Qadha Solat Disebabkan Waktu Bekerja



SOALAN:
Saya solat subuh pada jam 8 pagi kerana jarak tempat kerja dari rumah ialah 153km. Saya bertolak dari rumah sebelum azan subuh. Sekiranya saya solat subuh di pertengahan jalan saya akan lewat masuk kerja dan khuatir rezeki tidak berkat kerana menipu punch card. Bagaimana solat saya pada jam 8 pagi di tempat kerja. Adakah saya perlu qadha atau niat seperti solat subuh biasa, saya tiada masalah sekiranya menaiki kereta tetapi masalah akan terjadi bila menaiki motosikal.

JAWAPAN:
Sebagai mukadimah, kami kemukakan dalil kewajipan menunaikan solat bagi semua orang Islam yang berakal, baligh dan dalam keadaan suci (bukan haid).

Firman Allah SWT:

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang.” (Surah al-Baqarah: 43)

Firman-Nya lagi:

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا
“Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (Surah al-Nisa: 103)

Seterusnya, hadith berkenaan dengan qadha solat, daripada Anas bin Malik R.A, Nabi SAW bersabda:

مَنْ نَسِيَ صَلَاةً أَوْ نَامَ عَنْهَا، فَكَفَّارَتُهَا أَنْ يُصَلِّيَهَا إِذَا ذَكَرَهَا
“Sesiapa yang terlupa menunaikan solat atau tertidur daripada mengerjakan solat, maka kaffarahnya hendaklah ia menunaikan solat apabila dia mengingatinya.” [Riwayat al-Bukhari (597) dan Muslim (684)]

Para ulama’ meletakkan beberapa keadaan seseorang itu tidak berdosa melewatkan solat sehingga melepasi waktunya, antaranya:
• Tidur, jika tidur sebelum waktu solat.
• Lupa.
• Jamak solat.
• Paksaan.
• Takut terlepas waktu wuquf di Arafah.
• Menyelamatkan perkara yang dimuliakan syarak daripada rosak dan binasa.
[Rujuk: Taqrirat al-Sadidah ( 190-191)]

Berbalik kepada soalan yang diajukan, kami berpendapat qadha solat disebabkan khuatir terlambat masuk waktu kerja tidak termasuk dalam alasan yang diterima syarak. Hal ini kerana solat merupakan hak Allah yang wajib ditunaikan pada waktunya tanpa mengambilkira apa jua keadaan. Manakala pekerjaan adalah berkaitan hak (tanggungjawab) kepada diri sendiri dan keluarga. Namun, apabila berlaku pertembungan antara hak Allah dan hak makhluk, maka hak Allah wajib diutamakan. Sabda Rasullullah SAW:

إنَّ لِرَبِّكَ عَلَيْكَ حَقًّا، ولِنَفْسِكَ عَلَيْكَ حَقًّا، ولِأَهْلِكَ عَلَيْكَ حَقًّا
“Sesungguhnya untuk Tuhan kamu terdapatnya hak, dan untuk diri kamu terdapatnya hak, dan untuk keluarga kamu terdapatnya hak.” [Riwayat al-Bukhari (6139)]

Sehubungan itu, kami mengesyorkan beberapa cadangan:

• Sekiranya waktu bekerja fleksibel, boleh dilambatkan waktu balik bagi menggantikan waktu masuk yang terlambat.
• Merancang waktu perjalanan dengan bertolak pada awal waktu pagi kerana menaiki kenderaan sendiri dan boleh berhenti menunaikan solat subuh.
• Sekiranya waktu terhad, boleh solat bersendirian dan memendekkan bacaan dalam solat dengan memilih surah-surah lazim disamping menyempurnakan rukun qauli dan fi’li.

Secara tuntasnya, melambatkan waktu solat sehingga habis waktu bukan pada situasi yang mendesak adalah tidak dibenarkan.

Akhir kata, semoga Allah SWT menerima amalan kita serta memberikan taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syariat-Nya dengan sebaiknya.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/qadha-solat-disebabkan-waktu-bekerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waktu Afdhal Untuk Solat Subuh Ramai Yang Tak Tahu

Waktu Afdhal Untuk Solat Subuh Ramai Yang Tak Tahu

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 662 hits
Waktu Afdhal Untuk Solat Subuh Ramai Yang Tak Tahu Sebelum kami mendatangkan hadith hadith yang berkaitan suka bagi kami untuk menerangkan terlebih dahulu maksud ghalas dan juga isfar Ghalas ialah bercampurnya cahaya waktu Subuh dengan kege...
Twitter Menasihatkan Pengguna Android Untuk Tidak Mengemaskini Aplikasi Pada Waktu Ini

Twitter Menasihatkan Pengguna Android Untuk Tidak Mengemaskini Aplikasi Pada Waktu Ini

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 356 hits
Twitter bukanlah laman media sosial yang mempunyai jumlah pengguna yang terbesar tetapi ia amat popular di kalangan wartawan kerana ia memudahkan proses mengikuti berita mutakhir Tetapi sekiranya anda menggunakan aplikasi rasmi pada peranti...
Parking Sini Je Senang Ingat Waktu Maintenance Kereta

Parking Sini Je Senang Ingat Waktu Maintenance Kereta

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 327 hits
Haritu ada tulis dalam kertas tapi hilang entah mana letak tapi nasib masih ingat tarikh penting untuk selenggara kereta Minggu lepas baru tukar filter aircond kereta viva isteri Maklum la kuda untuk pergi kerja ni ada 2 nak kena jaga Keret...
Panduan Menentukan Bilangan Minggu Akademik Sekolah Dan Jadual Waktu Kssr

Panduan Menentukan Bilangan Minggu Akademik Sekolah Dan Jadual Waktu Kssr

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 1384 hits
Seringkali apabila berlakunya pemantauan akademik oleh Jemaah Nazir antara perkara pokok yang disemak adalah jumlah minggu akademik sesuatu sekolah Bagaimana ia disusun Pukul berapa murid pulang Kenapa terlalu lewat Kenapa terlalu lewat Men...
Hormon Lari Waktu Mengandung Penuh Jerawat Satu Badan Malu Rasanya

Hormon Lari Waktu Mengandung Penuh Jerawat Satu Badan Malu Rasanya

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 399 hits
Hormon ibu hamil atau yang menyusukan anak ada masanya tidak stabil Kesannya bukan sahaja boleh dilihat pada kulit wajah yang kusam tetapi juga masalah jerawat pada badan Jerawat terjadi apabila kelenjar sebum di kulit tersumbat dengan sebu...
Waktu Terlarang Untuk Mengerjakan Salat Sunnah

Waktu Terlarang Untuk Mengerjakan Salat Sunnah

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 235 hits
Salat sunnah memang baik bila dikerjakan setiap saat namun sebenarnya ada waktu waktu tertentu yang terlarang untuk menunaikan salat kecuali kondisi kuat tertentu Berikut waktu terlarang untuk mengerjakan salat telah merdeka com rangkum dar...
Jangan Lepaskan 12 Waktu Terbaik Ini Peluk Anak Walaupun Dah Besar Mesti Buat

Jangan Lepaskan 12 Waktu Terbaik Ini Peluk Anak Walaupun Dah Besar Mesti Buat

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 773 hits
Jangan berhenti memeluk anak anak baik lelaki atau perempuan Walaupun anak dah makin membesar pelukan itu juga mampu beri rasa selamat ketenangan dan meredakan tekanan Pelukan ayah ibu dapat meredakan ledakan emosi yang dialami anak Apabila...
Tambahan 8 Minit Waktu Subuh Terengganu Bermula 25 Januari

Tambahan 8 Minit Waktu Subuh Terengganu Bermula 25 Januari

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 375 hits
KUALA TERENGGANU 21 Januari Terdapat perubahan waktu solat Subuh bagi seluruh kawasan di negeri ini bermula 25 Januari dengan tambahan lapan minit daripada waktu semasa Mufti Terengganu Dato Dr Zulkifly Muda dalam satu kenyataan semalam mem...
41 Malaysians Lack Consistent Savings According To Sun Life Malaysia S 2025 Financial Resilience Index

How Us Malaysia Trade Pact Sells Our Sovereignty Short

Dr M Slams Us Malaysia Trade Deal Accuses Govt Of Selling Out Sovereignty

Tng Digital Introduces An In App Ev Charging Network That Simplifies Access To Multiple Operators

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

Saifuddin Cites New Leads In Search For Muhyiddin S Fugitive Son In Law

Amd Powers U S Sovereign Ai Factory Supercomputers Accelerating An Open American Ai Stack


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lawatan Ke Hatnyai 24 11 2023 27 11 2023

Yummy Lean Ground Beef High Protein Recipe

Keropok Inang Inang Beras Pulut

Warung Teratak Bonda Arau Tempat Makan Best Di Perlis Dengan View Sawah Bendang

Tak Semua Lelaki Gagal

Rugi Kalau Tak Minum Air Barli Khasiat Air Barli Yang Luar Biasa Untuk Kesihatan