Kaki Bella Diikat Sebab Suka Merayau Makan Jajan Kata Siti Bainun


 
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Sesyen, tiada keperluan dia mengambil remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella untuk disimpan dan didera, kerana lebih menyayanginya berbanding jagaan yang lain.
Siti Bainun, 31, yang mengambil Bella sejak Julai 2020 turut menyifatkan remaja perempuan itu seorang yang kelakar, manja dan suka menyanyi seorang diri di depan cermin, membuatkan dia suka menyakatnya.
Siti Bainun berkata semasa dalam jagaannya, tertuduh tidak pernah mendapat wang dan mengutip derma untuk menyara Bella, selain tidak mendapat bantuan bagi menguruskan remaja perempuan itu.
“Saya perlu menjual roti, kek, pasta dan mengambil tempahan katering untuk menampung tujuh anak saya termasuk Bella. Katering pun saya yang masak sendiri di rumah ibu dan tidak suruh pun anak-anak saya tolong, kecuali jika saya buat di kondominium. Mereka sendiri ingin membantu tanpa saya arahkan atau dipaksa,” katanya.
Siti Bainun berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada prosiding membela diri atas pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.
Beliau berkata penghuni Rumah Bonda dan anak-anak jagaannya telah diajar berdikari, berdisiplin dan berkasih sayang antara satu sama lain, meskipun kebanyakannya berasal dari latar belakang kurang bernasib baik.
“Bella, saya benarkan dia menyapu dan belajar lap pinggan kerana dia tidak tahu basuh pinggan dengan baik. Jadi pinggan dia, saya atau kakak-kakak yang cucikan. Saya ajar dia urus diri dan lain-lain. Kita tidak halang dia berdikari, tapi dia juga anak istimewa yang perlukan perhatian.
“Dalam fikiran saya, kalau saya sudah tiada satu hari nanti, anak-anak ini akan tahu tanggungjawab dan jaga diri mereka sendiri. Tetapi untuk memaksa dan menyuruh dia (Bella) membuat kerja seperti orang lain, itu tidak sama sekali kerana saya sedar dengan kemampuan dia,” katanya dalam nada sebak.
Sti Bainun berkata dia membangunkan Rumah Bonda dengan menggunakan wang arwah ayahnya dan niatnya untuk berpindah ke kondominium di Wangsa Maju, untuk memberikan tempat yang lebih baik dan selesa buat Bella.
Berhubung Bella diikat, dia berkata remaja perempuan itu suka merayau pada waktu malam untuk makan jajan dan pernah minum susu kotak satu karton hingga habis sehingga cirit-birit dan saksi pendakwaan kelima Yasmin Nahar Mahmood mengakui perkara tersebut.
“Yasmin ada kain, dia attach kaki Bella dengan kaki dia, kalau Bella bangun nak merayap dan Yasmin boleh terjaga dan suruh Bella tidur.
“Sebab itu bila tanya siapa ikat? Bella cakap Shomin. Yasmin sendiri mengaku dalam keterangannya bahawa Shomin adalah dia. Tapi ikatan itu langsung tidak kuat dan sekadar untuk keselamatan Bella. Buktinya Bella tidak ada kecederaan atau bengkak akibat diikat seumpama cerita saksi-saksi pendakwaan,” katanya.
Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung esok. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/02/kaki-bella-diikat-sebab-suka-merayau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Pernah Beri Bella Makan Cili Najis Dan Simbah Air Panas Siti Bainun Nurhanis

Tak Pernah Beri Bella Makan Cili Najis Dan Simbah Air Panas Siti Bainun Nurhanis

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 188 hits
KUALA LUMPUR 22 Feb Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa kejadian remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella disuruh makan cili dan najis selain diikat disimbah air panas ser...
Siti Bainun Nafi Dakwaan Saksi Kononnya Dia Beri Bella Makan Najis Cili Amp Simbah Air Panas

Siti Bainun Nafi Dakwaan Saksi Kononnya Dia Beri Bella Makan Najis Cili Amp Simbah Air Panas

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 145 hits
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa kejadian remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella disuruh makan cili dan najis selain diikat disimbah air panas serta ditekap dengan ku...
Siti Bainun Denies Forcing Bella To Eat Chilli Faeces And Other Abuses

Siti Bainun Denies Forcing Bella To Eat Chilli Faeces And Other Abuses

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 162 hits
Rumah Bonda founder Siti Bainun Ahd Razali told the Kuala Lumpur Sessions Court today that a Down syndrome teenage girl known as Bella was never asked to eat chilli and faeces bound and splashed with hot water and tortured with a hot pan Sh...
Saya Sayang Bella Lebih Dari Anak Anak Lain Siti Bainun Nafi Dera Amp Pergunakan Bella Untuk Kutip Sumbangan

Saya Sayang Bella Lebih Dari Anak Anak Lain Siti Bainun Nafi Dera Amp Pergunakan Bella Untuk Kutip Sumbangan

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 161 hits
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun 31 memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bahawa dia lebih menyayangi Bella berbanding anak anak jagaannya yang lain Dakwaan mengatkaan dia mengambil remaja perempuan sindrom down itu untuk dijaga...
Siti Bainun Admits Bella Was Hurt In Her Condo

Siti Bainun Admits Bella Was Hurt In Her Condo

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 151 hits
KUALA LUMPUR Rumah Bonda founder Siti Bainun Ahd Razali admitted that Bella s injuries occurred while the teenage girl with Down syndrome was at her condominium in Wangsa Maju here Siti Bainun 31 said she had also seen the injuries while Be...
Saya Minta Ubat Paling Bagus Untuk Rawat Luka Bella Siti Bainun Nafi Sembunyikan Kecederaan Bella

Saya Minta Ubat Paling Bagus Untuk Rawat Luka Bella Siti Bainun Nafi Sembunyikan Kecederaan Bella

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 253 hits
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali pada Isnin mengaku telah meminta ubat paling bagus di farmasi untuk merawat kecederaan lecur pada tangan remaja perempuan sindrom Down di bawah jagaannya yang dikenali sebagai Bella Siti Bainun 31...
Punya Bebal Anak 7 Setiap Hari Makan Di Kedai Lepas Tu Kata Menu Rahmah Mahal

Punya Bebal Anak 7 Setiap Hari Makan Di Kedai Lepas Tu Kata Menu Rahmah Mahal

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 245 hits
Bapa anak 7 cakap Menu Rahmah mahal netizen persoal kenapa nak makan setiap hari di kedaiMAISARAH AISYABiasanya Menu Rahmah ini adalah buat golongan B4o yang tidak berkemampuan namun jika setiap hari makan kedai maka jangan salahkan inisiat...
Potret Sederhana Zaskia Sungkar Dan Keluarga Makan Di Warung Kaki Lima Pinggir Jalan

Potret Sederhana Zaskia Sungkar Dan Keluarga Makan Di Warung Kaki Lima Pinggir Jalan

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 170 hits
Keluarga pasangan Zaskia Sungkar dan Irwansyah sedang berada di Yogyakarta Zaskia dan Irwansyah turut membawa serta Ukkasya Ada pemandangan menarik saat Zaskia Sungkar bersama suami dan anaknya makan di tempat sederhana warung kaki lima Pot...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025