Wanita Share Pengalaman Ct Scan Rasa Sakit Buat Ramai Kecut Perut
Wanita Share Pengalaman CT Scan, Rasa Sakit Buat Ramai ‘Kecut Perut’
Tak ramai yang betul-betul faham apa sebenarnya yang perlu dilalui oleh mereka yang terpaksa menjalani imbasan CT scan.
Kebanyakan orang hanya bayangkan pesakit baring di atas katil, kemudian mesin ‘tarik masuk’ ke dalam terowong. Selepas beberapa minit menunggu, semuanya selesai dan pesakit boleh keluar dengan tenang.
Tapi siapa sangka, prosesnya sedikit lebih mencabar daripada apa yang kita bayangkan.
Baru-baru ini, perkongsian seorang wanita tentang pengalaman menjalani CT scan telah mencuri perhatian ramai. Bukan saja buat orang terkejut, malah ada yang mengaku rasa ‘seram sejuk’ hanya dengan membaca apa yang dilaluinya.
“Pedih gila. Panas…”
Menurut wanita ini, sebelum prosedur CT scan bermula, dia perlu minum tiga cawan air berwarna merah dan diminta tahan kencing.
Kemudian, tangannya pula dimasukkan branula sebelum doktor memasukkan sejenis cecair berwarna biru ke dalam saluran darah. Manakala, satu lagi cecair dimasukkan melalui bahagian belakang badan (bontot).
Lebih mencemaskan, selepas semua persediaan selesai, doktor keluar ke bilik lain dan hanya memberikan arahan dari jauh. Katanya, dari situ saja dia dah mula rasa tak sedap hati.
“Dia (doktor) cakap, kalau sakit tahan. Jangan gerak. Sekali lalu air biru kat branula. Pedih gila. Panas. Seluruh urat kau akan rasa air tu lalu. Kat bontot kau akan rasa air masuk lalu usus. Sampai la ke perut. Sumpah, aku trauma,” kongsinya menerusi Threads @ninaehmed_.
Wanita itu berkongsi bagaimana sensasi panas dan pedih terasa seolah-olah mengalir dari kepala hingga ke hujung kaki. Malah, bahagian bawah badan juga terasa seperti ada sesuatu bergerak melalui usus sehingga ke perut.
“Kalau mak ayah kata CT scan dia buat tak sakit tu, nampak sangat mak ayah korang tipu korang. Sebab tak nak korang risau,” tambahnya.
Netizen terkejut, kongsi cerita masing-masing
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengakui terkejut kerana selama ini mereka menyangka prosedur CT scan hanyalah proses biasa yang tidak menyakitkan.
Ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing dan mengakui pernah melalui rasa sakit serta ketidakselesaan yang sama ketika menjalani prosedur tersebut.
Tidak kurang, ada juga yang meluahkan rasa sebak apabila mengingatkan apa yang mungkin pernah dilalui insan tersayang.
“Sedihnya baca. Macam tu ke arwah mak aku lalui. Ya Allah. Hari tu aku buat MRI ke apa tah, aku nangis dalam tu membayangkan arwah mak.”
“Mak mertua saya sampai nangis sebab sakit. Merayu dia dekat doktor tak nak buat lagi dah CT scan. Kesian, dia dah la dah berumur, baru detect kanser stage 4.”
Walaupun pengalaman ini kedengaran menakutkan, CT scan sebenarnya prosedur penting untuk diagnosis penyakit.
Setiap orang mungkin mengalami tahap kesakitan berbeza. Ada yang rasa biasa sahaja, ada pula yang melalui pengalaman seperti wanita ini.
Apa pun, perkongsian ini sekurang-kurangnya membuka mata ramai tentang realiti proses CT scan.
BACA: Bila “First Timer” Buat Karipap Terus Nak Open Order, Terhibur Baca Komen Netizen
BACA: Tak Habis Lagi Cerita Karipap “First Timer”, Roti Jala Pula Viral
Sumber: Threads @ninaehmed_
The post Wanita Share Pengalaman CT Scan, Rasa Sakit Buat Ramai ‘Kecut Perut’ appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/25/wanita-share-pengalaman-ct-scan-rasa-sakit-buat-ramai-kecut-perut/