Wanita Dakwa Jadi Kambing Hitam Agensi Pelancongan Tak Wujud



Bernama
Seorang wanita mendakwa dijadikan ‘kambing hitam’ untuk mengutip wang bagi rombongan ke China oleh sebuah agensi pelancongan melibatkan kerugian RM56,360.
KUANTAN: Seorang wanita mendakwa dirinya dijadikan kambing hitam untuk mengutip wang bagi rombongan ke China oleh sebuah agensi pelancongan yang tidak wujud, sehingga melibatkan kerugian RM56,360.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 37 tahun itu mendakwa yang dia kini menjadi sasaran 29 ahli rombongan itu yang mendesak supaya wang mereka dikembalikan.

Sedangkan ejen agensi pelancongan itu tidak dapat dihubungi oleh wanita itu sejak 9 Dis, selepas ejen itu menghantar pesanan dalam kumpulan WhatsApp menyatakan lawatan yang sepatutnya berlepas ke China pada Jumaat (13 Dis) terpaksa dibatalkan.

“Wanita itu mendakwa mencari beberapa kenalan sekitar tahun 2018 untuk menyertai pakej pelancongan ke China yang bernilai antara RM1,650 hingga RM1,990 setiap seorang dengan dirinya bertindak sebagai ketua rombongan.

“Semua ahli rombongan mula membuat bayaran kepada wanita itu secara ansuran bermula 2018 hingga awal Disember lepas sebelum dia memindahkan wang itu ke dalam akaun bank ejen berkenaan setiap bulan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Wazir berkata wanita itu mendakwa kali terakhir dia menerima pesanan ejen itu, suspek mengakui lawatan itu tidak dapat diteruskan kerana kegagalan dirinya (wanita itu) menguruskan wang dengan baik dan berjanji akan memulangkan wang itu secara berperingkat selama 3 bulan atau meneruskan lawatan pada tarikh lain.

Bagaimanapun, suspek dikatakan masih belum membuat bayaran menyebabkan wanita itu mula berasa curiga dan bimbang dirinya menjadi sasaran kemarahan ahli rombongan.

Sehubungan itu, wanita itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/wanita-dakwa-jadi-kambing-hitam-agensi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Dakwa Ditinggal Suami Dihina Keluarga Mertua Kecewa Dapat Waris Cacat Kepala Besar

Wanita Dakwa Ditinggal Suami Dihina Keluarga Mertua Kecewa Dapat Waris Cacat Kepala Besar

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 576 hits
Surabaya Indonesia Didakwa malu kerana anak mengalami penyakit berkepala besar seorang suami bertindak tinggalkan isteri dan anaknya Dina Oktavia 21 berkata dia tidak menyangka kehadiran Muhammad Pandhu Firmansyah berusia lima bulan itu men...
Azmin Ali Kaitkan Saman Agensi Pelancongan Terhadapnya Dengan Anwar

Azmin Ali Kaitkan Saman Agensi Pelancongan Terhadapnya Dengan Anwar

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 310 hits
Mohamed Azmin Ali mengaitkan pemilik agensi pelancongan yang menyamannya berhubung bil perjalanan yang tidak dibayar dengan konspirasi terhadap diri beliau membabitkan kontroversi video seks sejenis awal tahun ini Loading Satu tuntuan balas...
Wanita Dakwa Terpaksa Usung Kakak Hidap Kanser Tahap 4 Ke Kaunter Untuk Keluarkan Wang Caruman

Wanita Dakwa Terpaksa Usung Kakak Hidap Kanser Tahap 4 Ke Kaunter Untuk Keluarkan Wang Caruman

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 564 hits
Seperti yang sedia maklum untuk menjalankan urusan di pejabat pejabat rasmi perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh sesuatu institusi badan berkanun Pun begitu masih ramai yang mengeluh mengenai perkhidmatan institusi yang menawa...
Semoga Wanita Kaabah Bekas Suami Bahagia Selamanya

Semoga Wanita Kaabah Bekas Suami Bahagia Selamanya

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 881 hits
Segala spekulasi pendedahan oleh seorang peguam mengenai rumah tangga Da i Nik Farhan akhirnya terjawab apabila pendakwah itu mengakui sudah pun menceraikan isteri The post appeared first on
Semangat Wanita Tetap Utuh Tetap Kuat Bangkit Melawan Pemerintah Zalim Dan Kejam Demi Rakyat

Semangat Wanita Tetap Utuh Tetap Kuat Bangkit Melawan Pemerintah Zalim Dan Kejam Demi Rakyat

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 267 hits
Semangat Wanita Tetap Utuh Tetap Kuat Bangkit Melawan Pemerintah Zalim Dan Kejam Demi Rakyat
Berakhirnya Perkahwinan Saya Selepas Hadirnya Wanita Kaabah Bekas Isteri Da I

Berakhirnya Perkahwinan Saya Selepas Hadirnya Wanita Kaabah Bekas Isteri Da I

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 429 hits
Selepas Da i Farhan mengesahkan lafaz cerainya terhadap isteri pertama Fatin Nur Ain menerusi pesanan suara di WhasApp semalam wanita tersebut telah tampil menjelaskan apa yang berlaku di Facebook miliknya Spekulasi penceraian Da i Farhan d...
Wanita Umno Chief Post To Be On Par With Deputy President Says Umno Veep

Wanita Umno Chief Post To Be On Par With Deputy President Says Umno Veep

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 505 hits
Umno is expected to amend its constitution to raise the level of its Wanita Umno chief to the same level as the deputy president This is to recognise the wing s contribution and commitment in helping to sustain the party said Umno vice pres...
Ijazah Doa Agar Enteng Jodoh Untuk Laki Laki Dan Wanita

Ijazah Doa Agar Enteng Jodoh Untuk Laki Laki Dan Wanita

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 770 hits
Agar mudah mendapatkan pasangan hidup anda bisa mengamalkan doa di bawah ini Jika Anda adalah salah satu orang yang sedang mencari jodoh yang baik atau pasangan hidup yang tepat sesuai yang Anda inginkan selain berusaha mencarinya Anda juga...
Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Trust Legal Process Says Ex Rep After Ewon S Premature Resignation

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rinduuu Blogging

Aktiviti Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 Ppim 09 11 2025

Lirik Lagu Jamilah Jamal Mirdad

Adakah Selamat Makan Coklat Putih Rahsia Di Sebalik Fenomena Chocolate Bloom

Sunda Woles Mojang Priangan Chord

Showstoppers The 5 Most Viewed Custom Motorcycles Of October