Ini 8 Punca Anak Kerap Kencing Malam Ada Yang Disebabkan Penyakit Bahaya


Kebelakangan ini, anak kerap kencing malam? Ibu ayah jangan ambil mudah. Ia mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan tertentu.

Anak kerap kencing malam
Bed-wetting atau enuresis nokturnal – adalah masalah kencing tanpa disengajakan semasa tidur pada usia yang dijangkakan seseorang itu boleh mengawal kencingnya. Anak yang terbabas kencing di atas katil ketika tidur adalah normal bagi perkembangan kanak-kanak, lagi-lagi ketika dalam proses latihan tandas.
Biasanya anak kerap kencing ketika sedang tidur ini bukanlah perkara yang membimbangkan jika usia mereka di bawah 7 tahun, kerana masih dalam proses membina kawalan pundi kencing. Kebanyakan kanak-kanak akan dapat mengatasi masalah ini dengan sendirinya dan ada juga yang memerlukan bantuan. Dalam kes lain, situasi terbabas kencing ketika sedang tidur mungkin petanda masalah kesihatan yang memerlukan bantuan perubatan.

Rujuklah doktor jika anak:
Masih terkencing semasa tidur selepas usia 7 tahun Kembali terkencing semasa tidur selepas beberapa bulan berjaya mengawalnya Terkencing dan disertai dengan kesakitan, dahaga yang luar biasa, air kencing berwarna merah jambu atau merah, najis keras atau tidur berdengkur Perlu kencing lebih kerap Makan atau minum lebih banyak daripada biasa Mengalami bengkak pada kaki atau buku lali Pelbagai faktor boleh menyebabkan keadaan ini, antaranya:
Pundi kencing kecil
Pundi kencing anak masih belum berkembang sepenuhnya untuk menampung air kencing yang terhasil pada waktu malam. Kurang kawalan untuk mengendalikan pundi kencing penuh. Jika saraf mengawal pundi kencing lambat matang, pundi kencing yang penuh mungkin tidak akan membangunkan anak, khususnya jika mereka tidur nyenyak.
Ketidakseimbangan hormon punca anak kerap kencing malam
Untuk zaman kanak-kanak, ada anak yang tidak menghasilkan hormon anti-diuretik (ADH) yang mencukupi untuk melambatkan pengeluaran air kencing pada waktu malam.
Jangkitan saluran kencing (UTI)
Jangkitan ini boleh menyukarkan anak mengawal kencing. Antara tanda yang boleh dikenal pasti termasuklah terkencing ketika tidur, terbabas kencing pada waktu siang, kerap kencing, air kencing merah atau merah jambu dan sakit semasa kencing.
Apnea tidur
Isu terbabas kencing ini juga boleh menjadi petanda apnea tidur obstruktif – keadaan pernafasan anak terganggu semasa tidur. Ia sering disebabkan oleh tonsil atau adenoid yang meradang atau membesar.
Gejala lain termasuk berdengkur atau mengantuk di siang hari.
Diabetes, punca anak kerap kencing malam
Jika anak menghadapi masalah terkencing pada waktu malam, ia mungkin petanda diabetes. Simptom lain termasuklah kuantiti air kencing yang banyak, peningkatan rasa dahaga, keletihan, dan penurunan berat badan walaupun berselera makan.
Masalah struktur dalam saluran kencing atau sistem saraf
Dalam kes jarang berlaku, masalah ini boleh disebabkan oleh kecacatan pada sistem saraf atau sistem kencing anak.
Sembelit kronik
Otot yang sama berperanan mengawal pembuangan air kencing dan najis. Jika sembelit berpanjangan, boleh menyebabkan otot tidak berfungsi dan menyumbang kepada terbabas kencing pada waktu malam.
Faktor risiko berlaku masalah kerap kencing malam
Keadaan ini boleh terjadi kepada sesiapa tetapi ia 2x lebih kerap pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.
Beberapa faktor boleh meningkatkan kemungkinan ia berlaku, seperti:
Tekanan dan kegelisahan. Keadaan yang memberikan tekanan pada anak seperti menjadi abang atau kakak, bersekolah di tempat baru atau berjauhan dari rumah Sejarah keluarga. Jika salah seorang atau kedua-dua ibu bapa turut mengalami masalah yang sama semasa kecil, maka risiko untuk anak mengalaminya juga tinggi Gangguan hiperaktif kekurangan perhatian (ADHD). Anak yang mengalami ADHD lebih cenderung terkencing pada waktu malam Komplikasi
Biasanya isu anak kerap kencing malam tanpa sebab fizikal tidak mendatangkan sebarang risiko kesihatan. Tetapi ia boleh menimbulkan isu kepada anak, antaranya:
Rasa bersalah dan malu – mewujudkan rasa rendah diri Hilang peluang melakukan aktiviti sosial – berkhemah atau bermalam di rumah kawan Ruam pada bahagian bawah dan alat kelamin – terutamanya jika anak tidur dengan seluar dalam basah Cara mengatasi
Kebanyakan anak yang mengalami masalah ini akan dapat mengatasinya dengan sendiri. Jika rawatan diperlukan, ia berdasarkan perbincangan pilihan dengan doktor dan mengenal pasti perkara yang paling sesuai untuk anak.
Sekiranya anak tidak terlalu terganggu atau terkencing malam sekali-sekala, perubahan gaya hidup dapat membantu, seperti:
Menghindari kafein sepenuhnya Mengehadkan pengambilan cecair pada waktu petang Galakkan anak ke tandas sepanjang hari Sarankan anak untuk kencing sebelum tidur Seandainya tidak berkesan atau anak menjadi trauma terkencing malam, mereka mungkin memerlukan rawatan tambahan. Jika punca terkencing malam disebabkan sembelit atau apnea tidur, masalah tersebut perlu ditangani terlebih dahulu.
Rawatan terakhir yang mungkin menjadi pilihan adalah dengan pengambilan ubatan daripada doktor untuk jangka masa singkat bagi menghentikan tabiat terkencing malam.
Anak kencing malam bukanlah satu perkara yang disengajakan untuk menyakitkan hati anda sebagai ibu bapa. Perbanyakkan bersabar dalam bersama-sama mengatasi keadaan ini kerana ia mungkin mengambil masa untuk dapat melihat keberkesanannya.
 

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Ini 8 Punca Anak Kerap Kencing Malam! Ada Yang Disebabkan Penyakit Bahaya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ini-8-punca-anak-kerap-kencing-malam-ada-yang-disebabkan-penyakit-bahaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Remaja Hilang Selepas Kencing Di Kawasan Semak Pada Jam 10 Malam

Remaja Hilang Selepas Kencing Di Kawasan Semak Pada Jam 10 Malam

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 310 hits
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun disyaki hilang selepas membuang air kecil di kawasan semak di Kampung Pasir Linggi pada malam kelmarin Difahamkan mangsa Muhammad Iznun Al Azim Mahadi 13 pelajar SMK Laloh Kuala Krai keluar dari rumah ...
Suhu Badan Kerap Turun Naik Anak Pelakon Ain Edruce Disahkan Jangkiti Parainfluenza

Suhu Badan Kerap Turun Naik Anak Pelakon Ain Edruce Disahkan Jangkiti Parainfluenza

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 197 hits
Suhu Badan Kerap Turun Naik Anak Pelakon Ain Edruce Disahkan Jangkiti Parainfluenza HATI ibu mana yang tak bimbang apabila anak tersayang yang baru berusia tujuh bulan mengalami demam panas sehingga 39 darjah Menurut pelakon Ain Edruce lebi...
Anak Pelakon Ain Edruce Dijngkiti Parainfluenza Suhu Badan Kerap Turun Naik

Anak Pelakon Ain Edruce Dijngkiti Parainfluenza Suhu Badan Kerap Turun Naik

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 188 hits
Hati ibu mana yang tidak bimbang apabila anak tersayang yang baru berusia tujuh bulan mengalami demam panas sehingga 39 darjah Menurut pelakon Ain Edruce apa yang lebih merisaukan apabila doktor memaklumkan anak perempuannya yang bernama So...
Terlebih Makan Pisang Beberapa Makanan Ini Punca Anak Sembelit

Terlebih Makan Pisang Beberapa Makanan Ini Punca Anak Sembelit

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 213 hits
Corak usus setiap kanak kanak adalah berbeza seperti juga orang dewasa dan suatu kebiasaan pada anak anda boleh menjadi suatu yang berbeza bagi kanak kanak yang lain Perkara lazim yang ibu bapa sering berdepan dalam membesarkan anak adalah ...
Guna Gajet Berlebihan Punca Anak Kurang Minat Belajar

Guna Gajet Berlebihan Punca Anak Kurang Minat Belajar

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 219 hits
SHAH ALAM Faktor penggunaan gajet yang berlebihan dalam kalangan kanak kanak terutama murid sekolah tahun satu dua dan tiga adalah antara punca mereka tidak minat belajar sekali gus menyebabkan mereka sukar menguasai asas membaca Perunding ...
Waktu Malam Anak Mengadu Sakit Kaki Dr Jelaskan Itu Simptom Growing Pains

Waktu Malam Anak Mengadu Sakit Kaki Dr Jelaskan Itu Simptom Growing Pains

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 171 hits
Bila anak mengadu sakit kaki ibu ayah mungkin pelik kerana simptomnya seperti orang tua pula Bukannya sebab jatuh atau berjalan terlalu lama Tapi tanpa sebab tertentu asyik mengadu sakit kaki terutamanya pada waktu malam Jika ini yang sedan...
Lelaki Bawa Anak 4 Tahun Dicekup Berkhalwat

Lelaki Bawa Anak 4 Tahun Dicekup Berkhalwat

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 245 hits
SUNGAI PETANI Seorang bapa sanggup membawa anak lelakinya ketika dia ditangkap berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di sini pada Sabtu Dalam serbuan itu lelaki berusia 38 tahun tersebut didapati berada dalam keadaan mencurigakan b...
Isu Penjagaan Anak Suhakam Jangan Dilema Antara Mahu Jaga Hak Kanak Kanak Atau Lgbt

Isu Penjagaan Anak Suhakam Jangan Dilema Antara Mahu Jaga Hak Kanak Kanak Atau Lgbt

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 198 hits
Aminuddin Yahaya PEMBELA minta penjelasan kerajaan status anak angkat Sajat 1 PEMBELA merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia yang menyatakan kebimbangan mengenai status pengangkatan kanak kanak yan...
Persatuan Anak Bangsa Johor Sasar 1000 Keahlian Baru

Persatuan Anak Bangsa Johor Sasar 1000 Keahlian Baru

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 261 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraPABJ SASAR 1000 KEAHLIAN MENJELANG MAC 2022Persatuan Anak Bangsa Johor menyasarkan keahlian baru seramai 1000 menjelang tiga bulan pertama di tahun 2022 dengan usaha untuk memartabatkan dan membantu Anak B...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy