Wan Junaidi 4 Mp Perlu Kosongkan Kerusi Sekiranya Mereka Sah Keluar Parti




Empat ahli parlimen Sabah yang meninggalkan Bersatu tidak mempunyai pilihan selain mengosongkan kerusi sebaik sahaja keluar daripada parti itu secara rasmi, kata bekas menteri undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Wan Junaidi, yang merupakan menteri yang menyelia kelulusan undang-undang antilompat parti awal tahun ini, berkata ini demikian meskipun mereka kekal menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

Keempat-empat mereka telah memenangi kerusi mereka di bawah tiket GRS, yang seterusnya merupakan parti politik berdaftar secara rasmi yang berfungsi sebagai platform gabungan untuk Bersatu Sabah dan empat parti berasaskan Sabah bertanding pada PRU ke-15

Pada 10 Dis, Pengerusi GRS, Hajiji Noor mengumumkan Bersatu Sabah keluar dari Bersatu

Seorang lagi ahli parlimen Bersatu Sabah, Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee yang bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) kekal bersama Bersatu

Bagi Wan Junaidi, undang-undang antilompat parti mengambil kira faktor parti dan bukannya keahlian dalam gabungan

“Undang-undang itu bercakap tentang orang yang keluar daripada satu parti untuk menjadi bebas atau menjadi ahli parti lain

“Jadi tidak ada bezanya sama ada dia tergolong dalam gabungan kerajaan dan kekal dalam gabungan itu,” katanya, seperti dilapor Malay Mail

Wan Junaidi menegaskan bahawa selagi empat ahli parlimen Bersatu Sabah yang lain kekal dalam Bersatu, mereka tidak perlu mengosongkan kerusi walaupun tidak akur kepada pendirian parti

Menurut FMT, Wan Junaidi juga menolak tanggapan bahawa undang-undang itu akan melihat Bersatu Sabah sebagai entiti yang berasingan daripada Bersatu

“Saya menggubal undang-undang untuk melarang perkara seperti itu berlaku dan mewujudkan kestabilan politik dalam negara,” katanya

Empat Ahli Parlimen terbabit ialah Armizan Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang)

Malaysiakini telah cuba mendapatkan komen daripada Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin untuk memastikan status keempat-empat mereka

Sementara itu, pengganti Wan Junaidi, Azalina Said Othman memberitahu pemberita hari ini bahawa perkara itu di luar bidang kuasanya kerana ia kini berada di tangan peguam negara dan speaker Dewan Rakyat

"Saya sedang menunggu untuk melihat pendapat undang-undang Pejabat Peguam Negara. Kedua, saya fikir speaker (Dewan Rakyat) mempunyai kata putus (mengenai) Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan

"(Artikel itu) menetapkan beberapa ketetapan. Ini di luar skop saya untuk mengulas. Saya berharap untuk mendengar pendapat undang-undang peguam negara," katanya

Azalina bercakap kepada pemberita di luar forum Hari Hak Asasi Manusia PBB di Kuala Lumpur hari ini

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/12/wan-junaidi-4-mp-perlu-kosongkan-kerusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Mp Bersatu Sabah Hilang Kerusi Jika Keluar Parti Secara Rasmi Wan Junaidi

4 Mp Bersatu Sabah Hilang Kerusi Jika Keluar Parti Secara Rasmi Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 186 hits
MalaysiakiniEmpat ahli parlimen Sabah yang meninggalkan Bersatu tidak mempunyai pilihan selain mengosongkan kerusi sebaik sahaja keluar daripada parti itu secara rasmi kata bekas menteri undang undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar Wan Junaidi y...
Empat Ahli Parlimen Di Sabah Keluar Bersatu Hilang Kelayakan Perlu Kosongkan Kerusi

Empat Ahli Parlimen Di Sabah Keluar Bersatu Hilang Kelayakan Perlu Kosongkan Kerusi

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 218 hits
agendaily com11 12 2022Tindakan empat Ahli Parlimen Bersatu di Sabah yang mengikut langkah Datuk Seri Hajiji Noor keluar parti secara automatik juga hilang kelayakan sebagai wakil rakyat dan perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi mereka p...
Semua Adun Ahli Bersatu Sabah Keluar Parti Sokong Anwar

Semua Adun Ahli Bersatu Sabah Keluar Parti Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 205 hits
Semua Ahli Dewan Undangan Negeri dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah mengumumkan meninggalkan parti itu hari ini dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Ketua Pimpinan Bersatu Sabah Datuk S
Umno Akan Berhadapan Hilang Sokongan Dan Ahli Keluar Parti Secara Senyap

Umno Akan Berhadapan Hilang Sokongan Dan Ahli Keluar Parti Secara Senyap

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 186 hits
Kalau bukan wajib pun sertainya tetapi jadilah ia satu kewajipan apabila yang lain lain sudah kurang relevan dan membawa lebih kemudaratanKalaupun telinga rosak cubalah dengar
Hajiji Umum Pemimpin Bersatu Sabah Keluar Parti Namun Kekal Bawah Grs

Hajiji Umum Pemimpin Bersatu Sabah Keluar Parti Namun Kekal Bawah Grs

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 325 hits
KOTA KINABALU Pemimpin BERSATU Sabah membuat keputusan sebulat suara untuk keluar daripada parti itu namun kekal di bawah Gabungan Rakyat Sabah kata Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Hajiji Noor Hajiji yang juga Pengerusi GRS be...
Ketua Pemuda Umno Seremban Keluar Parti Sertai Pas

Ketua Pemuda Umno Seremban Keluar Parti Sertai Pas

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 148 hits
agendaily com14 12 2022Ketua Pemuda UMNO bahagian Seremban Zool Amali Hussin mengumumkan akan menyertai PAS Ketua Pemuda UMNO bahagian Seremban Zool Amali Hussin beberapa ahli jawatankuasanya mengesahkan akan menyertai PAS setelah kecewa de...
Johari Kosongkan Kerusi Dun Gurun Mahu Jadi Speaker Parlimen

Johari Kosongkan Kerusi Dun Gurun Mahu Jadi Speaker Parlimen

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 148 hits
agendaily com81 12 2022Sidang Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Gurun yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke 14 lalu Johari yang juga Ketua Pembangkang itu membuat keputusan mengosongkan kerusi G...
Azhar Harun Kosongkan Kerusi Speaker Sebelum 19 Dis

Azhar Harun Kosongkan Kerusi Speaker Sebelum 19 Dis

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 148 hits
MalaysiakiniAzhar Harun hari ini mengesahkan bahawa dia akan mengosongkan kedudukannya sebagai Speaker Dewan Rakyat sebelum Parlimen bersidang pada 19 Disember ini Sehubungan itu katanya sidang Parlimen yang bakal bersidang akan dikendalika...
Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh

Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Johan Acara Busana Puteri Semanis Lebaran Nnegeri Selangor 2025

Ringgit Extends Gains Amid Tariff Policy Uncertainty

Hajiji S Hasty Exoneration From Alleged Sabah Corruption

Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Menggubah Bunga Hiasan Meja

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5