Nga Kor Ming Luah Rasa Kesal Sampah Dibuang Merata Di Kawasan Pusat Bandar
Nga Kor Ming Luah Rasa Kesal Sampah Dibuang Merata Di Kawasan Pusat Bandar
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meluahkan kekesalan apabila kawasan tumpuan di pusat bandar dipenuhi dengan sampah sarap.
Menerusi kenyataan yang disiarkan di Facebook kementerian itu, Nga berkata beliau memandang serius dan amat kesal apabila menerima laporan mengenai tahap kebersihan yang terjejas akibat sikap segelintir individu yang membuang sampah merata-rata.
Tegasnya, Malaysia kini sedang melangkah ke arah negara maju dan bersedia menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026.

Kredit: KPKT Malaysia

Kredit: KPKT Malaysia
“Persoalannya, adakah ini budaya kita? Sikap tidak bertanggungjawab seperti ini mencemarkan imej bandar raya serta nama negara di mata masyarakat dan pelancong.
“Kerajaan melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa komited melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan bandar berada dalam keadaan bersih, teratur dan selesa.
“Namun, usaha ini tidak akan berkesan tanpa kesedaran dan kerjasama orang ramai,” katanya.
BACA JUGA: Bukan Biasa-Biasa, Ini 6 “Perfume” Lokal Yang Anda Kena Cuba
Menurutnya lagi, kebersihan bandar bukan semata-mata tanggungjawab kerajaan, SWCorp atau PBT, sebaliknya merupakan tanggungjawab bersama seluruh masyarakat.

Kredit: KPKT Malaysia

Kredit: KPKT Malaysia
“Mulai 1 Januari 2026, tindakan lebih tegas akan diambil oleh SWCorp dan PBT. Mana-mana individu yang didapati membuang sampah kecil di tempat awam boleh dikenakan denda sehingga RM2,000, selain hukuman tambahan Perintah Khidmat Masyarakat maksimum 12 jam dalam tempoh enam bulan.
“Pendekatan ini bertujuan mendidik masyarakat agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap persekitaran,” ujarnya lagi.
Beliau turut menyeru kepada semua pihak agar menghormati ruang awam yang dikongsi bersama.
Apa jua perayaan atau aktiviti perlu diraikan dengan penuh kesedaran sivik, gunakan tong sampah yang disediakan dan patuhi undang-undang demi kebersihan bandar.
“Bandar yang bersih mencerminkan masyarakat yang berbudaya tinggi. Marilah kita bersama-sama menyokong usaha SWCorp dan PBT dalam menjadikan bandar kita lebih bersih, lestari dan berdaya huni untuk generasi akan datang,” katanya.
Sumber: KPKT Malaysia
The post Nga Kor Ming Luah Rasa Kesal Sampah Dibuang Merata Di Kawasan Pusat Bandar appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/25/nga-kor-ming-luah-rasa-kesal-sampah-dibuang-merata-di-kawasan-pusat-bandar/