Beberapa Kawasan Di Malaysia Terjejas Jerebu Orang Ramai Diberi Nasihat Penjagaan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia


Orang ramai di pantai barat Semenanjung Malaysia dan Sarawak mula berhadapan dengan masalah jerebu  susulan kebakaran hutan di enam wilayah di Indonesia.
Berikutan situasi ini, pihak KKM telah mengeluarkan kenyataan akhbar dari Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia mengenai penjagaan kesihatan semasa jerebu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah melaporkan beberapa negeri di tanah air bakal menerima tempias jerebu susulan kebakaran hutan di lima (5) wilayah di Indonesia. Jerebu akan berlaku berterusan dalam tempoh sekitar tujuh hari berikutan monsun Barat Daya dengan cuaca kering dan stabil. Jerebu rentas sempadan dari Sumatera boleh mempengaruhi keadaan terutamanya di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan di sebelah utara  semenanjung seperti Pulau Pinang. Sehingga jam 3 petang hari ini, bacaan Indek Pencemar Udara (IPU) di seluruh negara berada di tahap sederhana kecuali  terdapat dua (2)  kawasan yang merekodkan bacaan tahap tidak sihat iaitu Johan Setia, Selangor dan Rompin, Pahang di mana terdapat kebakaran di kawasan berkenaan.

Orang ramai diminta supaya peka dengan perubahan kepada tahap kualiti udara di kawasan masing-masing. Sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan yang merekodkan kualiti udara tidak sihat supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan sebagaimana berikut:
Kurangkan aktiviti fizikal yang menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan metabolisma badan. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu dan cuaca panas; Sentiasa berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai dan pelindung diri seperti payung dan topi; Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan. Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman; Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan; Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari). Ini adalah bagi mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal-atur suhu badan; Kerapkan mandi bagi menyejukan badan. Elakkan memakai pakaian yang tebal, ketat dan berwarna gelap bagi membantu proses kehilangan haba dari badan; Jika mampu pasanglah alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar; dan Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat. Orang awam boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu dan cuaca panas menerusi laman sesawang KKM seperti berikut:
https://www.infosihat.gov.my/index.php/isu-semasa/51-jerebu
http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/183
http://www.myhealth.gov.my/cuaca-panas-a-kesihatan/
Sekian, terima kasih.
DATUK DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 1 Ogos 2019 Sumber: KpKesihatan.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/08/02/beberapa-kawasan-di-malaysia-terjejas-jerebu-orang-ramai-diberi-nasihat-penjagaan-ketua-pengarah-kesihatan-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terdapat 70 Kes Tibi Di Beberapa Kawasan Di Johor Bahru

Terdapat 70 Kes Tibi Di Beberapa Kawasan Di Johor Bahru

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 304 hits
PALSU Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat 70 kes tibi di beberapa kawasan di Johor Bahru termasuk Kampung Melayu Majidee Baru dan Pandan Sumber gambar Facebook SEBENARNYA Jabatan Kesihatan Negeri Johor dala
Cabaran Guardian Vitamin C Zinc Fizzwithme Menggalakkan Penjagaan Kesihatan

Cabaran Guardian Vitamin C Zinc Fizzwithme Menggalakkan Penjagaan Kesihatan

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 437 hits
Memperkenalkan Rangkaian Suplemen Berkualiti Tinggi Harga Mampu Milik Agar Rakyat Malaysia Lebih SihatLakukan cabaran Guardian Vitamin C Zinc FizzWithMe Cuba hasilkan bunyi fizzing selama lebih daripada 30 saat dengan sekali nafas Bunyinya ...
Perkhidmatan Maxis Fibre Tergendala Seketika Di Beberapa Kawasan

Perkhidmatan Maxis Fibre Tergendala Seketika Di Beberapa Kawasan

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 302 hits
Maxis Fibre adalah pelan Internet jalur lebar gentian optik daripada Maxis Ia menawarkan harga yang sangat baik jika dibandingkan dengan pelan seperti TM Kini pelan ini dilihat menghadapi masalah sambungan yang sangat perlahan Antara masala...
Jokowi Malu Masalah Jerebu Turut Jejas Malaysia Singapura

Jokowi Malu Masalah Jerebu Turut Jejas Malaysia Singapura

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 268 hits
Jokowi malu masalah jerebu turut jejas Malaysia Singapura Dikemas kini 48 minit yang lalu Diterbitkan pada 7 Aug 2019 12 14P
Berkenaan Isu Jerebu Jokowi Malu Dengan Malaysia Dan Singapura

Berkenaan Isu Jerebu Jokowi Malu Dengan Malaysia Dan Singapura

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 360 hits
Seperti mana yang kita tahu isu jerebu bukanlah isu asing dinegara kita bahkan hampir tiap tiap tahun ia berlaku bila kes kebakaran hutan berlaku di negara jiran Indonesia Oleh yang demikian Presiden Indonesia Joko Widodo atau dikenali seba...
6 Makanan Cegah Gout Saranan Kementerian Kesihatan Malaysia

6 Makanan Cegah Gout Saranan Kementerian Kesihatan Malaysia

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 590 hits
Gout aduhai sakitnya hanya penderitanya aje yang tahu Ia menyebabkan denyutan rasa yang perit dan rasa yang teramat sakit Gout adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada asid urik yang berlebihan di dalam tubuh Kredit foto curearthritis...
Bacaan Ipu Di Beberapa Kawasan Masih Tinggi

Bacaan Ipu Di Beberapa Kawasan Masih Tinggi

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 234 hits
Selepas seminggu juga penduduk di sekitar Lembah Klang hadapi jerebu kini kebanyakan kawasan di Malaysia catatkan indeks pencemaran udara pada bacaan sederhana IPU menunjukkan bacaan di bawah 100 namun Selangor masih mencatatkan IPU tidak s...
Puluhan Rumah Kedai Terjejas Dalam Kebakaran Di Tongod

Puluhan Rumah Kedai Terjejas Dalam Kebakaran Di Tongod

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 220 hits
Puluhan rumah kedai terjejas dalam kebakaran di Tongod Dikemas kini 4 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 Jul 2019 11 00PM
Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Strict Terms For Paya Mengkuang Pig Farms To Resume Operations Akmal

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Remaja Lelaki Hampir Diculik Dua Individu Ketika Berjoging

Kebakaran Asrama Fadhlina Sidek Segerakan Bantuan Buat Smk Tinggi Setapak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


So Apa Sudah Jadi Malaysia

Smk Panggung Jaya Tempat Pertama Program Anjuran Th

Kesilapan Penggunaan Kad Kredit Yang Ramai Orang Buat

12 Taman Taman Negara Di Sarawak

Acha Septriasa Tolak Tawaran Filem Sheriff Kerana Komitmen Qodrat 2

Tak Sangka Ini Yang Terjadi