Waktu Afdhal Untuk Solat Subuh Ramai Yang Tak Tahu


Waktu Afdhal Untuk Solat Subuh, Ramai Yang Tak Tahu! Sebelum kami mendatangkan hadith-hadith yang berkaitan, suka bagi kami untuk menerangkan terlebih dahulu maksud ghalas dan juga isfar. Ghalas ialah bercampurnya cahaya waktu Subuh dengan kegelapan malam. Adapun isfar pula adalah waktu yang terang sedikit atau jelas bahawa telah masuknya waktu fajar. Untuk itu, waktu isfar akan datang selepas daripada waktu ghalas.
BACA: Bukan Wanita Yang Berumur 45 Tahun Sahaja Dibenarkan Umrah, 18 Tahun Pun Dah Boleh!
Berdasarkan soalan di atas, di sini kami sertakan terlebih dahulu hadith-hadith yang membicarakan berkaitan waktu Nabi SAW menunaikan solat Subuh. Ini kerana, terdapat hadith yang dilihat seakan-akan bercanggah di antara satu sama lain dan keduanya adalah hadith yang sahih:
1. Daripada Rafi’ bin Khadij R.A berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda:
أَسْفِرُوا بِالفَجْرِ، فَإِنَّهُ أَعْظَمُ لِلأَجْرِ
“Lewatkanlah solat Fajar (Subuh) sehingga keluar cahaya kuning kerana padanya ganjaran yang besar.” [Riwayat al-Tirmidzi (154), Imam al-Tirmidzi menilai hadith ini sebagai hasan sahih]
2. Daripada Anas bin Malik R.A berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى الصُّبْحَ بِغَلَسٍ
“Adapun Nabi SAW solat Subuh ketika waktu masih gelap.” [Riwayat al-Bukhari (947)]
3. Daripada Aisyah R.Anha berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي الصُّبْحَ بِغَلَسٍ، فَيَنْصَرِفْنَ نِسَاءُ المُؤْمِنِينَ لاَ يُعْرَفْنَ مِنَ الغَلَسِ أَوْ لاَ يَعْرِفُ بَعْضُهُنَّ بَعْضًا
“Adapun Nabi SAW solat Subuh ketika waktu masih gelap sehingga kaum wanita daripada kalangan orang yang beriman beredar dalam keadaan tidak ada yang mengenalinya atau sebahagian mereka tidak mengetahui sebahagian yang lain.” [Riwayat al-Bukhari (873)]
Imam al-Tirmidzi berkata bukan hanya seorang ulama’ daripada kalangan para sahabat Nabi SAW dan juga para Tabi’in berpendapat bahawa solat Subuh (Fajar) dikerjakan apabila waktu sudah agak terang dan ini merupakan pendapat yang dipegang oleh Sufyan al-Tsauri. Adapun di sisi al-Syafie, Ahmad dan Ishaq bahawa makna al-isfar adalah ketika waktu Fajar telah terang tanpa diragukan lagi padanya serta mereka tidak berpendapat bahawa makna al-isfar itu bermaksud melewatkan solat. [Lihat: Jami’ al-Tirmidzi, 1/289]
Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya bahawa Imam al-Syafie dan selain daripadanya berpendapat bahawa hadith Rafi’ itu bermaksud kepastian telah terbitnya (masuknya) waktu fajar. Imam al-Thahawi pula berpendapat bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi SAW (di dalam hadith Rafi’) adalah perintah agar memanjangkan bacaan padanya (solat Subuh) sehingga dia keluar (menghabiskan) daripada solat ketika waktu telah agak terang. Sebahagian ulama’ mendakwa bahawa hadith ini telah memansukhkan hadith solat Subuh ketika waktu masih gelap dan ini merupakan pandangan yang jauh (kurang tepat). [Lihat: Fath al-Bari, 2/55]
Di samping itu juga, Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata yang dimaksudkan dengan al-isfar itu adalah berterusan bukannya permulaan, maka seseorang itu memulakan solatnya ketika waktu masih gelap dan selesai menunaikannya ketika waktu telah agak terang sedikit sepertimana yang dilakukan oleh Nabi SAW yang mana ucapannya sudah pasti bertepatan dengan perbuatannya dan tidak sekali-kali bertentangan. [Lihat: I’lam al-Muwaqqi’in, 4/294]
Penutup
Setelah kami melihat kepada beberapa pandangan di atas, maka kami cenderung untuk mengatakan bahawa waktu yang terbaik untuk ditunaikan solat Subuh adalah di awal waktunya. Adapun berkaitan hadith yang membicarakan berkaitan al-isfar, kemungkinan Nabi SAW menganjurkan untuk dipanjangkan bacaan di dalam solat Subuh sepertimana yang disebutkan oleh Imam al-Thahawi dan berkemungkinan juga Nabi SAW ingin mengajar dan memberitahu akan keluasannya.
Semoga dengan sedikit pencerahan yang ringkas ini dapat memberi manfaat serta kefahaman kepada kita dalam memahami ilmu hadith. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama seterusnya dapat kita beramal dengannya. Amin.
Wallahua’lam.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan, Oh Media
The post Waktu Afdhal Untuk Solat Subuh, Ramai Yang Tak Tahu! appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/waktu-afdhal-untuk-solat-subuh-ramai-yang-tak-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tip Mudah Bangun Subuh Amalkan Lepas Ni Tak Susah Bangun Solat Subuh

Tip Mudah Bangun Subuh Amalkan Lepas Ni Tak Susah Bangun Solat Subuh

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 471 hits
Tip Mudah Bangun Subuh Amalkan InsyaAllah Lepas Ni Tak Susah Bangun Solat Subuh Ramai beranggapan lagi lama tidur lagi bagus kerana badan dapat berehat secukupnya Ada yang beranggapan bangun awal pagi menyebabkan kita lesu dan penat seharia...
Solat Awal Waktu Sendirian Atau Lewat Tapi Berjemaah

Solat Awal Waktu Sendirian Atau Lewat Tapi Berjemaah

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 324 hits
SOALAN Antara solat pada awal waktu dengan solat berjemaah mana patut diutamakan Contohnya si isteri ingin solat pada awal waktu tetapi suami jenis solat lewat tetapi ingin berjemaah bersama JAWAPAN Solat pada awal waktu dan solat berjemaah...
Hukum Membaca Ayat Al Sajdah Bertujuan Untuk Sujud Tilawah Selain Dari Solat Subuh Hari Jumaat

Hukum Membaca Ayat Al Sajdah Bertujuan Untuk Sujud Tilawah Selain Dari Solat Subuh Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 573 hits
SOALAN Saya nak tanya berkenaan sujud tilawah Kenapa ada dikatakan tidak sah solat jika seseorang itu solat dan membaca surah yang ada ayat tilawah dan dia sujud tilawah dalam solat tersebut selain daripada solat fardhu subuh pada hari Juma...
Qadha Solat Disebabkan Waktu Bekerja

Qadha Solat Disebabkan Waktu Bekerja

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 150 hits
SOALAN Saya solat subuh pada jam 8 pagi kerana jarak tempat kerja dari rumah ialah 153km Saya bertolak dari rumah sebelum azan subuh Sekiranya saya solat subuh di pertengahan jalan saya akan lewat masuk kerja dan khuatir rezeki tidak berkat...
Tambahan 8 Minit Waktu Subuh Terengganu Bermula 25 Januari

Tambahan 8 Minit Waktu Subuh Terengganu Bermula 25 Januari

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 281 hits
KUALA TERENGGANU 21 Januari Terdapat perubahan waktu solat Subuh bagi seluruh kawasan di negeri ini bermula 25 Januari dengan tambahan lapan minit daripada waktu semasa Mufti Terengganu Dato Dr Zulkifly Muda dalam satu kenyataan semalam mem...
Tips Sekiranya Terlepas Solat Subuh Kerana Tertidur

Tips Sekiranya Terlepas Solat Subuh Kerana Tertidur

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 387 hits
SOALAN Ustaz saya selalu mengerjakan solat subuh di luar waktu yang sepatutnya kerana terlajak tidur Namun begitu saya tetap menunaikannya apabila terjaga dari tidur disusuli solat sunat Taubat Adakah perbuatan ini dibenarkan atau saya berd...
Cara Solat Jamak Dan Qasar Beserta Syarat Sah Niat

Cara Solat Jamak Dan Qasar Beserta Syarat Sah Niat

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 627 hits
Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pd 29 September 2019 jam 09 39 PM Allah S W T menjadikan Islam agama yg menyeluruh dan merangkumi
Coronavirus Mufti Saran Umat Islam Solat Hajat

Coronavirus Mufti Saran Umat Islam Solat Hajat

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 475 hits
Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad hari ini menyeru umat Islam di negara ini supaya mengerjakan solat hajat bagi menyelamatkan Malaysia daripada dilanda sebarang wabak penyakit khususnya novel coronavirus yang sedang tular ketika...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda