Waktu Sesuai Buat Pap Smear


Tengah bulan hari tu, masa bawa si bongsu check-up umur 1 tahun aku kena buat pap smear. Salah sendiri jugak gatai pi tanya kat nurse pasal masa yang sesuai untuk buat pap smear lepas beranak. Hahahaha. Kan dah mendapat. Tetiba terpaksa rela serah diri bila nurse request untuk buat.
Sebenarnya ini adalah kali ke-3 aku buat pap smear setelah hampir 11 tahun berkahwin dan 5 kali beranak. Last buat masa tahun 2018, 5 tahun yang lalu. Jadi, takde la aku takut sangat pun masa tu sebab pernah merasa dah. Cuma tak bersedia je sebab tiba-tiba. Hihi. Kalau korang nak baca pengalaman kali pertama dan kedua aku buat pap smear, boleh baca entri aku yang ini : Sakit Ke Buat Pap Smear? 
Bila Waktu Yang Sesuai Buat Pap Smear? Mesti korang pun tertanya-tanya macam aku jugak pasal ni kan? Aku walaupun pernah dua kali merasa buat pap smear, masih samar-samar lagi sebenarnya pasal waktu yang sesuai buat pap smear ni. Sebab tu la yang aku gatai pi tanya kat nurse hari tu. 
Bila dah tanya, dia macam 'ayam pi tadah tengkuk sendiri nak kena sembelih' la ibaratnya. Memang takde can nak lari. Kira macam sendiri yang masuk perangkap. Hahaha. Adoi laaa. Sabar je la. Tapi itulah. Nak tak nak pun, memang aku kena buat jugak akhirnya demi kesihatan diri sendiri





So, bila waktu yang sesuai untuk buat pap smear? Jom aku kongsikan untuk 2 situasi

Jika Tak MengandungMenurut nurse yang aku tanya hari tu, selepas 14 hari datang haid yang hari pertama tu boleh dah buat. Dia tanya aku dah datang haid ke belum bulan ni. Aku cakap la belum lagi. Lepas bersalin tu memang tak datang haid lagi. Selalunya gitu la. Anak dah umur setahun lebih baru badan 'normal' balik kebiasaannya. Tu dia kata kalau macam tu, boleh sangat la buat dah

Kata dia, pap smear ni digalakkan untuk buat setahun sekali. Tapi seandainya result clean, boleh je skip buat 3 tahun sekali. Kalau tak mengandung la. Hihi

Selepas BersalinKalau selepas bersalin, seawal 6 minggu dah boleh buat dah. Kiranya dah habis tempoh pantang (44 hari) tu, elok sangat dah buat. Tu dia kata kat aku, kalau buat lepas pantang masa check up tu dah settle dah. Hahahaha. Dia taktau aku ni penakut. Masa check up jahitan pun aku mengelat kata suami dah cuci dan check. Wakaka. Tapi memang betul la pun. Encik CH dah tolong cuci dan tengokkan luka dan benang jahitan

Lagipun masa tu aku nyilu lagi. Memang tak bersedia la nak buat pap smear seawal tu lepas bersalin. Huhu

Syarat Nak Buat Pap SmearOh ya. Nak buat pap smear ni ada syarat dia tau. Tak boleh main terjah je jugak

Macam aku hari tu ada jugak nurse tanya, ada bersama dengan suami tak sebelum dia offer buat tu. Walaupun malu tapi kena la jujur. Mujur jugak la memang aku takde buat 'senaman berjemaah' dengan encik CH. Sebab nak buat pap smear ni kena elakkan hubungan kasih sayang dengan kekasih halal at least sehari a.k.a 24 jam. Paling elok 2 hari la. Yang ni aku tak pasti sebab apa. Dah itu syaratnya, jadi ikutkan je la. Mungkin juga sebab takmau ada kehadiran cecair lain di pangkal rahim kot. Takut result tak tepat agaknya. Entah. Rasanya gitu la

Lagi satu, tak boleh masa sedang datang haid. Sebab tu nurse tanya juga pasal aku dah datang haid ke belum tu. 
Lepas tu hasil pembacaan aku, tak boleh buat pap smear kalau sebelum tu korang dah put something into your vagina. Contohnya macam maajun ketat-ketat tu. Ataupun korang gatei pi buat douching ke apa tah nama dia. Yang cuci bahagian dalam vagina tu. By the way, aku nak nasihatkan korang janganlah buat semua tu ye. It's not good actually for your vagina health. Kita punya private part ni ada sistem dia sendiri dah untuk pastikan dia sihat. Andainya korang rasa ada yang tak kena, please jumpa doktor ya. 

Kat Mana Nak Buat Pap Smear?
So, kat mana boleh buat pap smear ni? Ikut keselesaan poket dan juga pilihan korang sendiri la. Kalau aku selesa kat Klinik Kesihatan kerajaan je. Sebab yang buatnya nurse a.k.a perempuan. Lagipun RM1 je kena bayar. Lengkap semua. Dari ambil sample sampai la ke makmal untuk ujian dan dapatkan result. Cuma lambat la sikit nak dapat result. 
Kalau kat klinik swasta mahal la sikit bayaran. Aku tak pasti berapa. Mungkin ratus jugak kot. Sebab sample tu akan dihantar ke makmal swasta juga yang ada bayarannya. Result mungkin boleh dapat cepat. Itu kelebihan buat rawatan kat swasta. Cuma yang buatkan tu aku tak pasti la doktor atau pembantu dia. Rasanya mesti la doktor kan? Kena kat doktor lelaki sebab time tu takde doktor perempuan jenuh jugak. Melainkan buat appointment awal. Hihi. 
Info-info yang lain pasal pap smear aku dah pernah kongsi kat artikel pengalaman pertama dan kedua aku buat pap smear. Link ada aku kongsi kat bahagian atas artikel ni. Rerajin la korang klik untuk baca okay

Bisik-bisik :: Korang dah berapa kali buat pap smear? 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2024/02/waktu-sesuai-buat-pap-smear.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asid Folik Bila Waktu Sesuai Nak Makan Ini Fakta Mama Mesti Ambil Tahu

Asid Folik Bila Waktu Sesuai Nak Makan Ini Fakta Mama Mesti Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 267 hits
Asid folik penting untuk membantu mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin termasuk tiub saraf Asid folik adalah suplemen vitamin B yang perlu diambil oleh wanita yang ingin hamil dan juga ketika hamil Asid folik membantu badan untuk ...
Gaya Amp Suara Dah Ada Ni Gaya Percakapan Dipuji Netizen Rasa Syamimia Sesuai Jadi Pengacara

Gaya Amp Suara Dah Ada Ni Gaya Percakapan Dipuji Netizen Rasa Syamimia Sesuai Jadi Pengacara

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 114 hits
Sejak pempengaruh popular Syamimia membuat video memilih untuk tidak berkongsi tentang isu Palestin Israel di laman media sosialnya boleh dikatakan reputasi sebagai seorang influencer telah tercemar Dipuji 8216 soft spoken 8217 Syamimia ada...
Polri Bersiap Tugas Di Ikn Gunakan Teknologi Sesuai Konsep Wilayah

Polri Bersiap Tugas Di Ikn Gunakan Teknologi Sesuai Konsep Wilayah

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 106 hits
Kehadiran polisi yang bertugas dengan menyesuaikan perkembangan teknologi diyakini dapat memaksimalkan pelayanan masyarakat
Umur Dua Tahun Masa Sesuai Ajar Anak Solat Ini Tip Mudah Berkesan

Umur Dua Tahun Masa Sesuai Ajar Anak Solat Ini Tip Mudah Berkesan

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 182 hits
Melentur buluh biarlah dari rebungnya Ketika anak masih kecillah mereka patut dididik dalam segala hal bukan ketika mereka sudah besar dan mula memahami keadaan disekelilingnya Antara perkara yang mak ayah boleh mulakan sejak anak kecil lag...
Muka Senang Naik Jerawat Ini Antara Bahan Diuji Dermatologi Yang Sesuai Merawat Kulit

Muka Senang Naik Jerawat Ini Antara Bahan Diuji Dermatologi Yang Sesuai Merawat Kulit

papar berkaitan - pada 24/2/2024 - jumlah : 206 hits
Antara masalah kulit yang agak sukar untuk dibendung adalah masalah jerawat mudah naik atau acne prone Walaupun telah cuba pelbagai cara untuk menjaga kulit dengan baik namun jerawat makin cepat naik dan mudah tumbuh disebabkan oleh beberap...
Ada Dugaan Penggelembungan Suara Di Bogor Bawaslu Minta Kpu Perbaiki Sesuai C Hasil

Ada Dugaan Penggelembungan Suara Di Bogor Bawaslu Minta Kpu Perbaiki Sesuai C Hasil

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 153 hits
Bagja menyebut biasanya dugaan penggelembungan suara terjadi dalam pemilihan anggota legislatif termasuk DPRD
Elak Label Anak Dengan Kata Negatif 3 Trik Guna Ayat Sesuai Mama Kena Tahu

Elak Label Anak Dengan Kata Negatif 3 Trik Guna Ayat Sesuai Mama Kena Tahu

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 234 hits
Tanpa kita sedar kita terdorong untuk melabelkan anak anak Kata kata seperti anak nakal anak lasak anak lambat dan sebagainya semuanya datangnya daripada mulut kita sendiri Bukan dari orang lain Tidak mengira anak remaja atau anak yang masi...
Asuransi Jiwa Syariah Solusi Keuangan Keluarga Yang Sesuai Dengan Prinsip Islam

Asuransi Jiwa Syariah Solusi Keuangan Keluarga Yang Sesuai Dengan Prinsip Islam

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 302 hits
Asuransi merupakan mekanisme perlindungan finansial yang memberikan jaminan atas risiko risiko tertentu dengan membayar premi Semua mekanisme tersebut dituangkan dalam surat perjanjian yang sering disebut sebagai polis asuransi Pihak yang m...
Khidmat Upah Buat Website Kenali 4 Jenis Website Yang Sesuai Untuk Bisnes Anda

Khidmat Upah Buat Website Kenali 4 Jenis Website Yang Sesuai Untuk Bisnes Anda

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 332 hits
Mengambil upah buat website merupakan perkara biasa dilakukan oleh kebanyakkan bisnes owner Bukan mudah ya sebenarnya hendak membuat website sendiri lagi lagi jika anda hendak membuat website jualan produk Setiap kali customer request untuk...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat