Wanita Perlu Tahu Ilmu Perancangan Pewarisan Harta


Assalamualaikum!

Kali ni YF nak berkongsi sedikit info berkenaan pewarisan harta. Bukan nak tamak haloba nak merampas harta  juta-juta macam dalam drama petang-petang tu ya. Ahaa. Bukan-bukan! Ilmu Perancangan Pewarisan Harta ni wanita perlu ambil berat juga. Bukan lelaki je perlu tahu. Sebab tu, banyak kes-kes di luar sana yang tidak berapa nak menyebelahi wanita disebabkan tiada pengetahuan akan hal ini.







Di Manakah Tahap Kesedaran Wanita?
Kesedaran wanita dalam membuat perancangan pewarisan harta masih lagi rendah. Mereka tahu kepentingan ilmu perancangan pewarisan harta, itu pun jika berlaku kematian dalam keluarga. Yang paling menakutkan, jika kehilangan tempat bergantung, lagi-lagi jika mereka tidak bekerja dan mempunyai anak-anak yang perlu ditanggung. Belum lagi masuk bab hutang piutang dan bil bulanan yang perlu dibayar. Keperluan? Makan minum? Yuran? Banyak lagi perkara yang perlu difikirkan.
Hal ini tidak terhad kepada wanita yang telah berkahwin saja ya. Ini termasuk wanita bujang juga. Ada juga segelintir wanita yang masih bujang, apatah lagi bekerjaya tinggi, mungkin tidak pernah terlintas difikiran ke mana agaknya harta mereka akan diagihkan sekiranya mereka meninggal dunia. Sedangkan perancangan pewarisan adalah pelengkap kepada perancangan kewangan yang patut dilakukan semasa hayat. 

Pentingnya Peringatkan Suami dan Diri

Hal ini lebih kepada bersiap siaga untuk menghadapi kebarangkalian yang kita tidak pernah terjangka akan terjadi di kemudian hari. 


Wanita Telah Berkahwin 
Surirumah mahupun bekerjaya, mereka sewajarnya sentiasa memainkan peranan mengingatkan suami secara kerap supaya melaksanakan perancangan pewarisan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku, terutama membabitkan harta yang ditinggalkan. Jika suami belum membuat perancangan harta secara wasiat atau hibah, sila beritahu suami untuk melakukannya selagi masih diberikan kesihatan yang baik dan kudrat untuk bergerak ke mana-mana. Selepas itu, laksanakan perancangan pewarisan demi kelangsungan hidup bersama anak apabila suami meninggal dunia kelak. 
Ibu Tunggal / Belum Berkahwin
Golongan ini juga tidak terkecuali membuat perancangan pewarisan supaya harta yang dimiliki dapat dibahagikan dalam bentuk jariah dan selebihnya dibahagikan kepada waris-waris yang berhak. 
Bahasa mudahnya, tanpa persiapan yang betul ke atas perancangan pewarisan tidak ada jaminan harta yang dikumpul semasa hidup bakal diwarisi dengan mudah, terutama jika seseorang mempunyai anak angkat dan anak tiri yang sememangnya kita berhasrat supaya mereka menikmati manfaat daripada harta pusaka yang ditinggalkan. 
Dokumen Harta Perlu Disimpan Dan Direkod
Dalam membuat perancangan pewarisan, perkara pokok yang perlu diketahui oleh wanita adalah dengan memastikan suami dan diri sendiri untuk:Simpan semua geran atau perjanjian yang ada
Jika masih ada hutang pembiayaan, pastikan semua resit bayaran, penyata pembiayaan tahunan dan penjanjian pembiayaan disimpan dengan baik
Simpan cover note atau polisi takaful yang melindungi pembiayaan ke atas harta tak alih. Ia penting supaya baki hutang pembiayaan dapat diselesaikan jika terjadi sebarang musibah
Semua dokumen yang berkaitan harta alih perlulah disimpan seperti buku akaun, penyata pelaburan dan polisi
Nombor telefon broker, remisier, ejen atau syarikat pelaburan dan takaful yang sering dihubungi, catatkan untuk kemudahan membuat sebarang tuntutan atau urusan
Untuk akaun simpanan, jika ada kad ATM, bolehlah dicatatkan nombor pin setiap kad ATM yang ada
Kenalpasti semua hutang yang masih ada. Tidak kira hutang dengan Allah seperti zakat, badal haji, fidyah dan kaffarah atau hutang dengan individu atau dengan bank/institusi kewangan. Semua perjanjian pembiayaan, resit bayaran dan penyata pembiayaan perlu disimpan dengan baikNota: Sebaik-baiknya, hutang perlu diselesaikan semasa hayat masih ada. Tetapi, jika ajal sudah menjemput, menjadi tanggungjawab waris untuk menyelesaikan hutang yang masih berbaki. Jika menjadi pemiutang (pemberi hutang) dan penjamin, semua dokumen berkaitan juga perlu didokumenkan.
Waris-waris yang perlu disenaraikan ialah:Anak-anakIsteriIbu dan bapaJika mempunyai anak hasil perkahwinan terdahulu, juga perlu dikenalpasti anak-anak yang terpisah tersebutWaris-waris yang terputus hubungan perlu dikesan dan dicariDokumen yang perlu ada dalam simpanan:Salinan sijil beranak, kad pengenalan, sijil kahwin/nikah dan sijil kematian (jika waris telah meninggal dunia)Daftarkan segera perkahwinan supaya tidak berlaku drama-drama pertikaian selepas kematian nantiPastikan semua anak-anak berdaftar dan mempunyai sijil kelahiran atau kad pengenalan
Kenali Instrumen Perancangan Pewarisan Harta 
1) Wasi / Penama / Pentadbir
Melantik wasi / penama / pentadbir yang akan bertindak untuk mentadbir dan bertanggungjawab untuk menguruskan pembahagian harta pusaka kepada benefisiari dan waris-waris yang berhak selepas kematian nanti

2) Hibah
Memindahmilikkan / menghadiahkan harta semasa hidup kepada mana-mana waris atau bukan waris atau mana-mana orang yang disayangi

3) Wasiat
Mengikrarkan untuk mewasiatkan harta semasa hidup untuk dibahagikan selepas mati pada kadar 1/3 harta sahaja dan bukan kepada waris. Sekiranya lebih dari 1/3 atau kepada waris, ia tidak akan berkuatkuasa melainkan dipersetujui oleh waris-waris lain nanti

4) Amanah
Menyerahkan harta kepada pemegang amanah yang akan bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah dan melindungi harta pusaka anda

5) Wakaf
Menginfaqkan harta pusaka yang ditinggalkan sebagai sumbangan untuk kegunaan umum seperti pembinaan masjid. Wakaf berfungsi sebagai kesinambungan amalan selepas kematian. Jumlah harta yang diwakafkan sekiranya selepas kematian adalah tidak melebihi 1/3 daripada nilai kesemua harta bersih yang ditinggalkan. 
6) Faraid
Pembahagian harta pusaka yang ditetapkan oleh hukum syarak. Faraid memastikan pembahagian yang adil dan saksama kepada kesemua waris yang ditinggalkan. Pecahan pembahagian bergantung kepada jenis (anak lelaki, anak perempuan, isteri, ibu, bapa) dan bilangan waris yang masih ada. 
Apakah Tindakan Yang Perlu Dilakukan? 

1) Dapatkan khidmat dan nasihat profesional Selepas membuat draf pewarisan harta dan memilih instrumen-instrumen yang sesuai, draf tadi perlulah didokumenkan supaya menjadi satu dokumen wasiat / hibah / amanah / perwarisan yang sah.Untuk menghasilkan dokumen yang sah memerlukan kepada bantuan daripada mereka yang arif dalam bidang pewarisan dan undang-undang.Di sinilah pemilik harta boleh melantik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai pihak berautoriti untuk bertindak sebagai wasi, pemegang amanah atau pentadbir harta pusaka.2) Sediakan peruntukan kewangan Apabila memerlukan khidmat profesional untuk menyediakan dokumen-dokumen wasiat / hibah / amanah / perwarisan, sudah semestinya memerlukan kos. Oleh itu, sediakanlah peruntukan kewangan secukupnya.Maklumkan perancangan pembahagian kepada waris atau orang yang boleh dipercayai. Langkah ini dilakukan bagi memberitahu waris atau orang yang dipercayai supaya menghubungi wasi, pemegang amanah atau pentadbir yang telah dilantik jika berlaku kematian oleh pemilik harta. 
Fuh. Banyak perkara yang YF baru tahu dan perlu belajar dengan lebih lagi. Walaupun baru mendirikan rumah tangga, tak salah untuk bersikap ambil tahu. YF pun berharap korang yang baca entri YF kali ni bolehlah belajar sikit kan, daripada tak tahu langsung pasal perancangan pewarisan harta ni demi kesejahteraan masa depan. Kalau rasa nak tahu lebih lanjut lagi, bolehlah rujuk pegawai bertugas di MAIS dengan menghubungi platform di bawah:No. Telefon: 03-55143773 / 3772
Laman Sesawang : mais.gov.my | wasiat.com.my

Instagram : mais_officialhq | wasiatislam

Facebook : Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) | Wasiat Hibah Pusaka Faraid MAIS
Twitter : maisgovmy



--------------------------------------------------YF: Jangan ambil hak orang




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.yuliafajrin.com/2020/03/wanita-perlu-tahu-ilmu-perancangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buku Faraid Ilmu Pembahagian Harta Pusaka Yang Wajib Dipelajari

Buku Faraid Ilmu Pembahagian Harta Pusaka Yang Wajib Dipelajari

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 677 hits
Sedang Mencari Buku Faraid Yang Terbaik Anda sedang mencari buku ilmu faraid terbaik dan mudah difahami Adakah anda seorang pelajar seorang peguam syariah seorang perancang harta seorang ustaz seorang perunding harta seorang pensyarah seora...
Hiburan Ika Nabella Tempelak Individu Label Isteri Tak Kerja Sebagai Wanita Pemalas

Hiburan Ika Nabella Tempelak Individu Label Isteri Tak Kerja Sebagai Wanita Pemalas

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 382 hits
Tampil menempelak tindakan individu yang seolah olah memperlekeh peranan seorang wanita yang memilih untuk menjadi seorang suri rumah tangga sepenuh masa pelakon Ika Nabella kini dilihat makin berani mengutarakan pendapatnya kepada umum Uja...
Dr Alice Ageless Medispa Rahsia Kecantikan Wanita

Dr Alice Ageless Medispa Rahsia Kecantikan Wanita

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 464 hits
DR ALICE AGELESS MEDISPA RAHSIA KECANTIKAN WANITAKEKAL REMAJA DAN MENGANJALKAN KULIT Tanyalah kepada mana mana wanita pasti semua mahu tampil cantik kerana kecantikan adalah sesuatu yang sangat sinonim buat golongan itu Cantik itu sendiri d...
Janjian Dengan Wanita Dari Facebook Dua Pemuda Kecele Dan Kena Dibegal

Janjian Dengan Wanita Dari Facebook Dua Pemuda Kecele Dan Kena Dibegal

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 260 hits
Kedua korban kaget ketika yang ditemukan di lokasi adalah pria Mereka berjumlah empat orang Korban tak dapat menghindar karena kalah kekuatan
Wanita Langgar Kuarantin Rumah Didakwa Di Mahkamah Hari Ini

Wanita Langgar Kuarantin Rumah Didakwa Di Mahkamah Hari Ini

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 350 hits
Wanita berusia 72 tahun yang berada di bawah Perintah Pengawasan Rumah Covid 19 tetapi dilihat makan di sebuah restoran di Meru Raya akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh di Perak hari ini Media diberitahu perkara itu melalui notis yang d...
Tedia Polis Wanita Jadi Wira Selamatkan Warga Emas Daripada Digilis Kereta Api Selepas Kerusi Roda Tersekat Di Landasan

Tedia Polis Wanita Jadi Wira Selamatkan Warga Emas Daripada Digilis Kereta Api Selepas Kerusi Roda Tersekat Di Landasan

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 410 hits
Polis wanita jadi wira selamatkan warga emas daripada digilis kereta api selepas kerusi roda tersekat di landasanSeorang warga emas nyaris maut gara gara kerusi rodanya tersekat di landasan kereta api sebelum dia diselamatkan seorang pegawa...
Meski Begitu Cantik Wanita Ini Ditinggalkan Suami Demi Pelakor Setelah Melahirkan

Meski Begitu Cantik Wanita Ini Ditinggalkan Suami Demi Pelakor Setelah Melahirkan

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 658 hits
Baru baru ini sebuah video viral di media sosial di mana seorang wanita cantik yang memilih untuk menikah muda harus mengalami kenyataan yang pahit saat ditinggalkan oleh suaminya demi seorang pelakor Wanita ini adalah Mutya Lifyana yang be...
Hentikan Ugutan Ke Atas Keluarga Ahli Politik Pembangkang Wanita Ph

Hentikan Ugutan Ke Atas Keluarga Ahli Politik Pembangkang Wanita Ph

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 357 hits
Penangkapan dan pendakwaan ke atas isteri bekas Menteri Kewangan Betty Chew yang disangsikan bukti bukti kes pengubahan wang haram dikecam oleh Wanita Pakatan Harapan Wanita PH menggesa kerajaan Perikatan Nasional agar menghentikan tindakan...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara