Wanita Ini Kongsi Idea Lauk Berpantang Frozen Tinggal Panaskan Makan Sahaja Mudah
Selepas bersalin, salah satu perkara yang perlu diambil kira adalah makanan ketika berpantang. Bukan mudah kerana ada sesetengah makanan tidak boleh dimakan. Sewaktu dalam pantang juga ibu-ibu digalakkan untuk berehat dan tugas memasak akan dilakukan oleh ahli keluarga yang menjaga atau pun mengupah Confinement Lady (CL) untuk memasak.
Memahami keadaan dirinya yang bakal berpantang sendiri dan mahu memudahkan tugas suami, seorang wanita bernama Nor Azizan mengambil inisiatif untuk memasak sendiri lauk berpantang untuk difrozenkan. Beliau yang kini sedang hamil anak ketiga telah menyediakan beberapa jenis lauk untuk memudahkan tugas suaminya. Lauk ini juga akan dikongsi bersama suami dan anak-anak.
Antara lauk yang dimasak adalah sup ikan merah, ayam stim halia, siakap stim halia, ayam ungkep, daging goreng kunyit dan ada beberapa jenis lauk lagi. Nampak sedap ya lauk-lauk yang dimasak.
Menurutnya lagi, beliau ada mengupah CL untuk datang mengurut, menjaga serta memasak untuknya selama seminggu. Selebihnya perlu masak sendiri. Jadi, lauk frozen ini akan menjimatkan masa kerana ada perkara lain lagi yang perlu diuruskan.
Dalam sehari, beliau akan memasak tiga jenis lauk sahaja kerana kondisinya yang sudah sarat dan tidak mampu untuk berdiri lama. Jika sebelum ini beliau berpantang dengan ibunya, kali ini dia memilih untuk berpantang sendiri kerana tidak mahu menyusahkan ibunya yang sudah tua.
Tambahnya, tiada masalah bagi dirinya untuk makan makanan frozen. Suaminya nanti hanya perlu masak nasi dan boleh makan dengan ulam-ulaman.
Kami kongsikan beberapa resipi lauk yang dimasak oleh Puan Nor Azizan. Anda yang tidak berpantang pun boleh masak lauk dan frozenkan siap-siap. Selamat mencuba.
AYAM STIM HALIA
BAHAN-BAHAN:
Bawang putih cincangHalia hirisKicap manisMinyak bijanGulaGaramCARA PENYEDIAAN:
Gaul ayam dengan semua bahan di atas.Perap selama satu jam.Kemudian stim kan ayam tersebut.Siap!AYAM UNGKEP
BAHAN-BAHAN:
Bawang putihBawang merahHaliaKunyitKetumbarJintanCARA PENYEDIAAN:
Kisar semua bahan di atas.Kemudian, masukkan ke dalam kuali. Masukkan juga ayam, garam dan serai yang telah diketuk.Masukkan sedikit air.Masak sehingga ayam empuk dan kuah kering.Siap!AYAM PERAP MADU
BAHAN-BAHAN:
Bawang putih | ditumbukHalia | ditumbukSerai | ditumbukSos tiramKicap manisMaduGaramLada kering | dikisarCARA PENYEDIAAN:
Gaul ayam dengan semua bahan di atas sehingga sebati.Biarkan di chiller dalam dua hingga tiga hari supaya perapan menyerap pada ayam.Kemudian, baru pindahkan ke tempat beku.Kredit resipi & foto: Nor Azizan
Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/02/wanita-ini-kongsi-idea-lauk-berpantang.html