Kami Wanita Bukan Barang Warganet Bidas Pemimpin Pas


 
Kebanyakan pengguna media sosial membidas ADUN Jabi Dr Azman Ibrahim dan mendakwa beliau seakan memandang rendah wanita. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seorang ahli Jawatankuasa PAS Pusat menerima kecaman di media sosial kerana menyamakan wanita seperti “barang”, yang menurutnya harus “dibungkus comel dan kemas”.
Dr Azman Ibrahim membuat kenyataan itu menerusi ciapan di Twitter, mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman mengenai dakwaan seorang wanita tidak dibenarkan masuk membuat laporan di balai polis kerana berseluar pendek.
Beliau yang juga ADUN Jabi, berkata kaedah pembungkusan sesuatu “barang” itu memainkan peranan penting dalam aspek pemasaran.
“Barang mahal bernilai tinggi akan dibungkus comel dan kemas,” katanya.
“(Kalau) main jual terdedah tepi jalan, itu barang tiruan harga murah.”
Bagaimanapun, dalam ciapan seterusnya, Azman berkata, beliau tidak pasti sama ada seseorang itu masih dinilai berdasarkan penampilannya, selain berpendapat perkara itu tidak wajar.
Kebanyakan pengguna media sosial membidas Azman, mendakwa beliau seakan memandang rendah wanita.
Pengguna Twitter @LilyZali mempersoalkan bagaimana wakil rakyat itu, yang mempunyai ahli keluarga wanita, memandang golongan berkenaan begitu rendah.
“Berdasarkan pemakaian semata? (Kemudian) dilabel sebagai barang? Anda menjengkelkan,” balasnya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna Twitter, @afiqazni berkata: “Pakaian dan pemakaian itu bukan kayu pengukur untuk menilai kemuliaan seseorang.”
Minggu lalu, seorang wanita mendakwa dilarang memasuki Balai Polis Kajang untuk membuat laporan mengenai kemalangan dialaminya.
Dakwanya, beliau dilarang masuk walaupun memakai seluar pendek menutup bahagian lututnya dan hanya dibenarkan selepas kakaknya membawa seluar panjang untuknya.
Pada Sabtu lalu, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata, mereka yang pergi ke balai polis perlu menjaga prinsip kelima Rukun Negara dan berpakaian sopan serta menjaga akhlak.
“Kita boleh membuat kelonggaran berdasarkan jenis kecemasan dihadapi pengadu ketika membuat laporan di balai polis,” katanya.
Bagaimanapun, kenyataannya itu tidak dipersetujui bekas ketua polis negara, Musa Hassan yang menegaskan, menjadi kewajipan polis menerima laporan dalam apa jua keadaan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/02/kami-wanita-bukan-barang-warganet-bidas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Jijik Kasthuri Selar Pemimpin Pas Samakan Wanita Dengan Barang

Kenyataan Jijik Kasthuri Selar Pemimpin Pas Samakan Wanita Dengan Barang

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 203 hits
Kasthuri Patto mengecam komen AJK PAS Pusat Dr Azman Ibrahim yang menurutnya memperkecilkan kedudukan dan martabat wanita di Malaysia PETALING JAYA Seorang bekas Ahli Parlimen DAP menyelar tindakan pemimpin PAS yang membuat kenyataan menyam...
Exco Pas Dikecam Samakan Wanita Dengan Barang Jualan

Exco Pas Dikecam Samakan Wanita Dengan Barang Jualan

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 212 hits
MalaysiakiniSeorang pemimpin kanan PAS dikecam kerana menyamakan wanita dengan barang dan menilai mereka dengan murah atau sebaliknya berdasarkan keadaan ia dijual Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Azman Ibrahim berkata sesuatu barang itu akan...
Harga Barang Naik Pemimpin Umno Diam Membisu Tak Lagi Dengar Suara Rakyat

Harga Barang Naik Pemimpin Umno Diam Membisu Tak Lagi Dengar Suara Rakyat

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 402 hits
agendaily com25 01 2023Sidang media sebelum ini UMNO mengumumkan tarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional Kenaikan harga barang menjadi keluhan para pengguna apabila kerajaan dilihat lemah dalam menangani kos sara hidup rakyat ya...
Prn Pas Jumpa Pemimpin Ph Minggu Hadapan

Prn Pas Jumpa Pemimpin Ph Minggu Hadapan

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 188 hits
MALAYSIADATELINEPAS akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri di tiga negeri yang diterajui oleh Pakatan Harapan untuk membincangkan tarikh Pilihan Raya Negeri bagi membolehkan ia diadakan serentak dengan tiga negeri...
Perak Pas Chief Apologises To Anwar Over Lgbt Remarks

Perak Pas Chief Apologises To Anwar Over Lgbt Remarks

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 323 hits
I sincerely pray that Allah will bless Datuk Seri Anwar Ibrahim with strength and a long life to continue leading the country as the prime minister Perak PAS chief Razman Zakaria has apologised in court to Anwar Ibrahim for claiming in an e...
Permohonan Maaf Razman Bukti Fitnah Jadi Bahan Kempen Pas

Permohonan Maaf Razman Bukti Fitnah Jadi Bahan Kempen Pas

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 384 hits
MalaysiakiniPermohonan maaf oleh Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria terhadap Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim perlu dijadikan iktibar terutama oleh orang Melayu kata Ahli Jawatankuasa Amanah Faiz Fadzil Katanya permohonan maaf itu ...
Perak Pas Chief Apologised To Anwar To Save Pm S Name Says Son

Perak Pas Chief Apologised To Anwar To Save Pm S Name Says Son

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 423 hits
The son of Perak PAS chief Razman Zakaria has defended the latter s apology to Prime Minister Anwar Ibrahim saying it was done to save the premier s name According to Muhammad Rif aat both Razman and Anwar agreed to settle the case outside ...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Japan Part Iii Tempat Solat Beli Beras

Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia