Dr Alice Ageless Medispa Rahsia Kecantikan Wanita
DR ALICE AGELESS MEDISPA : RAHSIA KECANTIKAN WANITA
KEKAL REMAJA DAN MENGANJALKAN KULIT
Tanyalah kepada mana-mana wanita, pasti semua mahu tampil cantik kerana kecantikan adalah sesuatu yang sangat sinonim buat golongan itu. Cantik itu sendiri didefinisikan sebagai suatu yang indah dan menarik. Kalau boleh nak sentiasa kekal muda remaja masa mula-mula jumpa pasangan kan?? Hakikatnya sebelum orang melihat pada kecantikan hati, pastinya wajah yang dilihat dan dikenalpasti dahulu.
Baru-baru ini AlongMurni (AM) sempat menemani rakan yang akan menamatkan zaman bujangnya iaitu Balqis Athirah ke DR ALICE AGELESS MEDISPA yang terletak di Jalan Maarof, Bangsar.
Untuk info awal, ianya ditubuhkan pada tahun 1999 DR ALICE MEDICAL CENTER adalah pusat kesihatan dan kesihatan bersepadu yang mengkhususkan diri dalam Kesihatan Kekeluargaan, Kesihatan Wanita, Medical Spa and Holistic Wellness, Anti-Aging (Stem Cell), Aesthetic Medicine (bukan pembedahan dan rawatan laser), dan Pembedahan kosmetik. Pusat Kesihatan Kecantikan Dr Alice ini dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan menawarkan pendekatan holistik sehenti dalam memenuhi dan mengekalkan tujuan kecantikan, kesihatan dan kesejahteraan pesakit.
DR. ALICE PRETHIMA MICHAEL menubuhkan DR. ALICE AGELESS MEDISPA dan telah berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang ini. Sejak tahun 1999, Dr. Alice yang merupakan pengasas menjadikan bidang Obstetrics and Gynaecology (OBGYN) dan juga Cosmetic and Medical Aesthetic sebagai salah satu kerjaya bagi membantu lelaki dan wanita di luar sana untuk sentiasa tampil yakin dan cantik.
AlongMurni bergambar bersama Dr Alice Prethima Michael (Pengasas)
Dengan lebih dari tiga puluh tahun (30) pengalaman pakar dalam Perubatan Keluarga dan dengan kepakaran dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi (OBGYN), dan Estetika Kosmetik dan Perubatan, DR ALICE PRETHIMA, secara peribadi merawat setiap pesakit di pusat dengan menggunakan metodologi holistik untuk menggabungkan pelbagai bidangnya kepakaran perubatan. Beliau dibantu oleh pasukan pengamal perubatan yang sangat berpengalaman, berlesen dan berkelayakan, dan dijalankan di bilik operasi bertaraf dunia dengan menggunakan produk berkualiti tinggi dan asli, serta peralatan perubatan terbaru yang diluluskan oleh FDA.
Dari perundingan hingga tahap perawatan selepas itu, Dr Alice dan kakitangan berkomitmen untuk merawat setiap pesakit secara individu menggunakan pemeriksaan perubatan yang luas, pelbagai bidang kepakaran perubatan, dan pendekatan holistik untuk mengembangkan rancangan rawatan individual yang komprehensif untuk setiap pesakit dan menjaga kesejahteraan jangka panjang mereka.
Amalan Perubatan Estetik di Dr Alice Ageless Medispa terdiri daripada 44 rawatan berbeza iaitu rawatan bukan pembedahan atau laser yang dirancang untuk memperbaiki dan meningkatkan penampilan, tekstur dan kontur kulit, wajah, dan badan.
Ada terdapat beberapa rawatan yang tengah promosi dan mendapat sambutan hangat iaitu:
Shine Bright ProgramGold LaserThread Lift using Aptos ThreadFacial Rejuvenation Method (Profhilo)Oxygen to Derm Theraphy
Teman AM memilih untuk mendapat rawatan Shine Bright Program. Rawatan ini tidak menggunakan jarum malah kesan dari rawatan ini boleh nampak serta merta.
Terkesima AM melihat wajah Balqis Athirah selepas rawatan. Kulitnya nampak mulus dan gebu. Malah bertambah anjal pada kulit wajah. Terpancar aura seri pengantin dia tau!!
AM bergambar bersama Balqis Athirah (pengantin raja sehari)
Malah AM juga dapat melihat seorang teman AM iaitu Zharif memilih rawatan Oxygen to Derm Theraphy pada wajahnya. Berbeza dari rawatan yang Balqis Athirah terima, rawatan yang zharif terima lebih kepada ‘Mengoksigenkan’ kulit wajah. Istimewa rawatan ini ialah penggunaan gas oksigen yang disalurkan melalui topeng khas terus ke kulit muka bagi membuka pori-pori muka agar serum mudah meresap ke dalam kulit.
Nampak kulit wajah Zharif lebih bermaya dan ‘Glowing’ dari sebelumnya. Nampak rawatan yang dipilih oleh Zharif lebih sesuai untuk orang seperti AM yang sering mengalami masalah kulit kering dan kusam. AM pun rasa berminat untuk mencuba Rawatan Oxygen to Derm Theraphy untuk lawatan AM yang seterusnya ke DR ALICE AGELESS MEDISPA.
Yang berminat untuk mendapat servis dan perundingan dari Dr Alice boleh datang ke alamat tertera:
Dr. Alice Ageless Medispa
257, Jalan Maarof, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2095 0458
Dr. Alice Anti Aging
62-1, 257, Jalan Maarof, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2282 0994
Dr. Alice Clinic
46, Lorong Batu Nilam 21-A,
Bandar Bukit Tinggi 2, 41200 Klang
Telefon: 03-332 4699
Laman web:
https://www.dralicemd.com
Facebook:
www.facebook.com/Dr.AlicePrethima
Instagram:
www.instagram.com/dralice_prethima
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://alongmurni.blogspot.com/2020/08/Dr-Alice-Ageless-Medispa-rahsia-kecantikan-wanita.html