Waktu Sebenar Solat Sunat Isyraq



Soalan:
Bilakah waktu sebenar solat sunat Isyraq?

Jawapan:
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya apabila telah selesai melaksanakan solat Subuh berjemaah supaya duduk berzikir kepada Allah SWT sehinggalah matahari naik, kemudian mengerjakan solat sunat dua rakaat. Rasulullah SAW menyatakan pahala yang besar bagi sesiapa yang melaksanakan ibadah tersebut, Baginda SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِى جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ
“Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (solat sunat Isyraq), maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna, sempurna, sempurna.” [Riwayat al-Tirmidzi dan al-Tabrani: 586]

Ibnu ‘Abbas menamakan solat Dhuha yang dilakukan pada awal waktu tersebut sebagai solat Isyraq. Ia dinamakan dengan nama tersebut kerana ia didirikan selepas waktu Syuruk iaitu waktu matahari sedang terbit. Namun begitu, walaupun solat Isyraq adalah solat yang dilakukan pada waktu solat Dhuha, terdapat beberapa perbezaan di antara solat Isyraq dan solat Dhuha. (Rujuk Bughyat al-Muthatawwi’ fi Solaat al-Tathawwu’: 58-59)

Perbezaan tersebut adalah seperti berikut:

Waktu solat Isyraq ialah solat Dhuha yang dilaksanakan pada awal waktunya. Ini kerana waktu solat sunat Dhuha bermula dari terbitnya matahari sehinggalah sebelum matahari tegak di atas kepala. Justeru itu, solat Isyraq bermula setelah matahari naik pada kadar segalah iaitu lebih kurang 1.5 meter atau kira-kira 12-15 minit selepas matahari terbit. (Rujuk Bughyat al-Muthatawwi’ fi Solaat al-Tathawwu’: 58)Disamping itu, untuk mendapatkan fadhilat solat Isyraq yang disebutkan di dalam hadith, disyaratkan juga untuk seseorang itu berjemaah pada waktu Subuh di masjid dan hendaklah dia kekal duduk berzikir di sana, kemudian barulah dia mendirikan solat tersebut. Manakala, fadhilat solat Dhuha boleh didapati dengan dilakukan dalam waktunya.Waktu Solat Dhuha pula bermula daripada terbitnya matahari (selepas waktu syuruk) sehingga sebelum tergelincir matahari (Rujuk Bughyat al-Muthatawwi’ fi Solaat al-Tathawwu’: 60). Manakala, waktu terbaik untuk solat Dhuha ialah ketika pasir menjadi panas disebabkan matahari sudah mulai terpancar terik. Solat Dhuha yang dilakukan pada waktu ini disebut sebagai solat Awwabin. Ini berdasarkan hadis:

صَلَاةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمِضُ الفِصَالُ
“Solat Awwabin ialah solat yang dilakukan ketika pasir (di tanah lapang) menjadi panas (kerana matahari sudah terik).” [Riwayat Muslim : 1238]


Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua rakaat paling sedikit, kemudian seterusnya empat, enam, lapan sehingga dua belas rakaat paling banyak. Manakala solat Isyraq hanya dilakukan sebanyak dua rakaat sahaja.Solat sunat Isyraq tidak boleh diqadha jika sekiranya terlepas waktunya. Jika ia dikerjakan selepas dari waktu solat Isyraq itu, maka ia dikira sebagai solat Dhuha dan bukan solat Isyraq.
Kesimpulan

Berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyimpulkan bahawa solat Isyraq ialah solat Dhuha yang dilakukan pada awal waktunya. Waktu solat Isyraq ini bermula daripada kadar matahari naik segalah iaitu bersamaan dengan kira-kira 15 minit dari bermulanya waktu Syuruk.

Di samping itu juga, kami menggalakkan supaya para jemaah setelah selesai melaksanakan solat Subuh secara berjemaah di masjid supaya duduk beriktikaf sebentar di masjid atau surau dengan mengisinya dengan berzikir kepada Allah SWT. Kemudian, diikuti pula dengan solat sunat 2 rakaat pada waktu Isyraq. Namun, bagi sesiapa yang bekerja dan mempunyai urusan yang memerlukan dia keluar daripada masjid, maka tidak mengapa untuk melaksanakan solat Isyraq di mana-mana sekalipun. Moga-moga dengan kita melakukannya, kita mendapat fadhilat dan ganjaran pahala daripada Allah SWT tersebut.

Semoga Allah SWT memberi kefahaman yang sahih terhadap agama serta memberi taufiq dan hidayah kepada kita untuk melaksanakan amal ibadat dengan ikhlas kepadanya. Amin. Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/waktu-sebenar-solat-sunat-isyraq.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramadhan Day 1 Menangis Waktu Solat Terawih

Ramadhan Day 1 Menangis Waktu Solat Terawih

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 553 hits
As Salam Ramadhan Day 1 Menangis Waktu Solat Terawih Haih Ini kisah anak bujangku yang baru sahaja berusia 8 tahun Malam semalam saya dan Encik Suami bawa semua bala tentera ke masjid berhampiran rumah untuk menunaikan Solat Isyak dan seter...
Panduan Takbir Raya Solat Sunat Raya Aidilfitri

Panduan Takbir Raya Solat Sunat Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 1184 hits
Bagaimana takbir raya dan mengerjakan solat sunat Aidilfitri Ini adalah panduan mudah untuk melakukan solat sunat Aidilfitri dan melaungkan takbir raya Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringk...
20 Rakaat Dalam 7 Minit Solat Sunat Tarawih Kilat Sah Di Indonesia

20 Rakaat Dalam 7 Minit Solat Sunat Tarawih Kilat Sah Di Indonesia

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 498 hits
20 rakaat dalam 7 minit solat sunat Tarawih kilat sah di Indonesia Laporan agensi berita Liputan6 yang merakamkan situasi solat Tarawih kilat di Masjid Padepokan Al Busthomi di Cirebon
Solat Sunat Tarawih Di Rumah Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Solat Sunat Tarawih Di Rumah Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 483 hits
Setiap kali tibanya Ramadhan ibadah yang paling dinantikan ialah Solat Sunat Tarawih Pergelutan masa dan keadaan menyebabkan tidak semua orang dapat menunaikan solat dalam waktu yang sepatutnya Jadi ada yang memilih melakukan solat di rumah...
Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Solat Sunat Tahiyatul Masjid

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 975 hits
Bagaimana melakukan solat sunat tahiyatul masjid Solat tahiyatul masjid adalah solat sunat memuliakan masjid dan sangat digalakkan Islam Oleh itu artikel ini akan membimbing anda melaksanakan solat sunat ini secara mudah langkah demi langka...
Viral Anda Adalah Hero Foto Abang Bomba Buka Puasa Solat Tepi Jalan Buat Netizen Kagum

Viral Anda Adalah Hero Foto Abang Bomba Buka Puasa Solat Tepi Jalan Buat Netizen Kagum

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 558 hits
Anda adalah hero Foto abang bomba buka puasa solat tepi jalan buat netizen kagum Sekumpulan anggota bomba berbuka puasa dan bersolat di tepi jalan ketika sedang bertugas memadam kebakaran TAKTALA kita berbuka puasa dalam keadaan selesa di r...
Cara Solat Witir Rumi Jawi Selepas Terawih

Cara Solat Witir Rumi Jawi Selepas Terawih

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 3173 hits
Ini merupakan cara dan bagaimana mengerjakan solat sunat witir Cara Solat Witir Tarawih Kebiasaan umum umat islam di bulan Ramadhan akan melakukan solat sunat witir apabila selesai mengerjakan solat Untuk mengerjakan solat witir ada dua car...
Hiburan Hei Betina Berhenti Malukan Keluarga Amp Suami Sedar Sikit Kau Tu P Lacur Berstatus Datin Nabila Huda

Titan A Roaring Nitrous Boosted Bmw R 1300 R Built In House

Tarif Us Malaysia Mulai 1 Ogos 2025 Kadar Impaknya

Cure For Malaysia S Generational Judicial Curse

Hiburan Lebih 82 000 Petugas Kesihatan Kkm Dikecualikan Waktu Kerja Syif 45 Jam Seminggu

Breathing Easier How Smart Sensors Stop Vaping In Schools

Kedah Fashion Week 2025 1 3 Ogos 2025 Bertemakan Berlian Di Aman Central Alor Setar

Serlahkan Acara Anda Dengan Mascot Costumes Yang Unik Dan Menarik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Langgan Starlink Di Malaysia Panduan Lengkap 2025

Cara Mudah Lafaz Dan Niat Solat Sunat Taubat

7 Cara Penjagaan Luka C Zer Selepas Bersalin Secara Pembedahan

Bila Mula Membaca Keajaiban Taqwa

Perspektif Dan Solusi

Sains Cern Temui Dua Pecahan Misteri Partikel Tuhan Yang Sukar Dikesan