Wan Rosdy Kerajaan Beri Jaminan Untuk Pastikan Kawasan Berhutan Di Pahang Akan Terus Bertambah




RAUB: Kerajaan negeri memberikan jaminan untuk memastikan kawasan berhutan di Pahang akan terus bertambah selepas ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, setakat ini Pahang memiliki kawasan hutan seluas 2.06 juta hektar mewakili 57 peratus keluasan negeri ini sekali gus muncul penyumbang terbesar kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia.
"Lebih pentingnya saya ingin nyatakan di sini hutan simpan kita 57 peratus yang dijaga, Insya-ALLAH tidak akan berkurangan dan bertambah mungkin.
"Seluas 1.6 juta hektar merupakan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang diuruskan berdasarkan Amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan.
"Malah kerajaan negeri juga telah mewartakan seluas 645,751 hektar ataupun 40 peratus HSK sebagai hutan pelindungan yang mana tidak boleh disentuh apalagi diusik untuk kerja-kerja pengusahasilan hutan," katanya.
Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang 2023 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Raub di sini pada Isnin.
Hadir sama, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd.Razak dan Pengarah Perhutanan Pahang, Zainuddin Jamaluddin.
Ujar Wan Rosdy, ketegasan kerajaan negeri yang tidak bertolak ansur terhadap sebarang aktiviti penerokaan tanah haram termasuk aktiviti pembalakan secara haram telah menampakkan kesan positif.
Jelasnya, mereka yang terlibat akan terus diheret ke mahkamah dan tiada lagi dikenakan kompaun seperti sebelum ini.
"Alhamdulillah, tindakan ini telah memberi kesan dan berjaya mengurangkan aktiviti penerokaan tanah secara haram di negeri ini dan nampak ada perubahan.
"Setakat ini, sebanyak 105 kes telah dibawa ke mahkamah dan saya percaya angka ini semakin berkurangan dan meminta mahkamah walaupun saya tidak mahu masuk campur supaya mengenakan hukuman maksimum kerana ia merugikan hasil kerajaan negeri," tambahnya.
Katanya, situasi itu menyebabkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menjadi antara penyumbang utama kutipan hasil iaitu sebanyak RM1 bilion setiap tahun dan ia dapat dicapai bagi tempoh tiga tahun ini menerusi hasil penguatkuasaan dan kutipan kompaun.


Jelasnya, JPNP telah menyumbangkan hampir RM100 juta hasil kutipan hutan yang turut menyumbang kepada kejayaan kutipan negeri sebanyak RM1.144 bilion sehingga November.
Dalam pada itu, beliau juga memberitahu Pahang kini meneroka potensi perdagangan karbon (karbon kredit) melalui pengurusan hutan lestari.
"Inisiatif ini bukan sahaja menyumbang kepada penyerapan karbon global tetapi juga memberikan manfaat ekonomi kepada negeri melalui pembangunan hijau.
"Usaha ini diharap dapat membantu kerajaan negeri untuk menjadikan Pahang sebagai negeri ke hadapan dalam melaksanakan Agenda Netzero menjelang 2030 iaitu lebih awal berbanding Dasar Netzero Kebangsaan 2050," katanya. #SinarHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/11/wan-rosdy-kerajaan-pahang-beri-jaminan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Mencatatkan Pungutan Hasil Lebih Rm1 Bilion Pada Tahun Ini

Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Mencatatkan Pungutan Hasil Lebih Rm1 Bilion Pada Tahun Ini

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 161 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang mencatatkan pungutan hasil lebih RM1 bilion pada tahun ini melepasi sasaran untuk tiga tahun berturut turut Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata lebihan kos perbelanjaan negeri akan dimanfaati...
Wan Rosdy Lancar Pahang Rail Tourism 2024 Produk Pelancongan Baharu Melalui Old Jungle Rail

Wan Rosdy Lancar Pahang Rail Tourism 2024 Produk Pelancongan Baharu Melalui Old Jungle Rail

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 214 hits
LIPIS Negeri Pahang membangunkan satu produk pelancongan baharu yang unik dan berbeza iaitu Pahang Rail Tourism 2024 atau pun pelancongan kereta api Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata program kerjasama Tourism Paha...
Wan Rosdy Rakyat Pahang Diminta Agar Senantiasa Bersiap Siaga Menghadapi Kemungkinan Banjir

Wan Rosdy Rakyat Pahang Diminta Agar Senantiasa Bersiap Siaga Menghadapi Kemungkinan Banjir

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 190 hits
KUANTAN Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengingatkan rakyat negeri ini agar sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi kemungkinan banjir Menurutnya pihak kerajaan pihak berkuasa tempatan dan agensi agensi penyelamat senti...
Kerajaan Pahang Akan Membina Pangsapuri Bagi Membantu Golongan Muda Dan B40 Memiliki Rumah

Kerajaan Pahang Akan Membina Pangsapuri Bagi Membantu Golongan Muda Dan B40 Memiliki Rumah

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 149 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang akan membina pangsapuri bagi membantu golongan muda dan berpendapatan rendah memiliki rumah sejajar misi memastikan tiada lapisan masyarakat di negeri ini terpinggir daripada mempunyai kediaman sendiri Menteri Besar ...
Kerajaan Pahang Menyasarkan 90 Peratus Isu Bekalan Air Dapat Diatasi Menjelang Akhir Tahun 2026

Kerajaan Pahang Menyasarkan 90 Peratus Isu Bekalan Air Dapat Diatasi Menjelang Akhir Tahun 2026

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 183 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang menyasarkan 90 peratus isu bekalan air dapat diatasi menjelang akhir tahun 2026 Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata bagi tujuan itu sebanyak RM91 97 juta diperuntukkan melalui Pengurusan Air Pahang ...
Kerajaan Pahang Akan Melaksanakan Sistem E Tanah Sepenuhnya Di Negeri Ini Menjelang Tahun 2027

Kerajaan Pahang Akan Melaksanakan Sistem E Tanah Sepenuhnya Di Negeri Ini Menjelang Tahun 2027

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 200 hits
KUANTAN Sistem pengurusan dan pentadbiran tanah bersepadu yang menekankan agenda pendigitalan e Tanah akan mula dilaksanakan sepenuhnya di Pahang menjelang tahun 2027 Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pembangunan ...
Tanah Milik Kerajaan Pahang Seluas 1 000 Ekar Di Sungai Perdak Bentong Dikesan Telah Diceroboh

Tanah Milik Kerajaan Pahang Seluas 1 000 Ekar Di Sungai Perdak Bentong Dikesan Telah Diceroboh

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 164 hits
KUANTAN Kira kira 404 hektar tanah milik kerajaan negeri Pahang di Sungai Perdak Mukim Sabai Bentong dikesan telah diceroboh kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Beliau berkata kawasan yang diceroboh terbabit terletak di lokas...
Penghampusan Hutan Adun Sungai Lembing Kesal Kerajaan Pahang Masih Diam Seribu Bahasa

Penghampusan Hutan Adun Sungai Lembing Kesal Kerajaan Pahang Masih Diam Seribu Bahasa

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 169 hits
KUANTAN Penghapusan hutan atau pembangunan tanah Di mana Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling EIA tanya Ahli Dewan Negeri Sungai Lembing Mohamad Ayub Mat Ashri Menurutnya sudah melebihi 30 hari sejak beliau mula menyuarakan kebimb...
Isu Punggah Bauksit Di Kuantan Kerajaan Pahang Sedia Berikan Kerjasama Penuh Kepada Sprm

Isu Punggah Bauksit Di Kuantan Kerajaan Pahang Sedia Berikan Kerjasama Penuh Kepada Sprm

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 132 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam siasatan membabitkan kegiatan memunggah keluar hasil galian yang dipercayai mengandungi bauksit tanpa mengikut prosedur yang sah di sek...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Barang Mykasih 2025

Permohonan Mykasih Rm100 Online 2025

Kemaskini Ekasih Online 2025

Emina Tone Up Cream Affordable Tone Up Cream For Combination Skin

Rahsia Keberkatan Ramadan Rebut 7 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Kenali Anak Usia 2 Tahun Suka Ikut Kepala Sendiri Perangai Berubah Ubah