Wanita Islam Kena Berani Pertahan Maruah Kebenaran


fazleen safina Tiada wanita muslim berani gadai maruah jika sahabat Nabi masih hidup
WANITA sangat sinonim dengan sifat malu, berbudi bahasa, lemah lembut dan manis tutur katanya. Adakah semua sifat tersebut menafikan wanita perlu kepada sifat berani , tangkas serta tahan lasak? Bagaimana pula dengan kisah sahabiat seperti Khaulah binti Azwar yang turut serta berperang untuk menyelamatkan abangnya dari tahanan Rom, begitu juga Khansa’ , seorang ibu yang meratapi tiga orang anaknya yang mati syahid ketika berperang melawan kufar

Ratapannya bukan kerana kematian anak-anak yang disayangi, tetapi beliau sudah tiada lagi anak untuk menempa kesyahidan. Begitu juga kisah Siti Hajar yang ditinggalkan oleh suaminya iaitu Nabi Ibrahim A.S di tanah kering kontang kerana akur arahan dari wahyu Ilahi. Kesimpulannya, perjalanan kehidupan mereka cukup membuktikan wanita sangat memerlukan sifat keberanian untuk mempertahankan kebenaran dan maruah Islam

Sebelum kedatangan Islam, wanita dijadikan alat untuk memuaskan nafsu dan mereka tidak di beri ruang langsung untuk menyatakan sesuatu, bahkan wanita dianggap begitu hina dan jijik. Inilah yang digambarkan oleh al-Quran, sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang daripada mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati. Ia bersembunyi daripada orang ramai kerana (berasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang kelahiran anak perempuan): adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina atau ia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.” (Surah An-Nahl, ayat 58-59)
Kedatangan Islam telah mengubah kedudukan wanita dengan memberi hak yang sama seperti kaum Adam. Peluang ini telah digunakan sepenuhnya oleh para sahabiah dizaman Rasulullah ﷺ seperti Saidatina Aisyah, Ummu Salamah, Rufaida, Asma’ dan ramai lagi untuk berganding bahu demi mempertahankan perjuangan Islam. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muaafakat

Justeru itu, era ini sangat memerlukan wanita yang menyamai keberaniannya seperti Asma binti Abu Bakar, sanggup menghadapi kesukaran dan kepayahan hanyalah untuk menyelamatkan nyawa baginda Rasulullah ﷺ

Ketika itu beliau sedang sarat mengandung, namun keberaniannya telah mengatasi segala-galanya. Beliau tetap akan membawa bekalan makanan walaupun musuh Islam sentiasa berlegar siang dan malam untuk membunuh Rasulullah ﷺ. Sehubungan itu, arus kejahilan moden telah mengubah tindak tanduk dan cara berfikir wanita muslimat kini, ketika larangan memakai tudung menjadi polimik di hotel. Pada tahun 2017, Presiden Malaysian Association of Hotels (MAH), Cheah Swee Hee, dilaporkan mempertahankan tindakan hotel melarang wanita Islam bertudung bekerja di bahagian khidmat pelanggan kerana ia sebahagian daripada polisi antarabangsa

Bagaimana tindak balas wanita muslimah di Malaysia ketika itu? Ramai yang tidak mengambil peduli bahkan ada yang tidak tahu langsung diskriminasi yang sedang dilakukan terhadap wanita yang cuba menjaga aurat mereka. Adakah sifat keberanian wanita moden kini, hanya digunakan untuk mendaki bukit, membuat terjunan tinggi atau ketika berkayak ? Keberaniaan yang sebenarnya adalah ketika mana ketika mempertahankan hak agama Islam

Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana ‘Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: “Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?” Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: “Kamilah penolong-penolong agama Allah”….’ (QS 61: 14)
Dalil ini membuktikan bahawa orang yang membela agama mesti dizahirkan secara lisan dan seluruh tindak tanduknya

Begitu juga wanita muslimah kini, dieksploitasi dengan menjadikan wajah,tubuh badan serta suara mereka untuk melariskan produk kecantikan, makanan, perhiasan majalah dan ruang-ruang iklan yang ada, samada melalui media cetak atau elektronik. Tanpa disedari , sifat malu semakin dibuangkan dan diambil alih sifat ‘peduli apa orang kata’

Bagi pihak masyarakat pula, ianya bukanlah satu kesalahan kerana perbuatan itu adalah hak peribadi seseorang. Tiada siapa boleh mencampuri urusan dan menceroboh hak individu lain. Adakah umat Islam telah lupa kepada pesanan Rasulullah ﷺ? Apabila kamu melihat sesuatu kemungkaran hendaklah diubah dengan tangan(kuasa), apabila kamu tidak mampu cegahlah dengan lidah kamu(menasihati) dan apabila tidak mampu hendaklah dibenci kemungkaran terbabit, itulah selemah-lemahnya iman

Kejahilan memahami Islam sebagai cara hidup semakin terserlah dikalangan generasi muda hari ini. Tidak mungkin akan lahir sikap berani untuk mempertahankan maruah diri tanpa ada kefahaman dan penghayatan Islam yang sebenarnya. Bahkan semakin ramai wanita Muslim yang bercita-cita untuk menjadi artis iaitu sebagai pelakon, penyanyi dan pelawak. Bukti lebih jelas, ketika diadakan uji bakat , kebanyakan yang hadir adalah dari kanak-kanak dan wanita Muslim

Kalau seandainya ketika ini, adanya susuk tubuh seperti Nusaibah binti Kaab, Saidatina Aisyah binti Abu Bakar dan Hafsah binti Umar, nescaya tiada wanita Muslim yang berani menggadaikan maruah diri dan pihak yang tidak bertanggungjawab juga akan berlari ketakutan, kerana pastinya pedang Nusaibah akan berpusing ke kanan dan ke kiri sepertimana peristiwa perang Uhud. Bagaimana Nusaibah mempertahankan Rasulullah ﷺ ketika Baginda ﷺ dikepung oleh orang Quraisy. Rasulullah ﷺ memandang ke kanan nampak Nusaibah, toleh ke kiri juga nampak Nusaibah. Begitulah kehebatan para sahabiah ketika mempertahankan kebenaran. Mereka tidak menuntut keredaan selain dari Allah SWT

Keberanian wanita tidak akan terbina tanpa ilmu pengetahuan. Pada zaman kecanggihan ini, umat memerlukan ketokohan dan kewibawaan yang menyerupai Saidatina Aisyah. Beliau adalah ummul mukminin yang menjadi sumber rujukan dan pusat pendidikan yang amat agung. Betapa hebatnya Saidatina Aisyah dari sudut penguasaan ilmunya sehingga jasanya dirasai sepanjang zaman. Jasa terbesar Aisyah bagi seluruh kaum wanita di dunia kerana ia mampu menunaikan seluruh kewajipan dan tanggungjawab dalam bidang dakwah, pendidikan dan pembabitan kemasyarakatan. Secara dasarnya, kehidupan Aisyah adalah neraca bagi kedudukan dan martabat wanita yang dianugerahkan oleh Islam kepada kaum wanita dan model yang hidup bagi mencapai ketinggian di dunia dan di akhirat

Justeru itu, musuh Islam sentiasa mengintai dan mencari peluang untuk menjatuhkan Islam, melalui pelbagai pendekatan seperti tohmahan golongan Syiah kepada Saidatina Aisyah dengan gelaran yang begitu jijik seperti ‘humaira’ ditukarkan dengan ‘himar’ (keldai). Mereka tujuan lain mereka, selain hanya menjauhkan umat Islam daripada sumber yang asal iaitu hadis nabawi. Sedangkan Saidatina Aisyah adalah diantara perawi hadis yang paling banyak disamping Abu Hurairah dan sahabat yang lain. Sebanyak 1,210 hadis yang beliau riwayatkan telah disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim dan 174 hadis yang hanya diriwayatkan oleh Imam Bukhari serta 54 hadith yang hanya diriwayatkan oleh Imam Muslim

Ini jelas membuktikan, apabila mereka menghina Saidatina Aisyah, secara sedar atau tidak mereka telah menolak hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Mereka begitu licik dalam melaksanakan operasi memurtadkan umat Islam. Justeru itu, bagi kaum wanita pada era globilasasi ini, penekanan kepada mengembalikan wanita yang beriman , iffah dan intelektual tidak hanya kepada ilmu yang diperolehi melalui segulung ijazah teotikal sahaja, tetapi apa yang lebih utama adalah pengamalan dan berusaha mengemblingkan tenaga untuk memberi kefahaman kepada setiap wanita Muslimah agar mencapai kebahagiaan yang hakiki. Kata pepatah Arab, ilmu yang tidak diamalkan seperti pokok yang tidak berbuah

*Ustazah Norakhilah Baharin, Jawantankuasa I-Guru Cawangan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/wanita-islam-kena-berani-pertahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tekad Ianggar Pagar Kereta Tindakan Berani Wanita Ini Buat Penyammun Kecut Perut Lari

Tekad Ianggar Pagar Kereta Tindakan Berani Wanita Ini Buat Penyammun Kecut Perut Lari

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 235 hits
Disebabkan hendak cepat dapat wang penjenayyah sanggup buat apa sahaja asalkan dapat kaut untung dengan mudah Jenayyah sammun dan r0mpak kini kian semakin menjadi jadi sehinggakan penjenayyah berani melakukan kegiatan mereka ditempat awam T...
Ditembak Kerana Pertahan Maruah Rasulullah Saw

Ditembak Kerana Pertahan Maruah Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 771 hits
Innalillahiwainnailaihirojiun Jenazah Allahyarham Sheikh Muhammad Khairil yang meninggal dunia setelah ditembak oleh anggota Polis kerana mengamuk di kilang BBraun semalam telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Qaryah Bayan Bar...
Wanita Saudi Dibenar Niaga Tanpa Kebenaran Suami Mahram

Wanita Saudi Dibenar Niaga Tanpa Kebenaran Suami Mahram

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 487 hits
RIYADH Wanita Arab Saudi kini dibenar memulakan perniagaan tanpa perlu meminta kebenaran suami atau mahram dalam usaha kerajaan merancakkan lagi pembangunan sektor swasta Siri 2 Siri 3 Siri 4 Siri 5 Siri 6
Semakin Berani Pertikai Kedudukan Agama Islam

Semakin Berani Pertikai Kedudukan Agama Islam

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 405 hits
Mengejutkan apabila ada satu NGO bernama Komas yang menggesa Kementerian Pendidikan mendidik diri dalam menghormati dan menghargai semua agama dan kepercayaan Pada mulanya saya tidak mahu komen kerana yang dikritik ialah kerajaan PH Padan m...
Arahan Polis Thai Risik Pelajar Islam Cetuskan Kemarahan

Arahan Polis Thai Risik Pelajar Islam Cetuskan Kemarahan

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 232 hits
BANGKOK Sebuah kumpulan pelajar Muslim Thai pada Rabu menggesa polis supaya menggugurkan arahan yang meminta pihak universiti menyerahkan maklumat risikan mengenai pelajar Muslim dan kegiatan mereka di negara yang majoriti penduduknya berag...
Antara Negara Pertumbuhan Umat Islam Tercepat Sedunia

Antara Negara Pertumbuhan Umat Islam Tercepat Sedunia

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 451 hits
TERDAPAT berita menggalakkan ketika beberapa waktu lalu Telegraph melaporkan data mengenai perkembangan umat Islam di Britain Buat kali pertama tahun ini jumlah umat Islam di negara Queen Elizabeth mencapai tiga juta Pembangunannya sangat p...
Syarikat Pengeluar Cat Orang Melayu Islam Di Malaysia

Syarikat Pengeluar Cat Orang Melayu Islam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 686 hits
Bina Paint adalah jenama pengeluar cat bagi cat kalis air cat gelanggang sukan cat hiasan dan cat perlindungan setanding jenama cat antarabangsa tetapi dengan harga 10 peratus lebih murah Bina Paint adalah pengeluar cat milik orang Melayu y...
Merayau Ke Masjid Kampung Baru Dan Hospital Pakar Al Islam

Merayau Ke Masjid Kampung Baru Dan Hospital Pakar Al Islam

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 608 hits
Baru balik daripada Kampung Baru Medical Center Itu nama lamanya nama barunya Hospital Pakar al Islam Hospital ni terletak di seberang jalan menghadap Masjid Jamek Kampung Baru Tedi pergi ke sana sebab Mommy nak lawat kawan dia yang kematia...
6 Tanda Yang Dia Bukan Jodoh Anda Dalam Islam

6 Tanda Yang Dia Bukan Jodoh Anda Dalam Islam

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 515 hits
6 Tanda Yang Dia Bukan Jodoh Anda Dalam Islam Jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan Allah Setiap orang mempunyai perjalanan cerita yang berbeza dalam soal jodoh Jodoh datang tanpa diduga baru berkenalan namun sudah ke arah sebuah perkahw...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut