Empat Ahli Parlimen Di Sabah Keluar Bersatu Hilang Kelayakan Perlu Kosongkan Kerusi


agendaily.com11/12/2022

Tindakan empat Ahli Parlimen (MP) Bersatu di Sabah yang mengikut langkah Datuk Seri Hajiji Noor keluar parti secara automatik juga hilang kelayakan sebagai wakil rakyat dan perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu

Bekas Pengerusi Bersatu Sabah itu gagal memahami Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti dan berpendapat langkah tersebut tidak akan memberi kesan kepada kedudukan MP Bersatu yang keluar parti tersebut atas alasan bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Untuk rekod, GRS hanya sebuah gabungan parti politik yang tidak mempunyai keahlian dan semua empat MP yang bertanding pada PRU-15 adalah ahli parti Bersatu.

Walaupun empat MP tersebut bertanding atas tiket GRS sekalipun, perlu difahami bahawa mereka adalah ahli Bersatu dan bukan ahli GRS, disinilah Hajiji tidak memahami peruntukan undang-undang baharu larangan lompat parti tersebut.

GRS bukan sebuah parti politik, ia adalah gabungan parti politik sama seperti Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Sebagai contoh, Ahmad Maslan bertanding atas tiket BN di Parlimen Pontian lalu dan kemudiaannya mengumumkan keluar BN, tetapi secara teknikalnya beliau masih kekal wakil rakyat UMNO di Parlimen kerana BN hanya merupakan gabungan parti politik.

Seseorang wakil rakyat itu dianggap lompat parti apabila keluar sebagai ahli parti tersebut dan bukan sebagai ahli kepada gabungan itu.

Berbeza dengan senario yang dilakukan oleh Hajiji yang mengumumkan keluar Bersatu tetapi masih kekal dalam GRS, tafsiran tersebut sama sekali tidak tepat dan membelakangi akta larangan bertukar parti yang sudah digazet diperingkat Persekutuan.

GRS tidak mempunyai keahlian seperti parti politik yang berdaftar, malah ia didaftarkan hanya sebagai sebuah gabungan parti politik.

Hajiji semasa sidang medianya secara jelas mengumumkan keputusan untuk keluar meninggalkan Bersatu dan berkata sedang menimbang untuk menyertai parti baharu.

“Hari ini, kita sebulat suara telah mengambil keputusan untuk keluar dan meninggalkan Bersatu. Kami membuat keputusan ini setelah mempertimbangkan keadaan landskap politik Malaysia ketika ini terutama di Sabah.

“Kerajaan negeri yang ditunjangi oleh GRS-BN juga telah mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong bahawa pertimbangan terbaik untuk pembentukan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim satu daripadanya adalah untuk kestabilan politik dan pemulihan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Di peringkat negeri, kedudukan Hajiji mungkin tidak tergugat kerana akta larangan menukar parti tersebut masih belum digazetkan dan tidak berkuatkuasa lagi sepenuhnya tetapi tidak di peringkat kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, sumber dalaman parti memberitahu Bersatu sudah merujuk isu tersebut dengan Menteri Undang-Undang sebelum ini, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Undang-Undang baharu kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Difahamkan kedua-dua mereka berpandangan terdapat pelanggaran dalam akta bertukar parti yang sudah berkuatkuasa di peringkat Persekutuan dan ia terpulang kepada ketua parti untuk mengambil tindakan selanjutnya selepas ini.

Untuk rekod, Bersatu Sabah mempunyai lima MP yang merupakan ahli parti, dengan empat daripadanya bertanding di bawah tiket gabungan GRS, manakala seorang lagi – Datuk Seri Ronald Kiandee – bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu,Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menegaskan MP Bersatu yang keluar parti dan sekiranya menubuhkan parti baharu atau menyertai mana-mana parti perlu mengosongkan kerusi mereka dan diadakan semula pilihan raya.

BERSIH memberi senario jika empat MP Bersatu yang bertanding atas tiket GRS jika menubuhkan parti baharu dan meninggalkan parti itu, maka wajar untuk mereka mengosongkan kerusi.

“Mereka bertanding di bawah logo GRS iaitu gabungan/parti berdaftar. Mereka tidak bertanding di bawah Bersatu.

“Pengenalan itu adalah apa yang mereka maklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa mereka mengemukakan pencalonan.

“Jika mereka menubuhkan parti baru dan meninggalkan GRS, mereka perlu mengosongkan kerusi mereka,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/empat-ahli-parlimen-di-sabah-keluar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Mp Bersatu Sabah Hilang Kerusi Jika Keluar Parti Secara Rasmi Wan Junaidi

4 Mp Bersatu Sabah Hilang Kerusi Jika Keluar Parti Secara Rasmi Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 177 hits
MalaysiakiniEmpat ahli parlimen Sabah yang meninggalkan Bersatu tidak mempunyai pilihan selain mengosongkan kerusi sebaik sahaja keluar daripada parti itu secara rasmi kata bekas menteri undang undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar Wan Junaidi y...
Semua Adun Ahli Bersatu Sabah Keluar Parti Sokong Anwar

Semua Adun Ahli Bersatu Sabah Keluar Parti Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 190 hits
Semua Ahli Dewan Undangan Negeri dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah mengumumkan meninggalkan parti itu hari ini dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Ketua Pimpinan Bersatu Sabah Datuk S
Hajiji Umum Pemimpin Bersatu Sabah Keluar Parti Namun Kekal Bawah Grs

Hajiji Umum Pemimpin Bersatu Sabah Keluar Parti Namun Kekal Bawah Grs

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 302 hits
KOTA KINABALU Pemimpin BERSATU Sabah membuat keputusan sebulat suara untuk keluar daripada parti itu namun kekal di bawah Gabungan Rakyat Sabah kata Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Hajiji Noor Hajiji yang juga Pengerusi GRS be...
Umno Akan Berhadapan Hilang Sokongan Dan Ahli Keluar Parti Secara Senyap

Umno Akan Berhadapan Hilang Sokongan Dan Ahli Keluar Parti Secara Senyap

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 171 hits
Kalau bukan wajib pun sertainya tetapi jadilah ia satu kewajipan apabila yang lain lain sudah kurang relevan dan membawa lebih kemudaratanKalaupun telinga rosak cubalah dengar
Wan Junaidi 4 Mp Perlu Kosongkan Kerusi Sekiranya Mereka Sah Keluar Parti

Wan Junaidi 4 Mp Perlu Kosongkan Kerusi Sekiranya Mereka Sah Keluar Parti

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 220 hits
Empat ahli parlimen Sabah yang meninggalkan Bersatu tidak mempunyai pilihan selain mengosongkan kerusi sebaik sahaja keluar daripada parti itu secara rasmi kata bekas menteri undang undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar Wan Junaidi yang merupaka...
Kiandee To Stay In Sabah Bersatu And Rebuild Party Following Exodus

Kiandee To Stay In Sabah Bersatu And Rebuild Party Following Exodus

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 135 hits
Datuk Seri Ronald Kiandee speaks during a press conference at Wisma Tani Putrajaya February 10 2022 Picture by Ahmad ZamzahuriKOTA KINABALU Dec 10 Datuk Seri Ronald Kiandee said he will stay on as the last Parti Pribumi Bersatu Malaysia MP ...
Are These Sabah Mps Disqualified Law Experts Weigh In On Grs Exodus From Bersatu And The Anti Party Hopping Law

Are These Sabah Mps Disqualified Law Experts Weigh In On Grs Exodus From Bersatu And The Anti Party Hopping Law

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 184 hits
Tengku Fuad said Hajiji s position as Sabah chief minister is not shaken by the mass exodus of the GRS members from Bersatu 8211 Bernama photo KUALA LUMPUR There has been great buzz over the weekend surrounding Sabah Chief Minister Datuk Ha...
Sinar Harian Pn Boleh Hilang 32 Kerusi Jika

Sinar Harian Pn Boleh Hilang 32 Kerusi Jika

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 120 hits
LIZA MOKHTARInfografik 32 kerusi PN yang boleh dimenangi PH BN jika bergabung pada PRU15 PASCA Pilihan Raya Umum ke 15 selepas berakhirnya perebutan kerusi Parlimen Padang Serai di Kedah pada Rabu menyaksikan tsunami Perikatan Nasional teru...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers

Apa Itu Virus Hmpv Dan Gejalanya


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik

Gambaran Suit Power Rangers X Digimon Adventure Bergabung Meletop

Ipang Sahabat Kecil Chord

Lyla Kamu Cantik Kamu Baik Chord