Wanita Suka Mengumpat Sulit Dikafankan


Assalamualaikum dan selamat membaca
Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang benar-benar memberi keinsafan.


Salah satu daripada pengalaman-pengalaman itu membabitkan masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang hendak di kapankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang saya uruskan, di mana kain kapannya mencukupi walapun orangnya berbadan tinggi dan gemuk.

Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun lalu, saya mengunakan kain kapan sebanyak 24 ela untuk mengapankan mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama ada mayat bersaiz besar atau kecil, gemuk atau kurus. Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa tahun lalu, kain kapan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa, berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya di beritahu arwah meninggal dunia kerana sakit jantung.

Orangnya sudah tua, umurnya sekitar 60-an.Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain kapannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala dan satu hasta di hujung kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan bantuan adik saya, Rafeah. Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya agak kuning dan najisnya, Maha

Suci Allah amat banyak. Makin dikorek makin banyak yang keluar.
"Eh, ada lagi najis", kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45 minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami memandikan mayat itu.

Selalunya satu setengah jam sudah mencukupi.
Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikapan. Sebaik sahaja arwah diletakkan ke atas kain kapan, saya terperanjat besar bila mendapati kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat. Entah macam mana kain kapan di hujung kepala dan di hujung kakinya cuma tinggal satu jari sahaja.

"Eh, kenapa tak cukup. Takkan salah potong", saya berkata pada adik saya. Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kapan yang kami sediakan itu tidak muat. Kami berdua sama-sama bingung dan bertanya-tanya di mana silapnya. Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah sendiri menyaksikan dan membantu saya memotong kain itu.

Sudah bertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kapan itu dan mendapatinya cukup 24 ela. Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan kain kapan kepada saya.

Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula berkecimpung dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi. Waktu itu saya mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang sebelum di lantik sebagai bilal pengurusan jenazah wanita oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 1973.
Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama saya berdepan dengan masalah saya berdepan dengan masalah kain kapan tidak muat. Mungkin inilah yang dikatakan habuan dan bahagian masing-masing.

Entah apa amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Semoga Tuhan mengampunkan segala dosanya dan mencucuri rahmat di atas rohnya. Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak ada. Kain yang saya bawa itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat arwah dikapankan juga menggunakan apa yang ada.

Maha Suci Allah, saya sekali lagi teperanjat beser bila mendapati kain kapan itu tidak mencukupi untuk membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga seperti membungkus nasi lemak. Selalunya kain kapan yang saya sediakan boleh menutup hingga ke bahagian tepi. Puas saya tarik untuk cuba menutup bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah itu, saya terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang ternganga sebelum mengikatnya kemas-kemas.

Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengapan, arwah disembahyangkan kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban saya. Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu kerja-kerja pengebumian jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah bingung. Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku yang benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang hadir. Ketika jenazah diturunkan, liang lahad yang disediakan didapati tidak cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok. Akibatnya, jenazah terpaksa ditarik naik dan liang lahad digali semula.

Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha Besar, liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam kaki. Setiap yang hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga diseksa begitu rupa? Jenazah dinaikkan semula dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga. Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan.

Alhamdulillah, cubaan kali ketiga berjaya dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan. Masing-masing menghembus nafas lega. Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah menyedihkan. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana kain kapan yang saya bawa itu tidak muat dengannya. Untuk memastikan kedudukan sebenarnya, saya pergi ke kedai yang membekalkan kain kapan kepada saya untuk bertanya berapa banyak kain putih yang dibekalkan kepada saya. Jika betul 24 ela, kenapa kain itu tidak cukup sedangkan mayat yang dikapankan bersaiz kecil. Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang kebesaran Allah.

Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama seperti kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kainitu tidak mencukupi itu bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci Allah Allah, memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang berlaku ke atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan. Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam, hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya.

Tetapi daripada cerita-cerita yang saya dengar, arwah dikatakan menpunyai tabiat buruk - suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak cukup dengan itu, arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang serta gemar membawa mulut dari rumah ke rumah. Bukanlah niat saya untuk membongkarkan keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar mereka yang masih hidup. Hindarkan perkara- perkara keji demi kesejahteraan kita sendiri.

Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh berbeza dengan apa yang saya lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah kira-kira sebulan kemudian. Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50- an. Punca kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali petama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih. Walaupun bertubuh besar, tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik saya Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan badannya. Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek, tetapi tiada sebarang kesan najis.

"Bersih betul mayat ini", saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung kesan kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah di bersihkan sebelum menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya. Mayat itu selesai di mandikan dalam tempoh tidak sampai sejam. Sewaktu hendak mengapan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi kebimbangan takut-takut peristiwa kain kapan tidak muat berulang lagi. Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kapan yang kami bawa sebanyak 24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja mengapan jenazah disembayangkan.

Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa ke tanah perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa sebarang halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Arwah memang dikenali di kalangan penduduk-penduduk kampungnya sebagai seorang yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka bersedekah dan menolong orang ternyata mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya jauh berbeza dengan jenazah kurus yang tidak muat kain kapannya. Bukan menghina atau mencaci tetapi itulah hakikatnya.

Perbezaan itu jelas menunjukkan betapa pentingnya kita hidup berlandaskan agama. Buatlah apa yang disuruh dan tegah apa yang di larang, insya-Allah selamt didunia dan akhirat.

sumber

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rencahidupini.blogspot.com/2012/07/wanita-suka-mengumpat-sulit-dikafankan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Cederakan Alat Sulit Skandal

Wanita Cederakan Alat Sulit Skandal

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 155 hits
AgensiJakarta Mengerikan apabila seorang wanita berusia 28 tahun dari daerah Tapanuli Selatan Sumatera Utara bertindak mencederakan alat sulit kenalan lelakinya dengan senjata tajam iaitu keris Portal Kompas melaporkan wanita itu bagaimanap...
Wanita Bersekongkol Dengan Ibu Rancang Penculikan Kekasih Suami

Wanita Bersekongkol Dengan Ibu Rancang Penculikan Kekasih Suami

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 219 hits
Nor Azizah Mokhtaram hmetro com myKuala Lumpur Gara gara marahkan suami curang seorang isteri sanggup merancang penculikan seorang wanita warga asing yang juga teman wanita suaminya Jumaat lalu Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner B...
Exco Pas Dikecam Samakan Wanita Dengan Barang Jualan

Exco Pas Dikecam Samakan Wanita Dengan Barang Jualan

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 131 hits
MalaysiakiniSeorang pemimpin kanan PAS dikecam kerana menyamakan wanita dengan barang dan menilai mereka dengan murah atau sebaliknya berdasarkan keadaan ia dijual Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Azman Ibrahim berkata sesuatu barang itu akan...
Shahrizat Akan Kembali Menerajui Wanita Umno

Shahrizat Akan Kembali Menerajui Wanita Umno

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 255 hits
PETALING JAYA Umno akan menghampakan ikrar perubahan yang diuar uarkan selama ini sekiranya Shahrizat Abdul Jalil terpilih sebagai ketua pada pemilihan akan datang malah akan dianggap tidak pernah mahu berubah Penganalisis politik Azmi Hass...
Kami Wanita Bukan Barang Warganet Bidas Pemimpin Pas

Kami Wanita Bukan Barang Warganet Bidas Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 134 hits
Kebanyakan pengguna media sosial membidas ADUN Jabi Dr Azman Ibrahim dan mendakwa beliau seakan memandang rendah wanita PETALING JAYA Seorang ahli Jawatankuasa PAS Pusat menerima kecaman di media sosial kerana menyamakan wanita seperti bara...
Culik Kekasih Suami Wanita Dan Ibu Mentua Ditahan Polis

Culik Kekasih Suami Wanita Dan Ibu Mentua Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 181 hits
Polis berkata ibu dan isteri pengadu serta seorang lelaki tempatan berusia antara 37 hingga 52 tahun ditahan di Temerloh Pahang dan Bandar Baru Sentul PETALING JAYA Dua beranak ditahan polis setelah disyaki menjadi dalang penculikan seorang...
Wanita Umno Perlu Pilih Muka Baru Terajui Sayap Wanita Parti Itu Kisah Lembu Yang Merugikan Negara Belum Lagi Dilupakan

Wanita Umno Perlu Pilih Muka Baru Terajui Sayap Wanita Parti Itu Kisah Lembu Yang Merugikan Negara Belum Lagi Dilupakan

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 164 hits
Umno tak pernah mahu berubah jika Shahrizat terpilih jadi ketua kata penganalisis February 7 2023 PETALING JAYA Umno akan menghampakan ikrar perubahan yang diuar uarkan selama ini sekiranya Shahrizat Abdul Jalil terpilih sebagai ketua pada ...
Kaki Bella Diikat Sebab Suka Merayau Makan Jajan Kata Siti Bainun

Kaki Bella Diikat Sebab Suka Merayau Makan Jajan Kata Siti Bainun

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 204 hits
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 KUALA LUMPUR Pengasas Rumah Bonda S...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa