Bakeri Pastri Syiok Makan Idea Hebat Kdu University College


Menu kali ini cukup sesuai dijadikan sarapan dan sajian petang yang enak. Idea roti, pastri, bun roti serta pencuci mulut dari meringue memang cukup popular dan menepati selera penggemar bakeri dan pastri.
Hebat-hebat idea bakeri dan pastri dari tenaga pengajar KDU Universiti College iaitu Chef Fami Taufeq Fakarudin, Chef Adrian Pinto dan Chef Ahmad Azfar Zikri Ahmad Zaini. Jom cuba , korang boleh ceriakan sambutan Kemerdekaan dengan menu ini nanti tau.

.
1. PAI AYAM PASTRI LAPIS

.
BAHAN-BAHAN :
250gm dada ayam | dipotong kiub12gm bawang putih | dicincang halus100gm bawang besar | dipotong dadu100gm batang saderi | dipotong dadu100gm lobak merah | dipotong dadu50gm cendawan butang | dipotong dadu100gm tepung gandum50gm pes tomato1 sudu teh garam1 sudu teh serbuk lada hitam400ml air rebusan ayam150ml minyak masak2 keping pastri lapis | ada dijual di pasaraya1 biji telurCARA MEMASAK :
1. Gaulkan dada ayam dengan tepung sehingga sebati
2. Panaskan minyak masak d idalam periuk
3. Tumis bawang putih, bawang besar, lobak merah dan batang saderi selama 5 minit dengan api yang sederhana
4. Masukkan pes tomato dan masak sehingga pecahkan minyak
5. Masukkan dada ayam dan gaul rata, masukkan cendawan butang
6. Tuangkan air rebusan ayam dan renehkan selama 20 minit
7. Masukkan garam, lada hitam secukup rasa
8. Sejukkan inti pai tersebut dan sudukan inti pai tersebut ke dalam loyang pai.
9. Alaskan loyang tersebut dengan pastri lapis dan pastikan dikepilkan bahagian tepi dengan rapat
10. Sapukan lapisan telur diatas lapisan pastry rapuh tadi
11. Panaskan ketuhar pada 190”C
12. Bakarkan adunan tadi di dalam ketuhar selama 25 – 30 minit
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 25-30 minit
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis masakan : Pastri
Keistimewaan : Pai berlemak dengan inti ayam dan cendawan berperisa
Anggaran kos : RM15
INFO CHEF : Bagi menaikkan rasa lemak di dalam sos ayam, masukkan krim cair sebanya 100ml sebelum atau semasa dimasukkan garam dan lada hitam.
2. PAI DURIAN

.
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh pastri bergula :
1 biji telur50gm gula castor125gm mentega200gm tepung kek3gm garamBahan inti durian :
350gm isi durian250gm krim putar bergula8gm serbuk gelatin10ml airCARA MEMASAK :
Cara membuat doh pastri bergula (kulit pai) :
Panaskan ketuhar pada suhu 190 C.Masukkan mentega, gula, garam dan tepung ke dalam mesin pengadun. Biarkan sehingga adunan menjadi seperti pasir yang kasar.Masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.Keluarkan adunan tadi dan uli dengan tangan sehingga adunan tadi menjadi doh.Jangan uli terlalu lama, rehatkan doh selama 30 minit. Canaikan doh setebal 5mm dan lapiskan di atas loyang paiBakar di dalam ketuhar selama 20 minit atau sehingga menjadi warna keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan.Cara membuat isi durian :
Lenyek isi durian sehingga lumat. Pukul krim putar sehingga kembangTaburkan serbuk gelatin ke atas air dan biarkan ia kembang 5-10 minit dan cairkan di atas air panas mendidih (double boil).Campurkan isi durian dan gelatin yang telah dicairkan. Masukkan krim putar ke dalam adunan durian dan gaul hingga sebati.Tuangan adunan durian ke dalam kulit pai.Sejukkan selama 2-3jam di dalam peti sejuk. Potong dan hidangkan.Saiz hidangan : Satu loyang pai berukuran 10 inci @ 25 sm
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri
Keistimewaan : Kaya dengan rasa dari isi durian sebenar
Anggaran kos : RM30
INFO CHEF : Untuk rasa lebih lemak berkrim paipkan krim putar dan taburkan gula aising di atas pai tersebut.
3. PAVLOVA BERI BERKRIM

.
BAHAN-BAHAN :
100gm telur putih100gm gula kastor12gm tepung jagung1 sudu teh esen vanilla10ml cuka salad150gm krim putar300gm strawberi, blueberi dan raspberiCARA MEMASAK :
Ayak tepung jagung bersama gula aising.Pukul putih telur Bersama gula kastor, tepung jagung, gula aising, cuka salad dan esen vanilla di dalam mesin pengadun atau gunakan pemukul telur.Pukul sehingga semua adunan tadi kembang dan pekat dan warna adunan telur menjadi putih dan bersinar.Sudukan atau paipkan adunan ke atas loyang ketuhar yang dilapik kertas kek.Panaskan ketuhar pada suhu 165 darjah Celsius. Bakar adunan tadi di dalam ketuhar selama 25-30 minit.Sejukkan pavlova tadi, sudukan krim putar ke atas pavlova dan susunkan strawberi, raspberi, bluberi di atas krimAyak gula aising di atas pavlova sebagai hiasan.Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Meringue
Keistimewaan : Manis dan enak dengan potongan buah-buahan serta cair dalam mulut
Anggaran kos : RM20
INFO CHEF : Selain buah-buahan beri boleh juga digantikan dengan buah mangga, nangka dan pisang dan juga boleh dihiaskan dengan kepingan coklat.
4. BUN MANIS SUSU MENTEGA

.
BAHAN-BAHAN :
1500gm tepung roti | diayak690ml air150gm telur75gm yisGaram secukup rasa | diayak90gm gula kastor120gm mentega75gm susu tepung | diayakBahan inti susu mentega:
500gm susu tepung400gm gula castor500gm mentega70gm tepung kastad50gm tepung gandum50gm tepung jagungSecubit garamCARA MEMASAK :
Campurkan tepung roti, yis, garam, gula, susu tepung dan telur ke dalam mesin pengadun,Adunkan dengan perlahan dan tuangkan air perlahan-lahan semasa mengadun.Adunkan dengan kelajuan sederhana sehingga adunan menjadi doh yang sebati dan licin di permukaan doh.Masukkan mentega dan teruskan mengadun sehingga mentega sebati di dalam doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.Bahagikan doh kepada bebola berat seberat 100gm setiap satu.Isikan bebola tadi dengan inti susu mentega seberat 30gm setiap satu. Kemudian bulatkan doh tersebut.Rehatkan doh selama 45 minit atau shingga doh menjadi dua kali ganda besar.Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius selama 15- 18 minit.Cara memasak inti susu mentega :
Masukkan kesemua bahan tersebut ke dalam mesin pengadun.Pukul sehingga semua bahan sebati dan rata.Sejukkan bahan tersebut dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum digunakan.Saiz hidangan : 20 buku bun, 30gm setiap satu
Waktu memasak : 1 jam – 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Lembut dan gebu dan berkrim dengan inti susu mentega.
Anggaran kos : RM23
INFO CHEF : Boleh juga menggunakan inti coklat.
5.ROTI PANDAN KACANG MERAH

.
BAHAN-BAHAN :
1500gm tepung roti | diayak690ml air150gm telur75gm yisGaram secukup rasa | diayak90gm gula kastor120gm mentega75gm susu tepung | diayak100gm pes pandanBahan inti :
500gm pes kacang merah | sudah siap dijual di pasaraya @kedai bakeri
CARA MEMASAK :
Campurkan tepung roti, yis, garam, gula, susu tepung dan telur ke dalam mesin pengadun.Adunkan dengan kelajuan sederhan sehingga adunan menjadi doh yang sebati dan licin di permukaan doh.Masukkan mentega dan pes pandan dan teruskan mengadun sehingga campuran rata ke dalam doh.Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit. Canaikan doh setebal 8-10mm.Letakkan semua pes kacang merah di atas doh yang dicanai.Gulungkan doh sehingga menjadi gulungan besar. Potong gulungan tadi dalam 3-4 bahagian.Masukkan doh ke dalam tin pembakar.Rehatkan doh selama 45 minit atau sehingga doh menjadi dua kali ganda besarBakar di dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius selama 15-18 minit.Saiz hidangan : 4 buku roti
Waktu memasak : 1 jam – 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Lembut dan gebu berperisa pandan dan inti kacang merah yang enak.
Anggaran kos : RM25
INFO CHEF: Resepi yang sama boleh digunakan untuk inti coklat, kastad, kaya ikut citarasa masing-masing.
RESIPI : FAMI TAUFEQ FAKARUDIN, ADRIAN PINTO & AHMAD AZFAR ZIKRI AHMAD ZAINI
TERIMA KASIH : KDU UNIVERSITI COLLEGE, Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, Glenpark U1, Shah Alam. www.kdu.edu.my


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/01/bakeri-pastri-syiok-makan-idea-hebat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Makan Gaji Buta Tolong Hentikan Sendiran Nutp

Guru Makan Gaji Buta Tolong Hentikan Sendiran Nutp

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 167 hits
KUALA LUMPUR Selepas berterusan dituduh makan gaji buta semasa perintah kawalan pergerakan warga guru sekali lagi menggesa orang ramai menghentikan tohmahan itu dan mengiktiraf pengorbanan mereka untuk memastikan pelajar menerima pendidikan...
Boleh Pula Menteri Rentas Negeri Berkumpul Makan Tidak Amal Jarak

Boleh Pula Menteri Rentas Negeri Berkumpul Makan Tidak Amal Jarak

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 262 hits
FAZLI RADZIBuat kesekian kalinya orang ramai menganggap kerajaan mengamalkan dasar pilih kasih apabila menteri dilihat selamba melanggar Perintah Kawalan Pergerakan dan prosedur operasi standard bagi mengawal penularan Covid 19 Tular gambar...
Hentikan Sindiran Kami Bukan Makan Gaji Buta Kata Guru

Hentikan Sindiran Kami Bukan Makan Gaji Buta Kata Guru

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 203 hits
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan berkata semua pihak harus menerima kenyataan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah ialah satu satunya pilihan dalam keadaan sekarang KUALA LUMPUR Selepas berterusan dituduh makan gaji buta semasa pe...
Restoran Makan Tengahari Sila O Sila Kulim Kedah

Restoran Makan Tengahari Sila O Sila Kulim Kedah

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 764 hits
Restoran Sila O Sila Nurul Nasi Campur dan Ikan Bakar yang terletak di Jalan Serdang Kampung Kelang Lama 09000 Kulim Kedah boleh korang jadikan salah satu tempat makan tengahari di Kulim Walaupun nama restoran Sila tapi takde plak aku nampa...
Kesan Makan Ais Batu Sehingga Ketagih

Kesan Makan Ais Batu Sehingga Ketagih

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 405 hits
Kesan makan ais batu sehingga ketagih Dalam 5 orang anak saya ni anak nombor 2 memang suka kunyah ais Kunyah ais macam makan keropok Setiap hari dari pagi sampai ke patang Tak sah kalau tak kunyah ais Dialah yang bekukan dan dia juga yang p...
Lelaki Cuba Makan Ramen Korea Terlalu Pedas Hingga Hilang Pendengaran

Lelaki Cuba Makan Ramen Korea Terlalu Pedas Hingga Hilang Pendengaran

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 298 hits
London Seorang penulis menyesal dengan tindakannya mencuba mi segera Korea Selatan jenama Samyang yang didakwa menyebabkannya hilang deria rasa selama beberapa hari kerana terlampau pedas Reemul Balla berkongsi pengalaman itu dalam satu art...
Nutp Guru Banyak Berkorban Henti Tohmah Makan Gaji Buta

Nutp Guru Banyak Berkorban Henti Tohmah Makan Gaji Buta

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 152 hits
Kerjasama ibu bapa amat diperlukan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah dapat berlangsung dengan lebih berkesan Foto oleh Miera ZulyanaKUALA LUMPUR 17 Jan Masyarakat diminta menghentikan tohmahan kononnya guru kurang ...
Selepas Alami T3kanan Sampai Makan Ubat Tidur Sajad Dilihat Pakai Baju Tidur Brjalan Di Lorong Geiap

Selepas Alami T3kanan Sampai Makan Ubat Tidur Sajad Dilihat Pakai Baju Tidur Brjalan Di Lorong Geiap

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 243 hits
Kecoh sejak beberapa hari ini selepas tular video menunjukkan Sajat menangis apabila tangannya dig4ri
Towards More Comprehensive Pension Reform

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan