Umur Dua Tahun Masa Sesuai Ajar Anak Solat Ini Tip Mudah Berkesan


Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ketika anak masih kecillah mereka patut dididik dalam segala hal, bukan ketika mereka sudah besar dan mula memahami keadaan disekelilingnya.
Antara perkara yang mak ayah boleh mulakan sejak anak kecil lagi adalah mendidik anak bersolat. Perkongsian ibu ini, Dr. Farhuda Zulaikha yang mendidik anak-anak kecilnya bersolat boleh dijadikan contoh dan panduan untuk kita sama-sama mendidik anak kita bersolat.

Tak susah pun nak ajar anak-anak solat sejak kecil. Yang penting ibu ayah pun perlulah menitik beratkan hal solat masing-masing. Ini antara TIPS mudah ajar anak-anak solat.
1. Solat ibu ayah perlulah awal waktu, tunjukkan bahawa solat itu penting untuk kita dahulukan.
2. Sebaiknya solat di depan anak-anak sejak mereka bayi lagi. Walaupun ada anak kecil atau bayi, usahalah untuk solat berjemaah suami isteri. Letakkan bayi di sebelah kalian. Jika dia sudah pandai merangkak atau berjalan, pastikan keadaan sekitar tidak merbahaya sebelum kalian mulakan solat.
Ye mungkin kadangkala mereka akan memanjat, masuk dalam kain dan sebagainya. Itu fitrah mereka. Segala itu akan menjadi kenangan nanti. Bukankah cucu Rasulullah pun memanjat baginda ketika bersolat?

3. Lagi bagus jika ada ruang khas solat di rumah. Boleh jadi bilik khas mahupun sekadar suatu sudut khas. Pastikan keadaan kawasan berkenaan bersih dan jauh dari bunyi bising. Jika bersolat di ruang tamu, ajarkan anak-anak bahawa tv perlu ditutup atau dihentikan ketika waktu solat.
4.Jika ayah tiada di rumah, ibu harus memainkan peranan untuk ajak anak solat bersama. Jika ibu ‘cuti’ pastikan anak-anak tetap disuruh bersolat.

5. Sekiranya ada anak-anak yang baru sahaja melelapkan mata apabila tiba waktu solat, pastikan sebaik sahaja mereka bangun mereka harus solat biarpun telah melepasi waktu. Ajarkan yang solat itu wajib. Apabila sudah boleh berfikir, ajarkan apa itu solat qada’ dan juga masbu’.
6. Ayah perlu baca surah kuat-kuat, tertib dan tartil. Biar dapat didengari anak sepatah-demi sepatah. InsyaAllah mereka boleh menghafal surah dengan hanya mendengar bacaan kita setiap hari.
7. Ajarkan mereka perlahan-lahan. Tidak perlu tunggu mereka pandai semua rukun baru nak suruh solat. Biarkan mereka bersolat walupun sekadar meniru pergerakan dalam solat. Walaupun ada yang kejap meniarap, kejap menonggeng, kejap pandang belakang. Semakin besar nanti ajarlah mereka apa itu rukun solat, apa yang tidak boleh dilakukan.

8. Ajarkan wudhu’ bila mereka sudah faham. Awal-awal belajar solat itu wudhu’ boleh diajar kemudian. Kalau tidak, jenuh juga bertukar baju yang lencun nanti bila yang umur 3 tahun ambil wudhu’. Slowly but surely.
9. Didik dan semailah dalam jiwa mereka kenapa kita perlu melaksanakan solat. Ajarkan berapakah solat wajib yang perlu dilaksanakan. Berapa rakaatkah setiap solat. Apakah tanda masuknya waktu solat.
10. Ibu ayah, jika boleh solatlah berjemaah. Selain pahalanya berganda-ganda, anak-anak juga akan lebih excited jika mereka memerhatikan semua perkara kita buat bersama-sama. Berjemaahlah sekalipun hari itu kita tengah berkecil hati/ salah faham/ berperang dunia dengan pasangan kita. InsyaAllah akan sejuk selepas itu.
11. Sediakan sejadah peribadi milik mereka setiap satunya. Sekarang ini pelbagai jenis sejadah moden yang dijual. Ada juga yang specially designed untuk kanak-kanak dengan gambar kartun dengan saiz yang lebih kecil.
Kami membelikan sejadah kecil begini untuk mereka. Sejadah-sejadah ini dibeli ketika masih kecil, kebetulan pula warna-warna itu bertepatan dengan warna character kartun PJ Mask dengan Owlette (merah), Geko (hijau), Catboy (biru). Rehal pun beli warna yang sama.
12. Reward system. Ketika mereka masih kecil, boleh galakkan mereka untuk solat dengan sistem reward menggunakan sticker. Tampalkan sticker pada board peribadi mereka. It may look for fun but it works.

13. Beri peluang kepada anak-anak kecil untuk mengetuai bacaan doa. Usai doa abah yang panjang, minta merela mengetuai bacaan doa ringkas sambil kita turut menadah tangan. Contoh doa yang paling mudah adalah doa ibu bapa. Si anak bujang boleh diberi mandat untuk Iqamah.
Tidak lupa ajak juga anak – anak untuk membaca alFatihah untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Semoga mereka istiqamah melakukan perkara yang sama apabila kita meninggal kelak.
14. Apabila tiba sahaja waktu untuk solat, boleh minta abah yang garang bagi hint : Whudu’!! Maka akan bertempiaran larilah yang si besar-besar untuk segera ambil wudhu’ meninggalkan apa yang sedang mereka kerjakan.

15. Solat tidak boleh tinggal langsung. Jika di rumah solat lima waktu ajarkan juga mereka bahawa sama juga jika balik kampung atau semasa jalan-jalan. Tiada pengecualian.
16.Akhir sekali, tunggulah mereka di atas tikar sejadah sebelum kalian mengangkat takbir. Pastikan semua orang bersedia sepenuhnya barulah mereka bersemangat solat bersama dan tanda kita mahu mereka bersama-sama menghayati solat.
Marilah melentur buluh dari rebungnya. Children won’t follow your orders, they imitate you.
Dr. Farhuda
Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!

BK Solat Kembali lagi. Sambut bulan Ramadan dengan persiapan yang sempurna di Kem Solat kami!
Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut di 019 622 2989 atau boleh daftar terus di
https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
 
The post Umur Dua Tahun Masa Sesuai Ajar Anak Solat, Ini Tip Mudah & Berkesan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/umur-dua-tahun-masa-sesuai-ajar-anak-solat-ini-tip-mudah-berkesan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Masa Dua Tahun Sebab Kilang Kita Netizen Persoal Tiada Sijil Halal Khairul Aming Tampil Terjelas Hal Sebenar

Makan Masa Dua Tahun Sebab Kilang Kita Netizen Persoal Tiada Sijil Halal Khairul Aming Tampil Terjelas Hal Sebenar

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 151 hits
Setiap produk yang diambil oleh masyarakat Muslim perlulah ada pengiktirafan halal daripada pihak berkuasa Seperti baru baru ini ada sesetengah netizen yang mempersoal pergiktirafan halal pada produk produk pempengaruh terkenal Khairul Amin...
Bapa Usia 70 Tahun Terpaksa Jadi Food Rider 12 Jam Sehari Untuk Tanggung Dua Anak Lelaki Menganggur

Bapa Usia 70 Tahun Terpaksa Jadi Food Rider 12 Jam Sehari Untuk Tanggung Dua Anak Lelaki Menganggur

papar berkaitan - pada 24/2/2024 - jumlah : 154 hits
Baru baru ini kisah seorang warga emas berusia 70 tahun yang diterbitkan oleh sebuah portal media popular meraih perhatian ramai di media sosial Menerusi laporan itu warga emas bernama Zakaria Abdul Wahab itu mendedahkan dia masih bekerja s...
Pengasuh 59 Tahun Amp Tiga Anak Asuhan Diceroboh Dua Perompak Harta Peribadi Bernilai Lebih Rm55k Lesap

Pengasuh 59 Tahun Amp Tiga Anak Asuhan Diceroboh Dua Perompak Harta Peribadi Bernilai Lebih Rm55k Lesap

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 181 hits
Terjadi pada 21 Februari seorang pengasuh wanita yang sedang menjaga tiga anak asuhannya telah dikejutkan apabila mereka berdepan dengan dua orang penceroboh yang memasuki rumahnya secara tiba tiba Bawa senjata parang amp kayu Menurut Ketua...
Janna Nick Antara Pejuang Dua Garis Ini Tip Tenangkan Diri Bersama Pasangan Dalam Usaha Timang Cahaya Mata

Janna Nick Antara Pejuang Dua Garis Ini Tip Tenangkan Diri Bersama Pasangan Dalam Usaha Timang Cahaya Mata

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 184 hits
merupakan pasangan yang sedang menantikan Pelbagai cara sudah dilakukan namun pejuang dua garis masih juga gagal mendapatkan Antara selebriti yang sedang berusaha untuk menimang cahaya mata ialah dan pasangannya Janna Nick Antara Pejuang Du...
Ini Jalan Terbaik Buat Kami Neelofa Hentikan Penjualan Inai Nunha Serta Merta Setelah Dua Tahun

Ini Jalan Terbaik Buat Kami Neelofa Hentikan Penjualan Inai Nunha Serta Merta Setelah Dua Tahun

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 126 hits
Pelakon dan usahawan Neelofa memaklumkan bahawa perniagaan kecantikan inai keluaran syarikatnya telah dihentikan serta merta Perkara itu dimaklumkan Neelofa menerusi satu hantaran di Instagram di mana dia mengumumkan bahawa pihaknya tidak a...
Wanita Dua Anak Ditemukan Mati Tergantung Di Kipas

Wanita Dua Anak Ditemukan Mati Tergantung Di Kipas

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 121 hits
Polis menahan seorang juruteknik berusia lingkungan 30an bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat isterinya dan dua anak perempuan tergantung di kipas dalam sebuah rumah di Lenggeng Nilai semalam Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Mal...
Anak Nak Masuk Darjah 1 Tahun Depan Persiapkan 3 Perkara Ni

Anak Nak Masuk Darjah 1 Tahun Depan Persiapkan 3 Perkara Ni

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 141 hits
Bukan hanya sekadar persiapan peralatan dan kelengkapan lain perkara paling penting adalah mempersiapkan anak kita yang bakal bersekolah dengan pengurusan diri yang tepat Menurut perkongsian Dr Kamarul Ariffin Noor Sadan pentingnya untuk me...
Tahun Ni Raya Bahagi Dua Madu Marissa Dania Luah Raya 2024 Lebih Mencabar Dari 2023

Tahun Ni Raya Bahagi Dua Madu Marissa Dania Luah Raya 2024 Lebih Mencabar Dari 2023

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 171 hits
Isu mengenai model dan pempengaruh Marissa Dania yang dikhabarkan sudah berkahwin di Songkhla Thailand bersama teman lelaki Aslam yang juga memegang status suami buat wanita bernama Misya hingga ke hari ini masih menjadi perhatian Raya 2024...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp