Prn Melaka Jangan Kerjasama Dengan Para Pengkhianat




PRN Melaka: Jangan kerjasama dengan para pengkhianatOleh: Redzuan RF8 MediaOctober 22, 2021ShareAngkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia bimbang terhadap polemik menerima kemasukan 4 ADUN Melaka ke dalam Pakatan Harapan (PH) yang heboh diperkatakan sejak beberapa hari lalu.
Setiausaha AMK Malaysia, Syukri Razab berkata, penerimaan ADUN-ADUN berkenaan perlu difikirkan dari perspektif pengkhianatan yang pernah terjadi sehingga tumbangnya kerajaan PH Melaka pada tahun lalu.
Selain itu, beliau turut kurang senang dengan pendapat Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua yang mencadangkan PH berkerjasama dengan mana-mana pihak yang boleh menjamin kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
“Saya menyokong saranan beberapa pihak yang menegah PH daripada membuat kerjasama dengan mana-mana individu yang pernah bersekongkol dengan pengkhianatan dan telah menyebabkan tumbangnya Kerajaan PH di peringkat pusat dan beberapa negeri.
“Tragedi ini bukan semata-mata soal hilang kuasa, tapi PH dinafikan hak dan ruang untuk melaksanakan perubahan yang diimpikan oleh semua rakyat.
“Namun muncul pula idea Tian Chua mencadangkan KEADILAN perlu berkerjasama dengan mana-mana pihak yang boleh memberi kemenangan kepada PH dalam PRN yang akan berlangsung pada 20 November ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagi Syukri, PH yang menjadi mangsa paling teruk siri pengkhianatan Langkah Sheraton dan hilang Kerajaan Persekutuan serta 5 kerajaan negeri seharusnya menginsafi tidak banyak faedah sekiranya menerima sekutu daripada pihak yang tidak diyakini kesetiaannya.
“Selaku Naib Presiden KEADILAN, cadangan Tian itu tidak boleh dianggap remeh, dan sudah semestinya akan menjadi topik perbincangan umum. Namun apa yang rakyat perlu tahu ialah cadangan beliau adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian parti.
“Logik Tian ialah, sekiranya sesuatu kerjasama itu boleh menyebabkan PH menang, maka PH wajar melaksanakan kerjasama berkenaan. Logik Machiavelli seperti yang dianuti Tian bukanlah perkara baru.
“Berdasarkan logik ini asalkan kerjasama itu boleh membawa kemenangan maka kerjasama perlu dijayakan. Persoalan yang mungkin belum difikirkan Tian ialah, bagaimana pula jika kerjasama itu hanya membuka ruang untuk KEADILAN atau PH dikhianati lagi?” tanyanya.
Tegas Syukri, rakyat pasti akan kecewa dan marah sekiranya KEADILAN melakukan perkara yang menyebabkan harapan rakyat dikhianati berulang kali.
Politik PH, katanya, tidak boleh terlalu berkiblatkan kuasa dan kemenangan sehingga mengabaikan politik berteraskan nilai.
“Justeru dengan penuh hormat, selaku anggota KEADILAN yang jauh lebih muda daripada Tian saya memohon agar beliau tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh merendahkan nilai KEADILAN di mata umum.
“Saya tidak berniat untuk menafikan hak Tian bersuara, tetapi memetik katanya Lincoln, better to remain silent and be thought as a fool than speak out and remove all doubt,” katanya lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/prn-melaka-jangan-kerjasama-dengan-para_22.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Hanya Dap Yang Tidak Bersetuju Terima Pengkhianat Ph

Prn Melaka Hanya Dap Yang Tidak Bersetuju Terima Pengkhianat Ph

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 184 hits
Oleh Nurul Aisyah DAP sebuah parti yang akan mempertahankan pemimpin mereka walaupun individu tersebut melakukan kesalahan sebesar mana sekali pun Apabila individu tersebut mengkhianati parti maka mereka tidak akan memaafkan pemimpin terseb...
Prn Melaka Jangan Benarkan Kempen Besar Besaran

Prn Melaka Jangan Benarkan Kempen Besar Besaran

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 238 hits
SHAH ALAM Pakar kesihatan menyarankan supaya tiada kempen besar besaran pada Pilihan Raya Negeri Melaka 20 November depan Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata ia akan menyebabkan ba...
Risau Pn Kalah Teruk Dalam Prn Melaka Ulamak Pas Merayu Jangan Berlaku Tiga Penjuru

Risau Pn Kalah Teruk Dalam Prn Melaka Ulamak Pas Merayu Jangan Berlaku Tiga Penjuru

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 203 hits
October 25 2021 Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Hassan Mohamood menyuarakan harapan supaya partinya Umno dan Bersatu dapat mencari jalan bekerjasama dalam menghadapi PRN Melaka dan PRU15 akan datang Berpakat membawa rahmat dan kemenangan man...
Umno Jangan Tunggu Pru15 Ketetapan Pau Putus Hubungan Dengan Bersatu Mesti Dimulakan Di Prn Melaka

Umno Jangan Tunggu Pru15 Ketetapan Pau Putus Hubungan Dengan Bersatu Mesti Dimulakan Di Prn Melaka

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 172 hits
Sebagaimana kita sedia maklum dan sedar UMNO telah menetapkan keputusan untuk tidak mahu bekerjasama dan putus hubungan dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang Ketetapan tersebut dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang bermakna ia ad...
Umno Bn Akan Tanding Secara Bersendirian Pada Prn Melaka Tanpa Kerjasama Parti Lain

Umno Bn Akan Tanding Secara Bersendirian Pada Prn Melaka Tanpa Kerjasama Parti Lain

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 194 hits
KUALA LUMPUR UMNO dan Barisan Nasional akan bertanding secara bersendirian pada Pilihan Raya Negeri Melaka tanpa kerjasama parti lain termasuk PAS yang menjadi sekutunya dalam Muafakat Nasional ataupun BERSATU Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ah...
Kalau Percaya Tiada Kerjasama Mn Dalam Prn Melaka Tanggunglah Sendiri Akibatnya

Kalau Percaya Tiada Kerjasama Mn Dalam Prn Melaka Tanggunglah Sendiri Akibatnya

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 149 hits
BORHAN AHMADSemua pihak diberikan ingatan agar jangan percaya sangat dengan kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa tidak akan ada Muafakat Nasional dalam pilihan raya negeri Melaka Ahli Parlimen Sepang Mohamad Hanipa M...
Pulak Dulu Aku Dah Kata Umno Akan Kena Kencing Ya Sungguh Prn Melaka Umno Dakwa Pas Punca Kerjasama Mn Gagal

Pulak Dulu Aku Dah Kata Umno Akan Kena Kencing Ya Sungguh Prn Melaka Umno Dakwa Pas Punca Kerjasama Mn Gagal

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 268 hits
October 26 2021 Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan akar umbi parti itu lebih cenderung untuk bekerjasama dengan PAS Bagaimanapun dia berkata bergantung kepada PAS sama ada kerjasama itu berlaku atau tidak Tentulah ahli kita ...
Selepas Zahid Tegaskan Tiada Kerjasama Umno Bersatu Muhyiddin Umum Pn Bertanding Di Semua 28 Kerusi Prn Melaka

Selepas Zahid Tegaskan Tiada Kerjasama Umno Bersatu Muhyiddin Umum Pn Bertanding Di Semua 28 Kerusi Prn Melaka

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 215 hits
Oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin GAMBAR Abd Razak Aid PERIKATAN Nasional berkemungkinan besar akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan diadakan bulan depan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddi...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Ultimate Guide To Ghibli Park

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Gugurnya Dosa Waktu Solat

Mahathir Sepatutnya Hadapi Sprm Seperti Anak Jantan



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Finding Your Inner Peace Buddha Statues And The Path To Mindfulness

Bayi Meninggal Dunia Selepas Diberi Makan Cahaya Matahari

Banjir Besar 5 Negara Ragut Ratusan Nyawa

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur

Top Commentators March 2024 Tahniah Blogger Na