Kisah Seram Jururawat Di Hospital Lembah Kelang




Assalamualaikum dan salam sejahtera



Kembali lagi dalam rancangan kisah seram hari ini. Sudah lama rasanya aku tak kongsikan kisah seram dengan anda semua. Kisah untuk kali ini adalah berkenaan situasi dan keadaan di sebuah hospital. Anda pernah mengalami situasi seram di hospital? Hospital sememangnya mempunyai tarikan untuk kisah seram berlaku

Jom kita baca

...........................................

Kira-kira sepuluh tahun yang lalu, bapa kepada seorang sahabat saya yang bernama Anis, menjalani satu pembedahan bypass, di sebuah hospital pakar yang terkenal di Lembah Klang. Syukur alhamdulillah, pembedahan bapa sahabat saya itu berjalan dengan lancar. Hari demi hari berlalu, keadaan bapanya beransur-ansur baik

Saudara-mara dan sahabat handainya ramai yang datang melawat. Jururawat dan doktor juga memberikan perhatian serta layanan yang baik. Salah seorang daripada mereka ialah Tiara, jururawat muda yang ditugaskan untuk memantau keadaan kesihatannya

Setiap malam, Tiara pasti datang membetulkan selimutnya, bertanya khabar serta bersembang. Dan yang paling “istimewa”, Tiara kenal setiap orang yang datang menziarahi bapa sahabat saya itu. Cara Tiara bercerita menunjukkan dia kenal benar dengan datuk, bapa saudara, ibu saudara serta saudara-mara bapa Anis

Layanan yang baik dan keramahan jururawat muda itu memang dipuji. Cuma bapa sahabat saya itu berasa agak pelik, macam mana Tiara boleh mengenali saudara-maranya? Adakah Tiara mempunyai kaitan darah dengan dirinya? Anak saudara, atau cucu saudara, mungkin

Itu satu. Yang keduanya, apa yang lebih pelik ialah semua nama yang Tiara sebutkan itu, sebenarnya sudah meninggal dunia! Ah, macam mana Tiara boleh kenal saudara-maranya yang sudah tiada lagi di dunia ini?


Baca Juga : [ 7 Kisah Rogol dan Pembunuhan Kejam di Seluruh Dunia ]

Persoalan-persoalan ini terus bermain di fikiran bapa Anis, tetapi entah kenapa dia tidak bertanyakan soalan itu kepada Tiara. Soalan-soalan tersebut hanya berlegar di dalam kepalanya saja

Selepas keadaannya pulih dan dibenarkan keluar dari hospital, bapa sahabat saya itu masih teringat-ingat pada Tiara. Beberapa hari kemudian, dia menghubungi pihak hospital. Namun jawapan yang diterima semakin membingungkan. Pihak hospital menyatakan bahawa Tiara tidak pernah ditugaskan untuk menjaga dan memantau keadaannya

“Tiara sudah lama berhenti, pak cik. Dah beberapa tahun dah,” jawab seorang jururawat di hujung talian. Bapa Anis terasa seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya. Ini memang pelik

Mustahil Tiara sudah beberapa tahun berhenti, sedangkan baru beberapa malam yang lepas Tiara datang melawat dan berbual dengannya. Jika Tiara sebenanarnya sudah berhenti kerja, kenapa dia memakai pakaian seragam jururawat? Dan kenapa dia dibenarkan masuk ke biliknya?


Baca Juga : [ Misteri Skuter Putih di Terowong Menora ]

Apabila diberitahu demikian oleh bapa Anis, jururawat berkenaan tidak semana-mena menjadi gugup. Suaranya tergagap-gagap dan dia kedengaran seperti bercakap-cakap dengan seseorang di sebelahnya. Selepas agak lama berbincang, barulah dia menyambung semula perbualan

“Betul Pak cik, Tiara sudah tak kerja kat sini lagi. Tapi saya minta pada pak cik, tolong jangan beritahu hal ni kepada orang lain. Harap pakcik boleh rahsiakan cerita pasal Tiara ini, ya”, beberapa kali jururawat berkenaan mengulangi pesannya pada bapa Anis

Hanya itu sahaja jawapan yang mampu diberikan. Soalan kenapa Tiara tidak bekerja di situ lagi, bagaimana dia boleh datang menziarahi bapa sahabat saya itu dan di mana gadis berkenaan sekarang, semuanya dibiarkan tergantung tanpa jawapan

Kenapa perlu dirahsiakan cerita pasal Tiara? Adakah mereka menyembunyikan misteri yang lebih besar? Anda fikir-fikirlah sendiri

Sumber : Utusan Online

Baca Juga : [ Sekolah Paling Seram di Malaysia ]

Sekian.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/06/kisah-seram-jururawat-di-hospital.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tunggu Saye Awakk Kisah Seram Tandas Berhantu Di Library Utp

Tunggu Saye Awakk Kisah Seram Tandas Berhantu Di Library Utp

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 2550 hits
Cerita ini dari seorang bekas pelajar UTP nama aku Badrul aku ingin kongsikan suatu kejadian yang sangat seram dalam hidup aku di sebuah tandas di Universiti Teknologi Perak Kisah ini berlaku dalam pertengahan semester pertama aku berada di...
Muka Dia Pon Mcm Tak Pernah Nmpak Tapi Bdn Dia Rambut Dia Lebih Kurang Mcm M Kisah Seram Mendiami Bilik Arwah

Muka Dia Pon Mcm Tak Pernah Nmpak Tapi Bdn Dia Rambut Dia Lebih Kurang Mcm M Kisah Seram Mendiami Bilik Arwah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 918 hits
Aku Cik Kisah yang aku nak kongsikan ni dah hampir 5 tahun berlalu di mana sekarang aku dah habis belajar Aku bekas pelajar ipta nun jauh di utara Tapi kisah ni bukan kisah seram di ipta tu tp kisah seram ni aku dan kawan2 aku alami saat2 a...
Ke Kenapa Awak Buat Saya Macam Ni Kisah Seram Dendam Maya

Ke Kenapa Awak Buat Saya Macam Ni Kisah Seram Dendam Maya

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 820 hits
Cerita yang akan aku sampaikan ini adalah kisah dari kiriman surat seorang sahabat lamaku Rizal Kami sudah lama tak berhubung selepas tamat sekolah menengah Lepas zaman persekolahan Rizal menghilangkan diri Jadi agak mengejutkan bila aku te...
Kisah Seram Rumah Sewa Berhantu Di Kuala Kedah

Kisah Seram Rumah Sewa Berhantu Di Kuala Kedah

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 3542 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraKisah seram seterusnya adalah mengenai kejadian yang terjadi di sebuah rumah sewa terletak di negeri utara Malaysia Kisah seram di rumah sewa sebenarnya sangatlah popular antaranya termasuklah kisah seram ...
Lepas Tu Sorang Staff Dia Tarik Aku Kisah Seram Menginap Di Bilik Hotel Orang Mati Dibunuh

Lepas Tu Sorang Staff Dia Tarik Aku Kisah Seram Menginap Di Bilik Hotel Orang Mati Dibunuh

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 1535 hits
Assalamualaikum Nama aku Amer Eddiey Ni aku nak cerita lah jugak peristiwa yang terjadi pada diri aku Masa tu aku dari Terengganu nak ke Batu Pahat Aku saja jer pusing pergi kat PD masa tuh sebab aku nak lihatlah jugak pantai dia Boleh lah ...
Tapi Yang Peliknya Masa Dia Mati Tu Dia Dikuburkan Di Tengah2 Hutan Sorang2 Kisah Minin Mati Beranak Seram

Tapi Yang Peliknya Masa Dia Mati Tu Dia Dikuburkan Di Tengah2 Hutan Sorang2 Kisah Minin Mati Beranak Seram

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 857 hits
Nama Aku lin Yang ni kisahku semasa di bangku sekolah Petang yang tenang aku dan mak ku luangkan masa bersembang sambil minum kopi di ruang tamu Sembang punya sembang tak sedar pulak dah masuk topik seram seram Pada mulanya mak tanya adik k...
Abang Saya Takut Bang Saya Nak Keluar Bang Tolonglah Kisah Seram Semasa Menginap Hotel Murah Di Sabah

Abang Saya Takut Bang Saya Nak Keluar Bang Tolonglah Kisah Seram Semasa Menginap Hotel Murah Di Sabah

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 5497 hits
Kisah seramKisah yang ingin saya kongsikan di sini adalah berkenaan dengan sebuah hotel murah yang terletak di Sabah Saya dan isteri saya berasal dari Perak Saya bertugas sebagai seorang guru manakala isteri saya pula adalah seorang suri ru...
Dengan Perasaan Takut Aku Terus Sikat Rambut Dia Kisah Seram Sewaktu Memotong Rambut Wanita Misteri

Dengan Perasaan Takut Aku Terus Sikat Rambut Dia Kisah Seram Sewaktu Memotong Rambut Wanita Misteri

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 1258 hits
Ceritanya bermula begini satu hari sedang aku kemas kemas barang salon untuk disimpan Dalam Aku asyik mengemas barang tiba tiba loceng pintu berbunyi Ada customer di luar Wajahnya menunduk memandang lantai Masa aku buka pintu untuk menjempu...
Dah Lama Tunggu Bas Kisah Seram Siapakah Sebenarnya Delaila

Dah Lama Tunggu Bas Kisah Seram Siapakah Sebenarnya Delaila

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 741 hits
Cuaca petang masih lagi cerah walau jam sudah menginjak ke pukul enam setengah petang Jelita masih lagi duduk di perhentian bas Sekejap sekejap dia menjengah ke tengah jalan raya dan kemudian beralih mengerling jam dipergelangan tangan Nove...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya