Walaupun Darurat Parlimen Masih Berfungsi Hassan Karim



Kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung fungsi Parlimen yang digantung sepanjang proklamasi darurat yang diisytiharkan sejak 12 Januari lalu sehingga 1 Ogos ini diragukan.
Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, darurat tidak secara automatik menggantung Parlimen.
Berliau berhujah berdasarkan Perkara 150 (2B), menyatakan Parlimen boleh bersidang ketika Proklamasi Darurat berkuatkuasa. Begitu juga Perkara 150(3) menyatakan : “Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan,…” yang memberi makna Parlimen masih berfungsi.
“Saya ingin menyatakan adalah salah dan tidak berperlembagaan (unconstitutional) jika PM Muhyiddin Yassin menyatakan Parlimen Malaysia sekarang digantung kerana adanya Proklamasi Darurat berkuatkuasa mulai 11 Januari 2021.
“Dari perspektif undang-undang Proklamasi Darurat dan Penggantungan Parlimen adalah dua perkara yang berbeza.
“Yang di-Pertuan Agong telah bersetuju mengeluarkan satu Proklamasi Darurat di bawah Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan setelah berpuas hati dengan nasihat yang dikemukakan oleh Perdana Menteri dan Kabinet. Proklamasi Darurat hanya setakat itu sahaja, tidak menyentuh penggantungan Parlimen Malaysia.
“Tetapi untuk menggantung Parlimen, PM Muhyiddin mesti mengemukakan alasan-alasan yang khusus dan kukuh kepada yang di-Pertuan Agong mengapa Parlimen Malaysia sekarang perlu digantung. Muhyiddin telah gagal mengemukakan alasan-alasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Hujah Hassan diperkuatkan dengan duluan (presidence) perjalanan sidang Parlimen ketika dikuatkuasakan darurat ke seluruh negara sewaktu awal kemerdekaan. Kemudian tempoh darurat selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969 sehingga 2012.
“Sejarah perundangan negara menunjukkan dari tahun 1971 hingga tahun 2012 Malaysia mempunyai Empat (4) Proklamasi Darurat berkuatkuasa dengan sah dari segi undang-undang.
“Dalam tempoh 41 tahun itu Malaysia telah mengadakan 9 kali Pilihanraya Umum dan mempunyai 9 penggal Parlimen (dari Pilihan Raya Umum 1974 sehingga PRU 2008). Ini bermakna Parlimen wujud dan berfungsi sepanjang masa walaupun 4 Proklamasi Darurat tersebut tidak dicabut atau dimansuhkan.
“Selanjutnya, sejarah menunjukkan Parlimen hanya digantung pada tahun 1969 sehingga 1971 akibat Peristiwa 13 Mei 1969. Ketika itu Badan Separuh Tentera bernama Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang mentadbir Malaysia,” katanya.
Sedangkan, menurut Hassan, darurat yang diumumkan Muhyiddin dengan tegasnya hanya ‘darurat politik’ dan melibatkan kerajaan awam. Tiada campurtangan tentera dan pembentukan majlis pemerintahan baharu. Malah kabinet Muhyiddin tidak berubah dan tiada seorang menteri pun diganti.
“Fakta menyatakan dengan jelas Muhyiddin sendiri mengakui kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Kerajaan Darurat yang diketuainya ialah kerajaan awam bukannya kerajaan tentera. Badan Eksekutif yang mentadbir negara sekarang ialah Jemaah Menteri bukannya badan separuh tentera seperti MAGERAN.
“Jadi Parlimen Malaysia penggal Keempat belas hasil dari PRU 9 Mei 2018 tidak digantung. Ia masih sah berfungsi mengikut Perlembagaan Persekutuan.
“Justeru itu, Parlimen Malaysia mesti dipanggil bersidang seperti notis yang telah dikeluarkan sebelum ini iaitu Sidang Pembukaan Rasminya oleh Yang di-Pertuan Agong pada 8 Mac 2021 akan datang,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Hassan menegaskan tindakan Muhyiddin menggantung Parlimen Malaysia adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan. Ia mesti dicabar dan ditentang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31249

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Negara Mana Laksana Darurat Serta Gantung Sidang Parlimen Najib Tanya Tengku Zafrul

Negara Mana Laksana Darurat Serta Gantung Sidang Parlimen Najib Tanya Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 253 hits
PETALING JAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan Menteri Kewangan Datuk Tengku Zafrul Aziz supaya bersikap jujur susulan kenyataannya yang perisytiharan darurat mampu membantu memulihkan ekonomi negara Beliau dala...
Darurat Kerajaan Tidak Akan Mencampuri Urusan Mahkamah Badan Kehakiman Akan Terus Berfungsi Sepanjang Darurat

Darurat Kerajaan Tidak Akan Mencampuri Urusan Mahkamah Badan Kehakiman Akan Terus Berfungsi Sepanjang Darurat

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 284 hits
2 432 total views 2 432 views today Badan kehakiman akan dijamin terus berfungsi untuk menegakkan hukum dan keadilan sepanjang tempoh darurat dikuatkuasakan Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerajaan tidak akan mencampuri seb...
Parlimen Digantung Tiada Pru Semasa Darurat

Parlimen Digantung Tiada Pru Semasa Darurat

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 218 hits
Parlimen tidak akan bersidang dan tiada pilih raya umum akan diadakan semasa tempoh darurat kata perdana menteri Bagaimanapun badan kehakiman akan terus berfungsi seperti biasa Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara itu dalam pengumuman khasn...
Siapa Kata Dalam Darurat Boleh Ada Sidang Parlimen

Siapa Kata Dalam Darurat Boleh Ada Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 248 hits
Hanipa Maidin Maaf jebon yang tak pakar nak jawab hujah pakar perlembagaan Saya membaca in toto ulasan pakar perlembagaan ini mengenai darurat seperti yang dilapor media Bila saya baca saya dapati ulasan atau lebih tepat hujah beliau menyok...
Masih Positif C0vld Bekas Isteri Fizo Omar Mawar Karim Dedah Keadaan Terkini Dia Dan Anaknya

Masih Positif C0vld Bekas Isteri Fizo Omar Mawar Karim Dedah Keadaan Terkini Dia Dan Anaknya

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 273 hits
Bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar Mawar Karim mengharapkan yang terbaik untuk diri dan anaknya Wan Maryam 4 dalam melawan jangk1itan C0vld l9 yang mereka hadapi
Darurat Dan Parlimen Digantung Tidak Menghalang Perlantikan Pm Baru

Darurat Dan Parlimen Digantung Tidak Menghalang Perlantikan Pm Baru

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 204 hits
Sementara kita menjunjung kasih kepada Yang Dipertuan Agong atas perintah darurat yang diperkenankan baginda untuk dilaksanakan sejak semalam harus juga difahami ia dikuatkuasakan setelah mendapat nasihat daripada Muhyiddin Yassin selaku Pe...
Darurat Parlimen Tidak Akan Bersidang Pru Prn Dan Prk Tidak Akan Diadakan Semasa Darurat Berkuatkuasa

Darurat Parlimen Tidak Akan Bersidang Pru Prn Dan Prk Tidak Akan Diadakan Semasa Darurat Berkuatkuasa

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 233 hits
193 total views 193 views today Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Pengumuman Khas Darurat hari ini memaklumkan bahawa pilihan raya tidak akan diadakan sepanjang darurat berkuatkuasa Sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa Pilih...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas

Acara Harith Iskander Di Dewan Filharmonik Petronas Dibatal

Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya