Wang Tak Dituntut Sebagai Sumber Baru Kerajaan


Jason Loh Seong Wei

ULASAN | Mencari sumber pendapatan baharu kerajaan kian mencabar dalam mengharungi pandemik Covid-19 apabila kerajaan digesa untuk meningkatkan perbelanjaan berbanding sebelum ini untuk tujuan pengekalan pekerjaan,subsidi upah dan insentif kewangan.
Namun begitu, terdapat satu sumber sedia ada yang boleh digunakan iaitu wang tidak dituntut di bawah amanah Pendaftar Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara (AGD) di tingkat 42 Menara Maybank, Jalan Tun Perak.
Akauntan Negara juga merupakan Pendaftar Wang Tak Dituntut.
Sistem Maklumat Wang Tak Dituntut Kerajaan Elektronik (eGUMIS) telah diaktifkan pada tahun 2018 bagi membolehkan orang ramai memeriksa wang yang tidak dituntut.
Wang yang tidak dituntut merangkumi:

gaji, bonus, komisen dan pembayaran lain yang dibuat kepada pekerja
dividen dan keuntungan diisytiharkan untuk pengagihan
tuntutan insurans
simpanan tetap matang dan
baki kredit simpanan tidak aktif
Pada tahun 2019, terdapat kira-kira hampir RM9 bilion wang yang tidak dituntut.
Sebagai perbandingan, jumlah itu menghampiri suntikan langsung Penjana (Rancangan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek) sebanyak RM10 bilion.
Ia juga merupakan satu perlima daripada jumlah keseluruhan suntikan kumulatif, iaitu RM45 bilion.
Bahkan, Dana Kontingensi Nasional di bawah Artikel 11(3) Akta Prosedur Kewangan 1957 di mana Menteri Kewangan diberi kuasa untuk membuat pendahuluan perbelanjaan masih tidak mencukupi.
Belanjawan 2020 memperuntukkan hanya RM2 bilion kepada Dana Kontingensi Nasional.
Untuk membuka sumber pendapatan yang berpotensi ini, Akta Wang Tak Dituntut (1965) perlu dipinda dan diganti dengan rang undang-undang baharu.
Ini bagi membolehkan Akauntan-Negara merangkap Pendaftar Wang Tak Dituntut memindahkan wang yang tidak dituntut kepada dana kerajaan secara sah.
Tarikh luput
Selain itu, ketiadaan tarikh luput juga merupakan halangan undang-undang yang perlu dimansuhkan bagi memudahkan proses pemindahan wang.
Namun demikian, sememangnya akan ada bantahan mengenai tindakan perampasan sebegini yang dianggap bercanggah dengan perlembagaan dan menceroboh hak asasi manusia serta berbentuk “pencurian”.
Hakikatnya, wang yang akan dipindahkan tetap tidak dituntut dan terbiar.
Di bawah Akta Wang Tak Dituntut (1965), wang ini berada di bawah jagaan kerajaan melalui penjawat Pendaftar Wang Tak Dituntut, di mana kerajaan merupakan pemegang amanah, bukannya badan swasta.
Oleh itu, berdasarkan prinsip common law, kerajaan berhak secara sah mengguna atau mengurus wang yang tidak dituntut dengan apa cara sekalipun, asalkan dianggap sesuai dan tidak bertentangan dengan perlembagaan, kepentingan awam atau hal-ehwal moral.
Ini adalah wajar dengan proses pindaan yang tidak boleh dilaksanakan dalam bentuk perintah menteri iaitu pembuatan undang-undang oleh Eksekutif di bawah Akta induk – Akta Wang Tak Dituntut (1965).
Pindaan termaktub dalam rang undang-undang (RUU) baharu akan dibahaskan di parlimen dan tertakluk kepada persetujuan Parlimen.
Sebaiknya, RUU ini harus merujuk kepada RUU Covid-19 (Tindakan Sementara) yang akan datang sebagai sumber rujukan bagi memberikan sokongan tambahan. Ini juga bermaksud bahawa Akta Wang Tak Dituntut akan ditetapkan semula setelah jumlah tertunggak selesai.
Oleh itu, keadaan akan kembali normal di bawah peruntukan Akta Wang Tak Dituntut yang sedia ada sekarang.
Malah, penggunakan wang yang tidak dituntut untuk tujuan sosial sebagai "stop-gap" atau tindakan darurat secara sementara, bukanlah hanya cadangan dasar angan-angan (tidak boleh dicapai).
Selagi semuanya dilakukan secara telus, bertanggungjawab, demokratik, dan digunakan untuk merangsang ekonomi, adalah wajar untuk orang ramai tidak mempertikaikanya.
Dalam hal ini, wang tidak dituntut harus digunakan untuk memperluas penerapan Program Subsidi Gaji (WSP) dengan mensasarkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Jika tidak, wang tidak dituntut boleh digunakan untuk menyasarkan isi rumah terutama B40 dengan memberikan baucar sebagai sebahagian subsidi untuk digunakan di lokasi kedai runcit terpilih untuk barang-barang keperluan termasuk peralatan pelindung diri (PPE) seperti topeng muka dan juga sanitiser yang amnya bukan murah.
Akhir kata, memanfaatkan wang tidak dituntut untuk digunakan dengan baik secara sementara menyumbang kepada dana kerajaan kerana setiap sen itu bernilai.
JASON LOH SEONG WEI merupakan ketua bahagian sosial, perundangan dan hak asasi di EMIR Research, sebuah badan pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/wang-tak-dituntut-sebagai-sumber-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wang Tidak Dituntut Patut Jadi Sumber Kerajaan Suntikan Untuk Penjana

Wang Tidak Dituntut Patut Jadi Sumber Kerajaan Suntikan Untuk Penjana

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 298 hits
Kerajaan telah membelanjakan sejumlah dana untuk memastikan ekonomi dalam negara kekal rancak setelah mundur beberapa ketika akibat pandemik Timbul cadangan agar kerajaan menggunakan Wang Tidak Dituntut sebagai suntikan dana dalam ekonomi W...
Dapatkan Kembali Hak Anda Ini Cara Untuk Semak Wang Tidak Dituntut Yang Dipegang Kerajaan

Dapatkan Kembali Hak Anda Ini Cara Untuk Semak Wang Tidak Dituntut Yang Dipegang Kerajaan

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 344 hits
Tahukah anda sepanjang tahun 2019 lebih dari RM9 billion jumlah wang tidak dituntut yang dipegang oleh kerajaan Wang tidak dituntut atau WTD adalah merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh set...
Kerajaan Boros Kementerian Baru Jadi Lubuk Wang Politik Pn

Kerajaan Boros Kementerian Baru Jadi Lubuk Wang Politik Pn

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 358 hits
Cara dan pendekatan kerajaan Perikatan Nasional dalam menguruskan perbelanjaan dan peruntukan ketika ini dilihat bermotifkan politik semata mata Ahli Parlimen Kangar Noor Amin Ahmad berpandangan bahawa saiz kabinet PN yang begitu besar deng...
Ekuiti Bumiputera Merosot Kerajaan Boleh Cuba Tambat Mata Wang Dengan Komoditi

Ekuiti Bumiputera Merosot Kerajaan Boleh Cuba Tambat Mata Wang Dengan Komoditi

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 352 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Reformasi polisi dan sistem monetari atasi jurang pendapatan bandar luar bandar BANGI Kedudukan pemilikan ekuiti Bumiputera yang jatuh ke paras 16 peratus jumlah yang makin merosot perlu diambil serius kerana...
Kerajaan Negeri Johor Akan Lantik Wakil Pas Sebagai Ahli Majlis Di 16 Pbt Negeri Itu

Kerajaan Negeri Johor Akan Lantik Wakil Pas Sebagai Ahli Majlis Di 16 Pbt Negeri Itu

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 526 hits
JOHOR BAHRU Kerajaan negeri Johor akan melantik wakil dari PAS sebagai Ahli Majlis di semua 16 pihak berkuasa tempatan di negeri ini bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan ahli Pakatan Harapan sejak Mac lepas susulan pertukaran kerajaan ...
Daripada Pelakon Cilik Kim Sohyun Kim Yoojung Dinamakan Sebagai Pelapis Baru Pelakon Wanita K Drama

Daripada Pelakon Cilik Kim Sohyun Kim Yoojung Dinamakan Sebagai Pelapis Baru Pelakon Wanita K Drama

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 797 hits
Tidak dinafikan bahawa dunia lakonan Korea dipenuhi dengan ramai pelakon wanita yang berbakat besar Bukan sahaja memiliki rupa paras yang menarik tetapi turut dilengkapi dengan mutu lakonan yang tak dapat disangkal langsung Antara daripada ...
Defisit Anggaran Parah Pan Cari Sumber Pendapatan Baru Tapi Jangan Tambah Utang

Defisit Anggaran Parah Pan Cari Sumber Pendapatan Baru Tapi Jangan Tambah Utang

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 407 hits
Fleksibilitas pelonggaan defisit anggaran APBN di atas 3 persen yang diakomodasi UU 2 2020 atau UU Corona jangan dijadikan sebagai kesempatan emas bagi pemerintah untuk menambah utang baru Begitu tegas anggota Komisi XI DPR RI Fraksi PAN Jo...
Kerajaan Ph Terlalu Singkat Pulangkan Mandat Rakyat Baru Nilai Prestasi

Kerajaan Ph Terlalu Singkat Pulangkan Mandat Rakyat Baru Nilai Prestasi

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 349 hits
Kritikan kononnya kerajaan Pakatan Harapan gagal sama sekali memerintah negara selama 22 bulan sejak Pilihan Raya Umum ke 14 lalu tidak menepati piawaian akademik Bagi Profesor Dr Razali Nawawi hanya orang yang tidak faham menilai perjalana...
Zahid Pn Perlu Mandat Baru Hapus Label Kerajaan Pintu Belakang

Zahid Pn Perlu Mandat Baru Hapus Label Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 370 hits
Dikemaskini Hari ini 10 01 amPRK SLIM Mandat baru diperlukan bagi Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin bagi memadam label kerajaan pintu belakang kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Kita mesti mendapat mandat baru sebaga...
Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Hiburan Kita Fikir Orang Belakang Kalau Kereta Tu Mampuh Mu Lah Menyusahkan Orang Pemandu Treler

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar Pekat Berempah Berlemak

Hari Bonus 2025 30 12 25


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Analisis Ekonomi Musang King Potensi Dan Cabaran Dalam Pasaran Durian

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju