Alvin Goh Adik Didakwa Terima Wang Aktiviti Haram Lebih Rm2 1 Juta


Gambar Hiasan*** Ahli perniagaan Goh Leong Yeong atau lebih dikenali Alvin Goh dan adiknya hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas tujuh pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah lebih RM2.1 juta.
Bagaimanapun, Alvin Goh, 33, dan Goh Yeong Hui, 28, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.
Berdasarkan ketujuh-tujuh pertuduhan itu, mereka sebagai pengarah syarikat Malaysia House of Internet Sdn Bhd didakwa menerima wang berjumlah RM2,144,000 menggunakan akaun milik syarikat mereka daripada dua lelaki warga China yang merupakan hasil daripada aktiviti haram di Public Bank Berhad, Jalan Bukit Bintang, di Kuala Lumpur antara 9 Sept dan 7 Nov 2019.
Pertuduhan mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada aktiviti haram (AMLATFPUAA) 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali nilai atau hasil aktiviti haram atau RM5 juta mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt memohon mahkamah menawarkan jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.
“Mohon mahkamah mengambil kira jumlah yang terlibat adalah melebihi RM2 juta dan kedua-dua tertuduh adalah ‘flight risk’ (risiko untuk melarikan diri). Selain itu, jumlah jaminan yang ditawarkan sangat munasabah kerana kes itu adalah serius.
“Tertuduh pertama (Alvin Goh) juga pernah melarikan diri dan gagal dikesan selama beberapa minggu oleh pihak berkuasa pada 2020,” katanya.
Bagaimanapun, peguam Jacky Loi Yap Loong yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan RM30,000 diberikan kepada Yeong Hui memandangkan Alvin Goh tidak boleh dijamin kerana dia kini ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.
“Sebelum ini, anak-anak guam saya dituduh di Mahkamah Khas Pati di Semenyih dengan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah, jadi tiada risiko untuk kedua-dua tertuduh melarikan diri.
“Bagaimanapun, untuk membetulkan rekod, anak guam saya tidak melarikan diri sebaliknya dilepaskan dengan jaminan ketika ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” kata peguam itu.
Mahkamah kemudiannya membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan mereka perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan 24 Mei ini ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Alvin Goh yang memakai baju lokap POCA berwarna putih tiba di mahkamah jam 11.05 pagi dengan menaiki sebuah van dari Jabatan Penjara dan sejurus tiba, lelaki itu yang bergari dikawal ketat oleh anggota serta pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sebelum dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen bagi proses pendakwaan.
Pada 1 Dis tahun lepas, Bernama melaporkan, suspek utama sindiket Macau Scam dan kegiatan perjudian dalam talian, Zaidi Kanapiah atau dikenali sebagai Addy Kanna dan Alvin Goh serta dua anggota polis dikenakan perintah tahanan selama dua tahun mengikut POCA.
Sebelum ini, media melaporkan, Alvin Goh dicari bagi membantu siasatan kes Macau Scam dan judi dalam talian sebelum berjaya diberkas ketika dia bersembunyi di sebuah apartment di Genting Highlands, Pahang.
Lelaki itu menjadi buruan polis sejak berjaya meloloskan diri selepas memanjat pagar belakang bangunan SPRM di Putrajaya pada 11 Okt tahun lepas.
– Bernama
The post Alvin Goh, adik didakwa terima wang aktiviti haram lebih RM2.1 juta appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/13/alvin-goh-adik-didakwa-terima-wang-aktiviti-haram-lebih-rm2-1-juta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 3000 Penggiat Seni Bakal Terima Manfaat Inisiatif Rm10 Juta Cendana

Lebih 3000 Penggiat Seni Bakal Terima Manfaat Inisiatif Rm10 Juta Cendana

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 225 hits
Golongon selebriti penggiat seni dan karyawan merupakan antara salah satu daripada golongan yang terkesan berikutan pandemik COVID 19 Berikutan itu kerajaan bakal memberikan bantuan dalam bentuk inisiatif pemulihan Agenda Pembangunan Ekonom...
Lebih 1 1 Juta Penduduk Terima Dua Dos Vaksin Covid 19

Lebih 1 1 Juta Penduduk Terima Dua Dos Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 321 hits
Seramai 1 144 841 penduduk negara ini telah menerima suntikan pertama dan kedua vaksin Covid 19 sehingga semalam Menurut Badan Bertindak Imunisasi Covid 19 daripada jumlah itu 701 812 individu telah menerima suntikan pertama vaksin manakala...
Polis Rampas Pil Jihad Bernilai Lebih Rm221 Juta Di Pelabuhan Klang

Polis Rampas Pil Jihad Bernilai Lebih Rm221 Juta Di Pelabuhan Klang

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 266 hits
BernamaPELABUHAN KLANG Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik merampas 650 kilogram dadah jenis pil captagon atau dikenali sebagai dadah jihad bernilai lebih RM221 86 juta di Pelabuhan Klang Isnin lepas Pengarah JSJN Razarudin Husain berkata ram...
Larang Puasa Polis Bongkar Aktiviti Judi Ceti Haram Majikan

Larang Puasa Polis Bongkar Aktiviti Judi Ceti Haram Majikan

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 349 hits
Susulan kes pukul dua orang pengawal peribadi oleh majikan kerana berpuasa semalam telah membawa kepada pembongkaran aktiviti judi haram dan sindiket ceti haram atau Along yang dijalankan syarikat milik majikan terbabit Ketua Polis Selangor...
Wang Dan Mazda Cx 5 Upah Bantu Dapat Projek Bekas Pengurus Paip Didakwa Lagi

Wang Dan Mazda Cx 5 Upah Bantu Dapat Projek Bekas Pengurus Paip Didakwa Lagi

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 204 hits
Oleh SANI Khan yang juga bekas pengurs perolehan PAIP ketika didakwa dengan 22 pertuduhan pada awal tahun lalu Gambar media sosial WANG RM160 000 dan sebuah kereta Mazda CX 5 bernilai lebih RM150 00 Semua itu upah kepada tertuduh membantu s...
Kes Belasah Bodyguard Polis Rampas Jongkong Emas Dan Wang Rm28 45 Juta

Kes Belasah Bodyguard Polis Rampas Jongkong Emas Dan Wang Rm28 45 Juta

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 254 hits
hmetro comDATUK Arjunaidi Mohamed melihat rotan milik suspek yang dirampas susulan kejadian dua lelaki dipukul di belakang badan dengan rotan oleh majikan yang tular di media sosial semalam FOTO Faiz AnuarKlang Penahanan empat suspek berhub...
Eks Anggota Dprd Jabar Didakwa Terima Suap Rp 9 1 Miliar Terkait Proyek Di Indramayu

Eks Anggota Dprd Jabar Didakwa Terima Suap Rp 9 1 Miliar Terkait Proyek Di Indramayu

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 525 hits
Kasus ini menyeret nama Ketua DPD Golkar Jabar Ade Barkah dan Siti Aisyah Tuti Handayani eks anggota DPRD Jabar
Pukul Bodyguard Berpuasa Polis Bongkar Suspek Dalang Sindiket Rampas Emas Wang Rm28 45 Juta

Pukul Bodyguard Berpuasa Polis Bongkar Suspek Dalang Sindiket Rampas Emas Wang Rm28 45 Juta

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 290 hits
Astro AwaniApril 15 2021 Polis merampas 100 jongkong emas seberat 100 kilogram selain 12 500 keping wang kertas AS 100 dengan nilai keseluruhannya mencecah RM28 45 juta Gambar Sinar HarianKLANG Penangkapan lima suspek suspek kes pukul dua p...
Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Simpan Santan Segar

The Unwanted Penyesalan Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

8 Makanan Untuk Sakit Sendi Nutrisi Harian Untuk Sendi Lebih Sihat

The Comet A Blistering Rotary Norton From The United Kingdom

Isteri Curang Berakhir Maut Di Tangan Suami