Sultan Johor Tiada Kuasa Mutlak Bubar Dun Hassan Karim



Amaran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam bahawa baginda akan membubarkan dewan undangan negeri (DUN) sekiranya kemelut perebutan kuasa berpanjangan mengundang komen Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim
Menurut Hassan, mengikut Perkara 23(2) Perlembagaan Johor disebut bahawa seseorang sultan boleh membubarkan DUN Johor.
Bagaimanapun, katanya, Perkara 23(2) perlembagaan sama menyatakan kuasa tersebut tidaklah bersifat muktamad dan tidaklah boleh berdiri sendiri.
“Ia hendaklah dibaca bersama Perkara 7(1) Perlembagaan Johor yang menyatakan: Bertindak sesuai dengan nasihat majlis eksekutif negeri dalam melaksanakan fungsi perlembagaan.
“Ini bermakna sultan tidak boleh dengan secara sendiri membubarkan DUN.
“Jika menteri besar mengadap sultan dan menasihati sultan supaya dibubarkan DUN barulah sultan boleh membubarkannya,” kata Hassan dalam satu kenyataan hari ini.
Untuk rekod peruntukan kuasa berkenaan adalah sama dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Mengikut perlembagaan negara Yang di-Pertuan Agong tidak boleh membubarkan sendiri parlimen melainkan jika baginda dinasihatkan sebegitu oleh perdana menteri.
Sementara itu, Hassan yang memiliki pengalaman sebagai peguam menegaskan, ketika Perkara 7 (1) Perlembagaan Johor meminta sultan bertindak sesuai dengan nasihat kerajaan negeri, Perkara 7 (2) pula menjelaskan ada beberapa kawasan yang membenarkan baginda menggunakan budi bicara.
Katanya mengikut Perkara 7(2)(b) Perlembagaan Johor sultan mempunyai kuasa budi bicara untuk tidak memberi izin ke atas permintaan untuk membubarkan DUN.
Amaran Sultan Johor hari ini dibuat ketika Pakatan Harapan (PH) negeri itu mendakwa mereka mempunyai majoriti untuk mengambil alih kembali kerajaan negeri selepas berlaku pertukaran pada Feb lalu.
Pertukaran kerajaan – daripada PH kepada Perikatan Nasional (PN) – berlaku selepas Bersatu meninggalkan gabungan yang memenangkan mereka dalam pilihan raya umum terdahulu.
Untuk rekod, selain Bersatu, semua parti yang membentuk PN di Johor adalah pihak yang ditolak oleh pengundi dalam PRU ke-14. Keadaan itu menjadikan PN sebuah kerajaan yang tidak mempunyai mandat daripada rakyat.
PH mendakwa mereka bakal menerima sokongan daripada beberapa Adun Bersatu yang sedia untuk meninggalkan PN.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28047

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mencabar Ke Kuasa Sultan Bubar Dun Tidak Mutlak Kata Hassan

Mencabar Ke Kuasa Sultan Bubar Dun Tidak Mutlak Kata Hassan

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 424 hits
Berikutan amaran Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk membubarkan dewan undangan negeri sekiranya kemelut perebutan kuasa di situ berpanjangan seorang ahli parlimen menjelaskan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa mutlak untuk ...
Bubar Dun Sultan Johor Beri Amaran Ada Pemimpin Gila Kuasa

Bubar Dun Sultan Johor Beri Amaran Ada Pemimpin Gila Kuasa

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 648 hits
Jika berlaku lagi perebutan kuasa di kalangan wakil rakyat saya akan bubarkan Dewan Negeri Johor serta merta titah Sultan Johor Foto Instagram officialsultanibrahimKemelut politik berlanjutan Sultan Johor beri amaran bubar DUNKL Sultan Joho...
Sultan Johor Ancam Bubar Dun Jika Terjadi Isu Rebut Kuasa

Sultan Johor Ancam Bubar Dun Jika Terjadi Isu Rebut Kuasa

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 450 hits
KUALA LUMPUR Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kecewa dengan kemelut politik yang masih berlaku di negerinya dan mengingatkan Dewan Negeri akan dibubarkan serta merta jika berlaku lagi perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat D...
Sultan Ibrahim Beri Amaran Bubar Dun Johor

Sultan Ibrahim Beri Amaran Bubar Dun Johor

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 703 hits
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran kepada wakil rakyat di negeri itu bahawa baginda akan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan sekiranya perebutan kuasa berterusan Melalui sa...
Kami Pegang Prinsip Demokrasi Kata Ph Johor Selepas Amaran Sultan Bubar Dun

Kami Pegang Prinsip Demokrasi Kata Ph Johor Selepas Amaran Sultan Bubar Dun

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 759 hits
June 3 2020 4 58 PM Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP negeri Liew Chin Tong PETALING JAYA Selepas peringatan keras Sultan Johor bahawa Dewan Negeri akan dibubarkan serta mer...
Bubar Dun Johor Pemuda Umno Setuju Titah Sultan Ibrahim

Bubar Dun Johor Pemuda Umno Setuju Titah Sultan Ibrahim

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 423 hits
Asyraf Wajdi Dasuki KETUA Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersetuju dengan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri jika perebutan kuasa terus berlaku dalam kalangan wakil...
Bubar Dewan Negeri Jika Berebut Kuasa Berlaku Lagi Kata Sultan Johor

Bubar Dewan Negeri Jika Berebut Kuasa Berlaku Lagi Kata Sultan Johor

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 442 hits
PETALING JAYA Sultan Johor mengingatkan Dewan Negeri akan dibubarkan serta merta jika berlaku lagi perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat Sultan Ibrahim kecewa perebutan kuasa berlaku dalam keadaan rakyat sedang susah Mereka langsung t...
Johor Nak Bertukar Kerajaan Lagi Bubar Dun Jer Senang

Johor Nak Bertukar Kerajaan Lagi Bubar Dun Jer Senang

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 497 hits
Sumber yang dekat dengan kepemimpinan Bersatu Johor mengakui bahawa kerajaan Perikatan Nasional di negeri itu berada dalam keadaan tidak menentu sekarang Bercakap kepada Malaysiakini sumber itu mendedahkan PN boleh kehilangan Johor jika ada...
Sultan Ibrahim Iskandar Beri Amaran Bubar Parlimen Jika Ada Lagi Perebutan Kuasa

Sultan Ibrahim Iskandar Beri Amaran Bubar Parlimen Jika Ada Lagi Perebutan Kuasa

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 483 hits
Nampaknya ahli politik tidak boleh membuat sesuka hati mereka lagi apabila Sultan Johor sendiri iaitu Sultan Ibrahim Iskandar telah memberi amaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri sekiranya berlaku perebutan kuasa lagi Perkara ini di...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Hentian Rehat Rawat Seremban

Alahai Blog Tak Boleh Follow Ini Yang Saya Buat

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram