Panduan Takbir Raya Solat Sunat Raya Aidilfitri


Bagaimana takbir raya dan mengerjakan solat sunat Aidilfitri?
Ini adalah panduan mudah untuk melakukan solat sunat Aidilfitri dan melaungkan takbir raya.
Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.
Apa yang menarik:
Panduan ini juga dipermudahkan dengan bacaan bahasa rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.
Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini..

Panduan ini mengandungi perkara berikut: Pengenalan Lafaz takbir raya Lafaz niat solat sunat Aidilfitri Jumlah rakaat Cara mengerjakannya Penutup  
Pengenalan Hari raya dalam Islam adalah hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha.
Kemuncak sambutan hari raya adalah solat sunat hari raya pada paginya.
Hukum solat sunat hari raya adalah sunat muakkad iaitu solat sunat yang sangat dituntut melaksanakannya. Solat sunat hari raya dilaksanakan secara berjamaah dan menjadi syiar untuk agama Islam.
Waktu bagi solat sunat raya aidilfitri ialah sesudah terbit matahari, lebih kurang jam 8.00 pagi waktu Malaysia sehinggalah kepada sebelum masuk waktu zohor.
Di pagi hari raya disunatkan kita mandi sunat hari raya sebelum ke masjid.
Lafaz niat mandi sunat hari raya Aidilfitri adalah:
Nawaitul ghusla li idilfitri sunnatan lillahi taala Maksudnya:
Sahaja aku mandi sunat hari raya Aidilfitri kerana Allah Taala.
Apabila sampai di masjid, sebelum duduk, laksanakan solat sunat tahiyyatul masjid.
 
Lafaz Takbir Hari Raya Bertakbir disunatkan bermula daripada tenggelam matahari pada malam hari raya hingga imam bertakbiratulihram untuk solat sunat hari raya.
Lafaz takbir raya adalah seperti berikut:

Allahu akbar
Allahu akbar
Allahu akbar
Allahu akbar kabiiraa
Walhamdulillaahi katsiiraa
Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa
Laa ilaaha illallallahu
walaa na’budu illaa iyyaahu mukhlishiina lahuddiin
Walau karihal kaafiruun
Laa ilaaha illallallahu wahdah
sadaqa wa’dah
wanashara ‘abdah
wa a’azza jundahu
wahazamal ahzaaba wahdah
Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar
Allaahu akbar walillaahil hamd’
Maksudnya:
Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar,
Tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan Allah yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar dan untuk Allah segala pujian.
Allah itu Maha Besar sebesar-besarnya, dan segala kepujian kepunyaan Allah sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah pagi dan petang.
Tiada Tuhan melainkan Allah. Tidak kami sembah melainkan kepada-Nya. Kami dengan penuh keikhlasan melaksanakan agama-Nya, walaupun orang-orang kafir membencinya.
Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah Yang Maha Esa. Dia membenarkan janji-janjiNya, menolong hambaNya dan menguatkan tenteraNya dan menghancurkan kumpulan-kumpulan musuh.
Tiada Tuhan melainkan Allah. Dan Allah itu Maha Besar, Allah itu Maha Besar dan untuk-Nya segala pujian.
 
Lafaz Niat Solat Sunat Raya Setelah tiba waktu untuk mendirikan solat sunat Aidilfitri, mulakan solat dengan lafaz niat:
Usolli sunnatan li idilfitri rak’ataini makmuman lillahi taala Maksudnya:
Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
 
Jumlah Rakaat Jumlah rakaat bagi solat sunat Aidilfitri adalah dua rakaat sahaja.
 
Cara Mengerjakannya Rakaat Pertama 1. Dimulai dengan takbiratulihram.
2. Membaca doa Iftitah. Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin 3. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak tujuh kali yang diselang-seli dengan bacaan tasbih. (Takbir tujuh kali dan tasbih enam kali). Bacaan tasbih diantara takbir adalah seperti berikut:
Subhanallah walhamdulillah wala ilaaha illallahu wallahu akbar wala haulawala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adzim Maksudnya:
Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
4. Membaca surah al-Fatihah sesudah imam selesai membaca al-Fatihah. 5. Membaca ayat daripada surah al-Quran seperti surah al-A’la (atau surah yang lain) 6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.  
Rakaat Kedua 1.  Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
2. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak lima kali yang diselang-seli dengan bacaan tasbih. (Takbir lima kali dan tasbih empat kali). 3. Membaca surah al-Fatihah sesudah imam selesai membaca al-Fatihah. 4. Membaca surah daripada surah al-Quran seperti surah al-Ghasyiyah (atau surah yang lain). 5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama. 6. Memberi salam. Sesudah salam, akan dibacakan dua khutbah oleh Khatib. Para jemaah hendaklah mendengar dengan penuh perhatian dan diam.
 
Penutup: Marilah Berhari Raya Seperti Orang Beriman Pada pagi hari raya, orang yang beriman akan mandi dan memakai pakaian yang serba baharu atau yang bersih dan indah.
Mereka akan pergi ke masjid melalui satu jalan dan pulang melalui jalan yang lain, dengan tujuan dapat bertemu lebih ramai sahabat  handai dan saudara sesama Islam.
Mereka akan mengucapkan Salam Aidilfitri sambil berbalas-balas senyuman, ucapan tahniah dan sama-sama menyatakan rasa syukur kepada Allah atas petunjuk dan hidayah-Nya sehingga mampu menjalani ibadah puasa dengan sempurna.
Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda.
The post Panduan Takbir Raya & Solat Sunat Raya Aidilfitri appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/takbir-raya-solat-sunat-aidilfitri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Riang Ria Raya Di Jasons Food Hall Dengan Pelbagai Barangan Ekslusif Sempena Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Riang Ria Raya Di Jasons Food Hall Dengan Pelbagai Barangan Ekslusif Sempena Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 559 hits
Tak lama lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri sekarang ini mungkin ramai yang sudah melakukan pelbagai persiapan untuk memeriahkan lagi sambutan Syawal Mestilah kena lebih gempak dan best tahun ini Membeli belah sebelum Hari Raya ...
20 Rakaat Dalam 7 Minit Solat Sunat Tarawih Kilat Sah Di Indonesia

20 Rakaat Dalam 7 Minit Solat Sunat Tarawih Kilat Sah Di Indonesia

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 430 hits
20 rakaat dalam 7 minit solat sunat Tarawih kilat sah di Indonesia Laporan agensi berita Liputan6 yang merakamkan situasi solat Tarawih kilat di Masjid Padepokan Al Busthomi di Cirebon
Solat Sunat Tarawih Di Rumah Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Solat Sunat Tarawih Di Rumah Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 426 hits
Setiap kali tibanya Ramadhan ibadah yang paling dinantikan ialah Solat Sunat Tarawih Pergelutan masa dan keadaan menyebabkan tidak semua orang dapat menunaikan solat dalam waktu yang sepatutnya Jadi ada yang memilih melakukan solat di rumah...
Masih Keliru Ini Penjelasan Cuti Sekolah Cuti Hari Raya Aidilfitri 2019

Masih Keliru Ini Penjelasan Cuti Sekolah Cuti Hari Raya Aidilfitri 2019

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 1711 hits
KUALA LUMPUR Masih terdapat kekeliruan berhubung tarikh cuti persekolahan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini Bagi negeri Johor Kedah Kelantan dan Terengganu cuti sekolah pertengahan tahun jatuh pada 24 Mei 2019 hingga 8 Jun 2019 Manakala ba...
Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Solat Sunat Tahiyatul Masjid

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 932 hits
Bagaimana melakukan solat sunat tahiyatul masjid Solat tahiyatul masjid adalah solat sunat memuliakan masjid dan sangat digalakkan Islam Oleh itu artikel ini akan membimbing anda melaksanakan solat sunat ini secara mudah langkah demi langka...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza