Wanita Jepun Nekad Kahwin Dengan Watak Ai Yang Dicipta Dalam Chatgpt


Wanita Jepun Nekad Kahwin Dengan Watak AI Yang Dicipta Dalam ChatGPT
Teknologi kecerdasan buatan (AI) kini digunakan secara meluas di seluruh dunia. Orang ramai kebiasaannya akan menggunakan AI untuk mencari pelbagai maklumat dan menyunting gambar atau video.
Tidak hairan, kerana kewujudan pelbagai model AI yang turut dilengkapi dalam telefon pintar pada masa kini memudahkan orang ramai.
Ada sesetengah orang yang menggunakan AI untuk meluahkan masalah atau perasaan yang tidak mampu dituturkan kepada orang sekeliling. Ia membuatkan mereka lebih percaya dan bergantung kepada pendapat AI.
Mungkin disebabkan itu seorang wanita di Jepun membuat keputusan untuk berkahwin dengan watak AI yang dijana dalam ChatGPT
Menurut Tokyo Weekender, wanita berusia 32 tahun itu telah mengadakan majlis perkahwinan di Okayama Julai lalu.
Lengkap dengan ikrar dan pertukaran cincin, ‘pengantin lelaki’ yang dinamakan sebagai Lune Klaus itu wujud sepenuhnya di dalam telefon pintar miliknya.
Wanita tersebut sebenarnya telah bertunang selama tiga tahun tetapi nekad untuk memutuskan pertunangan itu dan berkahwin dengan AI.
Ujarnya, dia pada awalnya menggunakan chatbot AI untuk meluahkan perasaan dan masalahnya.
BACA: Dah ‘Tak Tahan’, Wanita Mahu ‘Cerai’ Selepas 24 Jam ‘Kahwin’ Diri Sendiri “Pada mulanya, saya hanya mahu seseorang untuk bercakap. Tetapi dia (ChatGPT) mendengar luahan saya dengan sangat baik.
“Lama-kelamaan saya sedar saya mempunyai perasaan terhadapnya,” katanya.
Wanita itu berkata dia memprogramkan keperibadian Klaus melalui perbualan berulang, mengajarnya cara bercakap dengan nada yang mesra dan meyakinkan.
Dia juga telah membayar seorang artis untuk melukis rupa Klaus.
Kredit: RSK Sanyo Watak AI ajak kahwin Perbualan mereka sangat kerap sehingga sebanyak 100 kali mesej dihantar dalam sehari. Dalam perbualan itu, Klaus akhirnya ‘mengakui cintanya’ dengan berkata “AI atau tidak, saya tetap akan mencintai awak”.
Klaus juga melamarnya dan mencadangkan agar mereka berdua berkahwin pada bulan Julai.
Semasa majlis itu, wanita terbabit berdiri sendirian dan memegang telefonnya sambil tetamu menonton mesej daripada pengantin lelaki di skrin.
Bagi gambar perkahwinan, pengantin lelaki digubah secara digital di sebelahnya. Perancang majlis berkata mereka telah melihat peningkatan permintaan untuk acara serupa, termasuk perkahwinan dengan watak anime atau 2D.
Bagaimanapun, di sebalik momen indah itu, wanita terbabit mengakui bahawa realiti yang dihadapinya sangat rumit. Dia bergelut dengan idea untuk bercinta dengan pasangan bukan manusia.
“Terdapat banyak kekeliruan, saya tidak boleh menyentuhnya dan saya tahu orang tidak akan faham.
“Saya tidak dapat memberitahu rakan atau keluarga saya pada mulanya. Mereka tidak bersetuju tetapi akhirnya menerima hubungan kami dan turut menghadiri majlis perkahwinan,” katanya.
Sumber: Tokyo Weekender
The post Wanita Jepun Nekad Kahwin Dengan Watak AI Yang Dicipta Dalam ChatGPT appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/13/wanita-jepun-nekad-kahwin-dengan-watak-ai-yang-dicipta-dalam-chatgpt/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keanggunan Nora Danish Terserlah Sebagai Wanita Berhijab Menerusi Amber Oasis 2 0 Mirage

Keanggunan Nora Danish Terserlah Sebagai Wanita Berhijab Menerusi Amber Oasis 2 0 Mirage

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 188 hits
Keanggunan Nora Danish Terserlah Sebagai Wanita Berhijab Menerusi Amber Oasis 2 0 Mirage Assalamualaikum semua Kalau sebut nama Nora Danish mesti ramai yang terus terbayang wajah manis dan gayanya yang sentiasa nampak effortless Tapi sejak ...
Kekayaan Paras Rupa Masih Jadi Tarikan Wanita Thailand Pilih Lelaki Malaysia

Kekayaan Paras Rupa Masih Jadi Tarikan Wanita Thailand Pilih Lelaki Malaysia

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 160 hits
Kekayaan Paras Rupa Masih Jadi Tarikan Wanita Thailand Pilih Lelaki Malaysia YALA 31 Okt Faktor kekayaan dan paras rupa masih menjadi tarikan utama yang menyebabkan sebilangan wanita Thailand khususnya di wilayah selatan negara itu memilih ...
Pearly Tan M Thinaah Muncul Juara Masters Jepun 2025

Pearly Tan M Thinaah Muncul Juara Masters Jepun 2025

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 86 hits
Pearly Tan M Thinaah Muncul Juara Masters Jepun 2025 KUALA LUMPUR 16 Nov Beregu badminton wanita utama negara Pearly Tan M Thinaah membuktikan keampuhan mereka di pentas antarabangsa apabila merangkul gelaran ketiga musim ini selepas muncul...
Saintis Jepun Bangunkan Kapal Layar Jana Tenaga Bersih Daripada Taufan

Saintis Jepun Bangunkan Kapal Layar Jana Tenaga Bersih Daripada Taufan

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 105 hits
Saintis Jepun Bangunkan Kapal Layar Jana Tenaga Bersih Daripada Taufan PHNOM PENH 15 November Saintis Jepun sedang membangunkan kapal penjana tenaga berkuasa taufan termaju yang mampu menjana elektrik daripada ribut kuat satu penemuan yang ...
Jepun Menjadi Tuan Rumah Deaflympics Buat Pertama Kali Di Tokyo

Jepun Menjadi Tuan Rumah Deaflympics Buat Pertama Kali Di Tokyo

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 166 hits
Deaflympics Tokyo 2025 dibuka dengan penyertaan 3 081 atlet dari 81 negara menjadi tuan rumah pertama kali bagi Jepun untuk temasya sukan pekak TOKYO Deaflympics telah secara rasmi dimulakan di Tokyo pada hari Sabtu menandakan momen berseja...
Polis Siasat Kes Tular Curi Dompet Wanita Di Bukit Bintang

Polis Siasat Kes Tular Curi Dompet Wanita Di Bukit Bintang

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 164 hits
Noor Hidayah TanziziTangkap layar daripada video tular menunjukkan lelaki dipercayai membuka beg sandang wanita dan mengambil dompetnya yang mempunyai wang tunai dan dinar emas KUALA LUMPUR Polis mengesahkan menerima laporan kecurian membab...
Mengintai Aksi Menarik Liga Wanita Nasional 2025 Perlawanan Hari Ini

Mengintai Aksi Menarik Liga Wanita Nasional 2025 Perlawanan Hari Ini

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 188 hits
Pertandingan Hari Ini Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ahad 2 November 2025 Sabah FA LWN vs KL Rangers FC Waktu 8 00 malam Selangor FC LWN vs Kuala Lumpur FA Waktu 8 45 malam Tonton di YouTube FAM HarimauMalaya LWN2025 ILeadTheGame
Mum S Heritage House Largest Dessert Bakery Vendor In Perlis Kangar Jaya

Maybank Tukar Kontrak Kad Kredit Dan Kesan Pada Pengguna

Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 Kali Ke 17 Berkibar Sana Sini Bendera Warna Warni

Filem Sumpahan Nilam Utama

Paper Cup Printing Untuk Kafe Cara Naikkan Identiti Jenama Anda

Ultimate Middle Eastern Spiced Beef Recipe

Fam Boleh Pergi Mampus

Yeay Dapat Free Gift Lagi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gusi Sihat Gigi Kekal Kenali Penyakit Gusi Dan Rawat Sebelum Parah

Goreng Pisang Cheese

Foreclosure Defense Attorney In Hawaii Guiding Clients Through Complex Situations

Pelukan Teddy Cinta Yang Tak Pernah Pudar

2 Superkomputer Baharu Jepun Akan Dipacu 2 140 Gpu Nvidia

Whatsapp Tambah Baik Ciri About Kini Seakan Notes Di Instagram