Wan Ji Tak Layak Diberi Pentas
siti hafidah  Ketua Menteri Melaka patut dari awal tak jemput aktivis Islam liberal

BANGI,  Aktivis Islam liberal, Wan Ji Wan Hussin tidak layak diberikan  sebarang pentas kerana dia adalah banduan yang ditangguhkan hukuman  akibat kelancangan lidah menghina sultan, kata Ketua Biro Manhaj Ikatan  Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Omar Kassim
“Tidak di TV Hijrah, tidak di mana-mana  seminar atau wacana, tidak juga di mana-mana masjid di seluruh negara,  sekurang-kurang hingga kes itu dibicarakan dan diputuskan di mahkamah  rayuan,” tegas Ustaz Omar
Beliau berkata demikian ketika mengulas  penamatan kontrak perkhidmatan Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan)  Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Rahimin Bani, baru-baru ini
Isu penamatan kontrak Rahimin hangat  dibincangkan di media sosial sejak kelmarin, didakwa disebabkan  kehadiran Wan Ji menyampaikan kuliah Subuh di Masjid Bukit Beruang, Ayer  Keroh pertengahan bulan ini
Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan Ketua  Menteri Melaka, Adly Zahari dan berkata, penamatan itu untuk memberi  laluan kepada muka baharu menjawat jawatan berkenaan
Adly berkata, jawatan yang disandang  Rahimin sejak lebih 20 tahun lalu itu sudah ada calon pengganti  membabitkan empat pegawai di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan JAIM
Mengulas perkara itu, Ustaz Omar berkata,  Ketua Menteri sepatutnya daripada awal tidak mengalu-alukan kehadiran  Wan Ji ke Melaka
“Apabila terjadi fitnah, semua  berdolak-dalik. Pengajaran terbesar di sini ialah makhluk bernama Wan  Ji, jangan lagi berikan pentas oleh mana-mana pihak
“Ramai lebih percaya, pemberhentian  kontrak Ustaz Rahimin Bani (yang diberhentikan melalui lisan) mempunyai  kaitan dengan ceramah Wan Ji yang tidak disenangi oleh rakyat negeri  Melaka sendiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini
Wan Ji dihukum penjara setahun selepas  Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman  sembilan bulan penjara kerana menerbitkan perkataan menghasut dan  menghina terhadap Sultan Selangor, tujuh tahun lalu
Setelah dua hari menjalani hukuman  penjara, dia dibenar oleh mahkamah menangguhkan hukuman itu. Keputusan  itu dibuat Hakim Datuk Abdul Halim Aman memerintah terma-terma di  Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum ini dilanjutkan
Pada 10 September 2014, Wan Ji mengaku  tidak bersalah menerbitkan perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris  Shah termasuk membabitkan isu agama dalam akaun Facebooknya
Kesalahan itu dilakukannya di Pejabat  Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan  Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini jam 10 pagi, pada 5  November 2012
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/wan-ji-tak-layak-diberi-pentas.html