Wang Dan Mazda Cx 5 Upah Bantu Dapat Projek Bekas Pengurus Paip Didakwa Lagi


Oleh UtusanTV SANI Khan yang juga bekas pengurs perolehan PAIP ketika didakwa dengan 22 pertuduhan pada awal tahun lalu. Gambar media sosial. WANG RM160,000 dan sebuah kereta Mazda CX-5 bernilai lebih RM150,00.
Semua itu upah kepada tertuduh membantu sebuah sebuah syarikat mendapatkan kerja membekal dan menghantar barangan kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).
Tertuduh yang merupakan bekas pengurus perolehan PAIP bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini.
Sani Khan Ali Khan, 46, dihadapkan enam tuduhan menerima rasuah berjumlah RM160,000 dan sebuah kereta Mazda CX-5.
Pengakuan tertuduh yang beralamat di Sungai Isap direkodkan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zin.
Sani Khan didakwa melakukan kesalahan itu antara 2014 dan Disember 2018 di sekitar Kuantan.
Perbuatan itu berlaku termasuk di pejabat PAIP, sebuah restoran di Indera Mahkota dan sebuah premis perniagaan yang didakwa sebagai upah untuk dia membantu sebuah syarikat mendapatkan kerja membekal dan menghantar barangan kepada PAIP.
Suapan itu didakwa diperoleh menerusi wang tunai dengan nilai antara RM30,000 dan RM114,930 yang dimasukkan ke akaun sebuah syarikat berkaitan tertuduh atau selain didakwa bersetuju menerima suapan 50 peratus hasil keuntungan yang diperoleh syarikat dibantunya daripada kerja-kerja melibatkan PAIP.
Memetik laporan BERNAMA, bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, jika sabit kesalahan.
Selain itu, tertuduh juga didakwa menerima sebuah kereta Mazda CX-5 bernilai RM154,399.70 yang diketahuinya mempunyai hubungan rasmi dengan dirinya yang gagal dilaporkan kepada SPRM pada 9 Mac 2016.
Pendakwaan bagi kesalahan itu dibuat di bawah Seksyen 25(1) Akta SPRM yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding itu, peguam Datuk Mohd Najib Hussain memohon mahkamah mengurangkan jaminan RM50,000 yang ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muhammad Asraf Mohamed Tahir.

Ini atas alasan tertuduh tidak dapat mengumpulkan wang yang banyak selain telah didakwa atas 22 pertuduhan rasuah sebelum ini.
“Tertuduh menyara seroang ibu, isteri dan tiga anak. Akaun banknya telah dibekukan oleh SPRM yang menambah kesukaran untuk tertuduh membayar jika jaminan tinggi dikenakan. Anak guam saya juga bersedia untuk bekerjasama dan berjanji akan menghadiri setiap prosiding,” katanya.
Ahmad Zamzani membenarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang pejamin bagi semua pertuduhan berserta syarat tambahan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan serta menetapkan sebutan semula kes pada 10 Mei ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/wang-dan-mazda-cx-5-upah-bantu-dapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alvin Goh Adik Didakwa Terima Wang Aktiviti Haram Lebih Rm2 1 Juta

Alvin Goh Adik Didakwa Terima Wang Aktiviti Haram Lebih Rm2 1 Juta

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 326 hits
Gambar Hiasan Ahli perniagaan Goh Leong Yeong atau lebih dikenali Alvin Goh dan adiknya hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas tujuh pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah lebih RM2 1 juta Bagaimanapun ...
Lelaki Didakwa Pukul Bekas Adun Akan Dihadapkan Ke Mahkamah

Lelaki Didakwa Pukul Bekas Adun Akan Dihadapkan Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 316 hits
Seorang lelaki yang didakwa memukul bekas Adun Air Putih Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid bakal dihadapkan dengan dua pertuduhan Ketua Polis Terengganu Roslee Chik berkata suspek yang merupakan kawan kepada Wan Ahmad Nizam akan didakwa mengi...
Lulus Pinjaman Projek Hantu Datuk Bekas Presiden Bank Ditahan

Lulus Pinjaman Projek Hantu Datuk Bekas Presiden Bank Ditahan

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 278 hits
Oleh Empat suspek termasuk lelaki bergelar Datuk yang juga bekas presiden sebuah bank ditahan reman di mahkamah Putrajaya hari ini Gambar media sosial WOW RASUAH RM8 juta sebagai komisyen untuk meluluskan pinjaman kewangan RM400 juta untuk ...
Bekas Pemain Kebangsaan Ini Jelaskan 8 Sebab Kenapa Skuad Projek Fam Msn Wajar Dikekalkan

Bekas Pemain Kebangsaan Ini Jelaskan 8 Sebab Kenapa Skuad Projek Fam Msn Wajar Dikekalkan

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 224 hits
Susulan kritikan pelbagai pihak mengenai penyertaan dan perkembangan Skuad Projek FAM MSN di saingan Liga Premier 2021 bekas pemain kebangsaan Rosli Hussein mempunyai pandangan yang berbeza Menurut bekas Penolong Setiausaha Agung Persatuan ...
Kerajaan Dah Tak Banyak Wang Banyak Belanja Untuk Bantu Rakyat Terkesan Dengan Covid 19 Muhyiddin

Kerajaan Dah Tak Banyak Wang Banyak Belanja Untuk Bantu Rakyat Terkesan Dengan Covid 19 Muhyiddin

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 263 hits
The ReporterPerdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kerajaan pada masa ini sudah tidak mempunyai banyak wang kerana pada Belanjawan 2021 sebanyak RM600 bilion dan beberapa pakej rangsangan telah digunakan untuk membantu rakyat ...
2 Bekas Pegawai Kanan Nparks Didakwa Dengan Tuduhan Rasuah

2 Bekas Pegawai Kanan Nparks Didakwa Dengan Tuduhan Rasuah

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 273 hits
6 4 2021 16 54Update 6 4 2021 16 58 Singapura KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Dua bekas pegawai kanan Lembaga Taman Negara didakwa dengan tuduhan rasuah pada Selasa Teva Raj Palanisamy 69 tahun bekas pengarah kanan divisyen land
Selepas Hampir Sebulan Berdiam Diri Bekas Jurulatih Sri Pahang Thomas Dooley Bersuara

Selepas Hampir Sebulan Berdiam Diri Bekas Jurulatih Sri Pahang Thomas Dooley Bersuara

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 316 hits
KUANTAN Selepas hampir sebulan berdiam diri bekas jurulatih Sri Pahang Thomas Dooley akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar setelah direhatkan daripada mengendali pasukan Pantai Timur itu Dalam perkongsiannya bersama wartawan Astro Are...
Bekas Penyerang Berbisa Tok Gajah Dickson Nwakaeme Seru Sri Pahang Lakukan Sesuatu

Bekas Penyerang Berbisa Tok Gajah Dickson Nwakaeme Seru Sri Pahang Lakukan Sesuatu

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 510 hits
KUALA LUMPUR Bekas Penyerang berbisa Sri Pahang Dickson Nwakaeme menyifatkan pasukan itu sebagai tidak sepatutnya terhimpit dengan situasi penyingkiran Tok Gajah menduduki tangga ke 11 selepas lapan perlawanan dengan mencetak satu kemenanga...
Guna Gambar Bekas Suami Di Family Tree Anak Rita Rudaini Dituduh Masih Belum Move On

Guna Gambar Bekas Suami Di Family Tree Anak Rita Rudaini Dituduh Masih Belum Move On

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 337 hits
Menjadi seorang ibu tunggal ataupun single mother bukanlah satu perkara yang mudah kerana hakikatnya pelbagai perkara yang perlu ditanggung mereka sendirian tanpa pertolongan suami seperti makan dan minum anak anak keperluan mereka dan seba...
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Don T Be Too Quick On The Draw

Lepasan Spm Saya Syorkan Jadi Akauntan Bertauliah Macam Saya

Berebut Kawasan Peminta Sedekah Maut Ditikam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Permohonan Program Pra Diploma Uitm Kakya Nak Kongsi

Cuci Rambut Dan Rawatan Kulit Kepala

Pengalaman Menginap Renaissance Kuala Lumpur 1d1n

Bagaimana Membaiki Kitaran Haid Tidak Menentu Akibat Suntikan Im Unidepo

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Aku Emas Dan Dinar