekatan Amerika Syarikat Terhadap Huawei Apa Langkah Seterusnya

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 524 hits
Oleh Prof Madya Ir Dr Rosdiadee Nordin Pusat Kejuruteraan Elektronik dan Telekomunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia Semalam Google mengumumkan perlaksanaan sekatan kepada Huawei daripada menggunakan sistem operasi Android pada telefon pi...
Adakah Ini Balasan Allah Swt Terhadap Bumi Israel Mereka Telah Diberi Amaran Keadaan Akan Menjadi Lebih Teruk

Adakah Ini Balasan Allah Swt Terhadap Bumi Israel Mereka Telah Diberi Amaran Keadaan Akan Menjadi Lebih Teruk

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 414 hits
Adakah Ini Balasan Allah SWT Terhadap Bumi Israel Mereka Telah Diberi Amaran Keadaan Akan Menjadi Lebih Teruk
Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech

High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit

Elmegheny Feat Reham Husen Eshna Ad Eih Chord

Editing Tools For Drawing

Fatwa Mufti Mesir Dapatkah Pahala Solat Berjemaah Oleh Seorang Lelaki Yang Solat Di Rumah Bersama Isterinya

Hutang Negara Turun Rm20 Bilion Grok Ai Dedah Sebaliknya Hahaha

Rafizi Pendakwa Raya Perlu Jelaskan Kenapa Ambil Masa Lama Sedia Bukti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bunga Kemboja Putih

Dendi Nata Tergariskan Chord

Don T Call It A Comeback Asterisk S Award Winning Harley Shovelhead

Tapau Beriani King Muar

Hiburan Yakin Dan Merdu Suaranya Nur Fazura Lancar Lagu Baru Berjudul Luar Biasa Kolaborasi Bersama Ade Govinda

Buah Dah Masak