Prn Sabah Pertembungan Antara Kekuatan Bn Dan Ketamakan Ppbm Akan Menyaksikan Pertembungan 3 Penjuru




31 Julai 2020, TYT Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, telah memperkenankan perrmintaan Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah yang sekali gus akan menyaksikan Pilihanraya Negeri Sabah akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran

Alasan yang diberikan Shafie untuk memohon supaya TYT Sabah membubarkan DUN Sabah adalah untuk mengembalikan mandat kepada rakyat Sabah kerana kononnya  terdapat banyak gangguan dari Putrajaya ke atas Kerajaan Warisan Sabah

Ramai yang menyambut sinis kenyataan Shafie itu kerana umum tahu Kerajaan Warisan Sabah ditubuhkan juga kerana ada ADUN Barisan Nasional yang 'dibeli' oleh Shafie untuk membentuk sebuah kerajaan dengan majoriti mudah dan alasan sebenar Shafie memohon untuk dibubarkan DUN kerana beliau sedar telah kehilangan sokongan majoriti mudah di dalam DUN Sabah (BACA DI SINI).
Untuk rekod, walau pu keputusan awal PRU 14 DUN Sabah membolehkan Barisan Nasional membentuk kerajaan namun selepas urusan 'urusniaga' ADUN Sabah secara besar-besaran oleh Warisan ke atas ADUN yang memenangi PRU 14 atas tiket Barisan Nasional maka Shafie berjaya membentuk Kerajaan Warisan Sabah dengan majoriti mudah (BACA DI SINI).
Tetapi itu bukanlah isu yang mahu admin bincangkan, apa yang admin mahu bincangkan di sini ialah pertembungan antara kekuatan BN dan ketamakan PPBM di dalam PRN Sabah yang bakal diadakan.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, DS Bung Mukhtar, memaklumkan dalam satu sidang media bahawa UMNO akan mempertahankan kesemua 32 kerusi DUN yang dimenangi atas tiket UMNO pada PRU 14 yang lepas disamping akan mempertimbangkan untuk bertanding di 13 kerusi baharu DUN Sabah (BACA DI SINI).
Untuk makluman, jumlah DUN Sabah sebelum ini adalah sebanyak 60 kerusi, namun Dewan Undangan Negeri Sabah telah meluluskan untuk menambah lagi 13 DUN baharu yang menyaksikan jumlah DUN Sabah bertambah dari 60 ke 73 kerusi.
Hasrat dan keyakinan UMNO Sabah itu berasas kerana kesemua 32 kerusi yang dimenangi oleh UMNO Sabah itu adalah kerusi tradisi dan merupakan kubu kuat UMNO dan tambahan 13 kerusi DUN yang masih dalam pertimbangan UMNO itu akan ditetapkan kemudian dan menurut Bung Mukhtar, antara faktor utama yang menjadi pertimbangan ialah tahap keyakinan UMNO Sabah terhadap sokongan pengundi tempatan kepada UMNO Sabah

Sekiranya UMNO Sabah yakin mempunyai sokongan melebihi 60% dari pengundi tempatan, barulah UMNO Sabah akan menawarkan untuk meletak calon


Manakala Ketua Badan Pimpinan PPBM Sabah, Hajiji Noor, pula membuat kenyataan bahawa PPBM akan bertanding di 45 DUN Sabah dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang bakal diadakan nanti (BACA DI SINI).
Adakah ini bermakna, PPBM akan meletakkan calon di semua DUN yang sama UMNO Sabah sudah menetapkan untuk meletakkan calon

PPBM mesti sedar, kesemua 35 DUN yang dimenangi UMNO pada PRU 14 lepas merupakan kerusi tradisi UMNO dan UMNO sudah bertapak di Sabah selama puluhan tahun

Dalam artikata lain, 'social network' dan jentera pilihanraya UMNO di 35 DUN itu sudah kukuh

Malah ada di antara ADUN PPBM sekarang memenangi PRU 14 atas tiket UMNO dan kerja keras jentera pilihanraya UMNO

Kalau hasrat PPBM Sabah itu cuma berlandaskan kerajaan pusat sekarang diketuai oleh Perdana Menteri dari PPBM, Hajiji harus ingat, Muhyiddin menjadi Perdana Menteri adalah atas ihsan dari Ahli Parlimen dari Muafakat Nasional

Tanpa ihsan dan pengorbanan Ahli Parlimen dari Muafakat Nasional, adalah mustahil Muhyiddin akan dilantik menjadi Perdana Menteri kerana di dalam Perikatan Nasional, PPBM adalah parti picisan yang mempunyai kerusi yang paling sedikit

Apakah PPBM Sabah sudah mempunyai 'social networking' dan jentera pilihanraya yang mantap di Sabah

PPBM pasti akan kecundang sekiranya hanya bermodalkan Perdana Menteri adalah orang PPBM, ini dibuktikan dalam PRK Kimanis

Calon yang datangnya dari parti Warisan, disokong kuat oleh Ketua Menteri yang juga dari Warisan dan dibantu oleh pemimpin utama Pakatan Harapan yang ketika itu adalah kerajaan pusat, namun tumbang kepada calun UMNO/Barisan Nasional yang merupakan pembangkang di peringkat negeri dan pusat

Atau apakah PPBM sebenarnya ingin memberi laluan mudah kepada Warisan untuk menjadi kerajaan sekali lagi, kerana dengan meletakkan calon di kawasan yang sama dari Perikatan Nasional akan memecahkan undi atau PPBM dengan sengaja mahu meletakkan calon yang lemah (mungkin sekiranya PPBM berkeras mahu meletakkan calon, maka Muafakat Nasional akan berikan laluan) supaya pengundi tempatan memberikan undi kepada calon Warisan sekali lagi

Atau Hajiji sebenarnya mengidamkan jawatan Ketua Menteri Sabah? (BACA DI SINI).
Kepada Hajiji, mempunyai Perdana Menteri dari PPBM bukanlah tiket untuk merampas atau memaksa parti lain mengikut selera PPBM kerana kerjasama yang ada dalam Perikatan Nasional bukanlah bermaksud mengikat parti lain supaya bersetuju apa saja dengan kehendak PPBM!!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/08/prn-sabah-pertembungan-antara-kekuatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
73 Kerusi Dipertandingkan Pada Prn Sabah

73 Kerusi Dipertandingkan Pada Prn Sabah

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 355 hits
73 kerusi dipertandingkan pada PRN Sabah Dikemas kini 21 minit yang lalu Diterbitkan pada 1 Aug 2020 2 44PM
Bersatu Mahu Tanding 45 Daripada 73 Kerusi Di Prn Sabah

Bersatu Mahu Tanding 45 Daripada 73 Kerusi Di Prn Sabah

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 300 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan meletakkan calon di 45 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Sabah Hasrat tersebut disuarakan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan hari ini Kita s...
Kos Prn Sabah Dijangka Berganda Kata Takiyuddin

Kos Prn Sabah Dijangka Berganda Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 339 hits
Pilihan raya negeri Sabah dijangka akan menelan kos lebih besar berikutan pandemik COVID 19 dan langkah yang perlu diambil bagi mencegahnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata peruntukan akan bertambah berikutan pro...
Prn Sabah Pembaziran Wang Kerana Shafie Gila Kuasa

Prn Sabah Pembaziran Wang Kerana Shafie Gila Kuasa

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 350 hits
DUN Sabah sudah pun dibubarkan oleh TYT Negeri Sabah atas desakan Shafie Apdal Shafie Apdal sudah maklum bahawa beliau tidak lagi mempunyai majoriti di Dun Sabah Sepatutnya TYT berjumpa pihak yang mempunyai majoriti dan membuat keputusan te...
Ppbm Jangan Gelojoh Umum Jumlah Kerusi Mahu Ditandingi Kata Umno Sabah

Ppbm Jangan Gelojoh Umum Jumlah Kerusi Mahu Ditandingi Kata Umno Sabah

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 310 hits
KOTA KINABALU Pengarah komunikasi Umno Sabah Ghazalie Ansing berkata parti itu tetap dengan pendirian untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi dan pernah ditandingi sebelum ini Selain itu katanya Umno Sabah juga...
Shafie Memilih Bubar Dun Minta Rakyat Sabah Putuskan Antara Dia Atau Musa

Shafie Memilih Bubar Dun Minta Rakyat Sabah Putuskan Antara Dia Atau Musa

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 306 hits
Ketua Menteri Sabah mengumumkan Yang Di Pertua Negeri Juhar Mahiruddin telah berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan Dalam sidang media hari ini Shafie berkata Juhar menyatakan perkenan...
Ppbm Willing To Settle For Fewer Seats In Sabah Concedes Party Sec Gen

Ppbm Willing To Settle For Fewer Seats In Sabah Concedes Party Sec Gen

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 337 hits
PPBM secretary general Hamzah Zainudin with Sabah PPBM leaders in Kota Kinabalu today KOTA KINABALU PPBM is willing to concede to a lower number of seats after announcing its intention to contest in 45 constituencies in the Sabah election i...
Parti Cinta Sabah Akan Bergerak Sendiri Hadapi Prn Kata Anifah

Parti Cinta Sabah Akan Bergerak Sendiri Hadapi Prn Kata Anifah

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 393 hits
Parti Cinta Sabah akan bergerak bersendirian dalam menghadapi pilihan raya negeri nanti dan bakal melancarkan manifestonya dalam tempoh terdekat kata Presidennya Datuk Seri Anifah Aman Beliau berkata parti itu sedang menentukan calon terbai...
Prn Sabah Bersatu Umum Tanding 45 Kerusi Umno Kata Jangan Mimpi

Prn Sabah Bersatu Umum Tanding 45 Kerusi Umno Kata Jangan Mimpi

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 465 hits
Hari ini Ketua PPBM Sabah berkata akan bertanding 45 kerusi dari 73 DUN yang bakal dipertandingkan pada Pilihanraya Negeri Sabah kelak Dua perkataan Jangan Mimpi Cadangan kepada PPBM Sabah Kalau nak bersahabat dengan UMNO buat cara bersahab...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya