Hentikan Ugutan Ke Atas Keluarga Ahli Politik Pembangkang Wanita Ph



Penangkapan dan pendakwaan ke atas isteri bekas Menteri Kewangan, Betty Chew yang disangsikan bukti-bukti kes pengubahan wang haram dikecam oleh Wanita Pakatan Harapan (PH).
Wanita PH menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar menghentikan tindakan dan gangguan tidak bertamadun ke atas ahli keluarga pemimpin-pemimpin politik yang menjadi sasaran mudah bagi mereka.
“Berita penangkapan ke atas Betty Chew, isteri kepada Lim Guan Eng pada 7 Ogos 2020 lalu amat mengejutkan. Kita belum lagi reda dengan berita tuduhan tidak berasas ke atas Lim oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
“Ini adalah satu cara lapuk dan menjengkelkan yang sepatutnya tidak lagi berlaku di zaman ini.
“Tetapi ternyata perkara sedemikian terus menjadi senjata ampuh di bawah Kerajaan PN hari ini. Ini hanya membuktikan PN tidak serius dalam membawa agenda perubahan ke arah perkhidmatan yang berintegriti, bersih lagi telus dan masih membenarkan politik toksik, dendam serta pertuduhan yang tidak berasas,” kata wanita PH.
Kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Ketua-ketua Wanita PH itu turut membayangkan kemarahan rakyat yang kian meluap-luap terhadap pendakwaan mirip kes Fitnah I dan II ke atas Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada era BN yang lalu dengan bukti-bukti yang tidak konsisten.
“Kemarahan bukan saja dirasai oleh anggota-anggota PH bahkan juga masyarakat umum. Mereka tanpa henti menghantar mesej solidariti, simpati dan keprihatinan di ruang media sosial, yang bagi mereka menggambarkan agenda kerajaan PN menyasarkan ahli keluarga Lim, khususnya isteri beliau.
“Kami Wanita PH mendesak supaya kes Betty Chew dikendalikan secara telus dan adil. Kami memperingatkan agar agensi kerajaan bersikap profesional mengikut undang-undang tanpa rasa takut dan pilih kasih dan yang lebih utama jangan menjadi alat kepada tuan politik, hanya untuk menenggelamkan suara-suara yang menentang amalan korup dan penyalahgunaan kuasa.
“Wanita PH berdiri teguh dalam solidariti bersama Betty Chew, yang merupakan tunggak kekuatan bukan sahaja terhadap suaminya Lim Guan Eng, bahkan juga bagi keluarga dan ibu beliau Puan Neo, yang bersama-sama dalam saat getir yang menimpa keluarga ini atas pertuduhan tanpa asas oleh pihak Kerajaan PN,” kata mereka lagi.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ketua Wanita KEADILAN Fuziah Salleh, Ketua Wanita AMANAH Senator Aiman Athirah Al Jundi dan Ketua Wanita DAP Chong Eng.
Pada 11 Ogos lalu, Betty didakwa dengan 3 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dalam tuduhan yang kononnya menerima sejumlah bayaran dalam urusan tender ketika Lim menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29208

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percutian Ke Cameron Highlands Berakhir Tragedi 7 Ahli Keluarga Meninggal Kereta Bertembung Lori Mingguan Wanita

Percutian Ke Cameron Highlands Berakhir Tragedi 7 Ahli Keluarga Meninggal Kereta Bertembung Lori Mingguan Wanita

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 946 hits
Rancangan percutian ke Cameron Highlands berakhir tragedi apabila tujuh daripada sepuluh ahli keluarga meninggal dunia dalam kemalangan
Dilema Guru Wanita Antara Kerja Suami Dan Keluarga

Dilema Guru Wanita Antara Kerja Suami Dan Keluarga

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 397 hits
Anak Mama adik lapar la Guru Ehh adik ni td kan mama dh belikan KFC Anak Tapi mama adik blom mkn pon lg Guru Laa knp adik tak mkn mama belikan mkanan kegemaran adik tu Anak Adik nak makan bersama mama dr td lg adik tunggu tapi mama asyik de...
Elak Timbul Konflik Ahli Aoa Diminta Tidak Buat Kenyataan Peribadi Respons Fnc Ent Atas Tuduhan Mina

Elak Timbul Konflik Ahli Aoa Diminta Tidak Buat Kenyataan Peribadi Respons Fnc Ent Atas Tuduhan Mina

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 448 hits
Kelmarin ramai yang terkejut apabila mengetahui bekas ahli AOA iaitu Dalam entri berdarah itu wanita tersebut secara nyatanya menyebut nama ahli AOA iaitu Ji min dan Seol hyun serta CEO FNC Entertainment sebagai seseorang yang bertanggungja...
Aplikasi Mysejahtera Boleh Masukkan Ahli Keluarga Sekali

Aplikasi Mysejahtera Boleh Masukkan Ahli Keluarga Sekali

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 1279 hits
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat sahabat semua Naim harap semua baik baik belaka bersama keluarga tercinta Mesti malam malam begini ramai akan beristirihat kan layan movie dan duduk sebentar sebelum pejam mata Kembali ...
Gambar Solat Tepi Jalan Cetus Perdebatan Sesama Netizen Ahli Keluarga Tampil Beri Penjelasan

Gambar Solat Tepi Jalan Cetus Perdebatan Sesama Netizen Ahli Keluarga Tampil Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 626 hits
Kesempatan cuti sempena sambutan Hari Raya Aidiladha digunakan sepenuhnya untuk warga kota pulang beraya ke kampung halaman masing masing Senario jalan raya sesak menjadi lumrah setiap kali cuti perayaan Namun seperkara yang menjadi bualan ...
Pertuduhan Ke Atas Guan Eng Betty Dan Phang Jelas Bukan Motif Politik

Pertuduhan Ke Atas Guan Eng Betty Dan Phang Jelas Bukan Motif Politik

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 341 hits
BUTTERWORTH 11 Ogos Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth Pulau Pinang atas tuduhan rasuah Kedua dua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan diba...
Cara Masukkan Nama Ahli Keluarga Dalam Aplikasi Mysejahtera Mudahkan Urusan Masuk Premis

Cara Masukkan Nama Ahli Keluarga Dalam Aplikasi Mysejahtera Mudahkan Urusan Masuk Premis

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 586 hits
Dalam kehidupan normal baharu ini masyarakat perlu mengisi atau menggunakan QR kod untuk memasuki sesebuah premis perniagaan atau di mana sahaja Bahkan kerajaan pun telah perkenalkan satu aplikasi yang bernama MySejahtera Tetapi hari ini ka...
Pengguna Twitter Dakwa Hakim Kes Najib Ahli Keluarga Dr M Dikenal Pasti

Pengguna Twitter Dakwa Hakim Kes Najib Ahli Keluarga Dr M Dikenal Pasti

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 441 hits
Polis sudah mengenal pasti identiti pemilik akaun Twitter yang mendakwa hakim kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd membabitkan Najib Razak ada pertalian persaudaraan dengan Dr Mahathir Mohamad Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan ...
Pelantikan Ahli Politik Di 17 Syarikat Sejak Mac Dewan Rakyat Diberitahu

Pelantikan Ahli Politik Di 17 Syarikat Sejak Mac Dewan Rakyat Diberitahu

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 319 hits
Kementerian Kewangan berkata pelantikan ahli politik itu dibuat ke atas 17 buah syarikat berkaitan kerajaan KUALA LUMPUR Ahli politik dilantik untuk 17 buah syarikat milik Kementerian Kewangan berdasarkan kemampuan dan kepakaran mereka Dewa...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi