Saintis Jepun Bangunkan Kapal Layar Jana Tenaga Bersih Daripada Taufan


Saintis Jepun Bangunkan Kapal Layar Jana Tenaga Bersih Daripada Taufan
PHNOM PENH, 15 November (Bernama) — Saintis Jepun sedang membangunkan kapal penjana tenaga berkuasa taufan termaju yang mampu menjana elektrik daripada ribut kuat – satu penemuan yang berpotensi menandakan pencapaian baharu dalam tenaga boleh diperbaharui luar pesisir.
Penyelidik di Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Taufan (TRC) di Yokohama National University sedang menguji sebuah kapal layar tanpa kru yang direka khusus untuk memanfaatkan tenaga daripada taufan kuat.
Taufan yang kerap melanda negara seperti Jepun, Filipina dan Vietnam – mengganggu kehidupan dan ekonomi – suatu hari nanti berpotensi menjadi sumber tenaga bersih yang berkuasa jika saintis berjaya mengatasi cabaran teknologi dalam mengendalikan kapal-kapal ini.
“Di TRC, kami sedang membangunkan kapal layar tanpa kru yang menggunakan angin taufan untuk pendorongan sambil pada masa sama menjana elektrik melalui turbin skru bawah air.
“Penyelidikan kami setakat ini telah menunjukkan bahawa konsep tersebut berfungsi pada tahap ujian makmal dan beberapa langkah lagi diperlukan sebelum ia boleh mencapai tahap praktikal atau komersial,” kata Profesor Madya TRC, Taiga Mitsuyuki kepada Bernama dari Yokohama.
Selama beberapa dekad, saintis di seluruh dunia telah berusaha ‘menjinakkan’ taufan dan memanfaatkan angin kencang bagi tujuan tenaga, yang boleh membuka dimensi baharu penghasilan tenaga boleh diperbaharui daripada sumber alam.
Saintis Jepun telah menerajui usaha menjana tenaga daripada taufan kuat selama beberapa dekad. Beberapa syarikat Jepun turut menyertai inisiatif itu, memainkan peranan penting dalam memajukan teknologi kompleks tersebut.
Model kapal TyphoonShot menjana tenaga menggunakan layar yang memerangkap angin lintang di kawasan yang boleh dilayari di bawah taufan dan mengikuti pergerakan ribut. Elektrik dijana dan disimpan di dalam kapal layar melalui putaran kipas turbin skru di bawah laut.
Elektrik yang disimpan itu kemudian dihantar ke darat melalui kapal.
“Kami sedang melaksanakan inisiatif menyeluruh di TRC yang dinamakan Projek TyphoonShot, yang mempunyai dua objektif utama – kawalan taufan dan penjanaan tenaga taufan.
“Jurutera dan ahli meteorologi kini bekerjasama meneroka kaedah menghasilkan tenaga daripada taufan dan konsep asasnya telah dibuktikan di peringkat makmal.
“Namun, untuk mencapai pelaksanaan praktikal, kerjasama lebih luas diperlukan, bukan sahaja di Jepun tetapi di seluruh Asia Timur dan Asia Tenggara, yang setiap tahun terkesan akibat taufan,” kata Taiga.
Terletak di Lautan Pasifik, Jepun terdedah kepada bencana alam dan mengalami sekitar 26 taufan setiap tahun. Di Asia Tenggara, negara seperti Filipina dan Vietnam turut kerap dilanda ribut tropika.
Tahun ini sahaja, sekurang-kurangnya 22 taufan melanda Filipina dengan membawa angin kencang dan hujan lebat, menyebabkan kemusnahan besar kepada nyawa, harta benda dan infrastruktur.
Pencapaian teknologi TRC itu membuka peluang meningkatkan keselamatan tenaga pada ketika dunia mencari sumber tenaga lebih bersih – malah berpotensi mengubah persepsi negatif terhadap taufan selama ini.
Menurut kajian TRC, penggunaan 100 kapal penjana tenaga taufan (TPG-ship) boleh menjana elektrik bersamaan kira-kira tiga peratus daripada jumlah penggunaan tenaga tahunan Jepun, kata Taiga.
“Sekilas pandang, tiga peratus kelihatan kecil, tetapi dalam konteks portfolio tenaga boleh diperbaharui Jepun pada masa ini, ia sebenarnya angka yang sangat bermakna dan realistik,” katanya.
BACA: Gunung Berapi Berlumpur Meletus, Api Menjulang Setinggi Dua Meter BACA: “Baki Akaun Tinggal RM17”, Kisah Dua Ayah Berjuang Cari Rezeki & Pengakhiran Buat Ramai Sebak BACA: “Menu Tengah Bulan,” Lelaki Ini Kongsi Resipi Mudah & Menyelerakan Sumber: Bernama
The post Saintis Jepun Bangunkan Kapal Layar Jana Tenaga Bersih Daripada Taufan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/15/saintis-jepun-bangunkan-kapal-layar-jana-tenaga-bersih-daripada-taufan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memahami Temuan 100 000 Peralatan Seramik Dari Dua Kapal Layar China Di Dasar Laut 1500 Meter

Memahami Temuan 100 000 Peralatan Seramik Dari Dua Kapal Layar China Di Dasar Laut 1500 Meter

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 171 hits
Lebih daripada 100 000 barangan seramik telah ditemui daripada dua bangkai kapal China yang terletak 1 500 meter dalam Laut China Selatan Penemuan yang mengejutkan ini dilakukan pada bulan Mei 2023 dengan tarikh kapal tersebut dianggarkan d...
110 000 Gpu Nvidia Bakal Kuasakan Superkomputer Ai Jabatan Tenaga As

110 000 Gpu Nvidia Bakal Kuasakan Superkomputer Ai Jabatan Tenaga As

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 118 hits
NVIDIA bersama Oracle mengumumkan akan membinaan superkomputer AI terbesar bagi Jabatan Tenaga Amerika Syarikat Projek ini menampilkan dua sistem utama iaitu Solstice dan Equinox yang dijangka beroperasi pada separuh pertama 2026 Sistem Sol...
Amid Support Letter Debacle Bersih Raises Doubt Over Govt Reforms

Amid Support Letter Debacle Bersih Raises Doubt Over Govt Reforms

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 142 hits
Bersih questioned the effectiveness of the newly passed Government Procurement Act as a support letter was reportedly issued by a prime minister s aide to the Health Ministry on behalf of contractors Bersih chairperson Faisal Aziz said the ...
Wawasan Dengkil Memasuki Jv Solar Mempelbagaikan Ke Dalam Sektor Tenaga Boleh Diperbaharui

Wawasan Dengkil Memasuki Jv Solar Mempelbagaikan Ke Dalam Sektor Tenaga Boleh Diperbaharui

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 190 hits
DENGKIL Penyedia perkhidmatan pembinaan dan kejuruteraan awam Wawasan Dengkil Holdings Bhd melalui anak syarikat sepenuhnya Wawasan Dengkil Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian pemegang saham dengan Nestcon Infra Sdn Bhd serta WD Solar K...
Azalina Explains Why Adam Radlan Freed By Court In Jana Wibawa Case

Azalina Explains Why Adam Radlan Freed By Court In Jana Wibawa Case

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 191 hits
The law and institutional reform minister says the prosecution exercised its discretion after a compound was paid Segambut Bersatu deputy chief Adam Radlan Adam Muhammad was acquitted of 12 corruption and money laundering charges in August ...
Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 232 hits
Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua Nak buat bisnes tapi tak ada modal buka kedai soalan ini antara paling biasa ditanya oleh mereka yang nak mula berniaga Berita baiknya sekarang anda boleh jana inc...
Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 252 hits
Pernah terfikir macam mana nak jana RM1 000 sebulan dari rumah tanpa perlu keluar modal besar Jawapannya ada pada bisnes sabun handmade satu peluang bisnes yang ramai tak sangka boleh beri pulangan lumayan dengan kos permulaan rendah Bisnes...
Th Plantations Catat Kenaikan Untung Bersih Menarik Pada Suku Ketiga 2025

Th Plantations Catat Kenaikan Untung Bersih Menarik Pada Suku Ketiga 2025

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 219 hits
Kenaikan Untung Bersih TH Plantations untuk Suku Ketiga 2025 Untung bersih TH Plantations menunjukkan peningkatan yang mengagumkan pada suku ketiga 2025 mencatat RM31 60 juta berbanding RM21 55 juta tahun lepas iaitu kenaikan sebanyak 46 6 ...
Cara Buat Kuetiau Homemade Mudah Bersih Jimat Confirm Jadi

Cara Buat Kuetiau Homemade Mudah Bersih Jimat Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 278 hits
Suka makan kuetiau Jom belajar buat kuetiau homemade ni Lepas ni kalau tiba tiba terasa nak makan kuetiau goreng tapi malas nak keluar beli dekat kedai bolehlah buat sendiri di rumah Bila buat kuetiau homemade bukan sahaja lebih bersih dan ...
Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Yufid Kids Ada Untuk Anak Anak Kita Ayo Dukung Tim Yufid Kids

Tiada Prospek Kejayaan Agc Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah

Irresistible Beef Meatball Recipe No Dairy

Konvokesyen Universiti Malaya Ke 65

Rightist Akmal Slammed For Politicising Uec Casting Unfounded Fear Of Uec A Threat To National Edu Policy

Kehebatan Efootball Mobile Hari Perlawanan 2 Di Fifae World Cup 2025

Aku Bukan Ceplos Beebayar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yamaha Lc V8 Upgrade Uma Racing Back Pressure Exhaust Air Filter Tuneboss Ecu

Lazada S Christmas Promotion

Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Seni Makan Sedap Ketika Kenikmatan Bertemu Kesukaran Buang Air Besar

Pm Thailand Bubarkan Parlimen Pulangkan Kuasa Ke Rakyat Demi Demokrasi Yang Kembali Seimbang

Pengguna Android Dikesan Jadi Sasaran Perisian Hasad Droidlock