Tips Sekiranya Terlepas Solat Subuh Kerana Tertidur



SOALAN:
Ustaz, saya selalu mengerjakan solat subuh di luar waktu yang sepatutnya kerana terlajak tidur. Namun begitu, saya tetap menunaikannya apabila terjaga dari tidur disusuli solat sunat Taubat. Adakah perbuatan ini dibenarkan atau saya berdosa besar

JAWAPAN:
MEREKA yang meninggalkan solat sama ada sengaja atau tidak, diwajibkan menggantikan solat itu di luar waktunya iaitu sebaik tersedar daripada tidur.Disebutkan dalam riwayat Muslim:
“Barang siapa yang lupa satu solat, maka waktunya ialah apabila dia mengingatinya. Meninggalkan solat tanpa uzur yang syarie dianggap berdosa. Uzur yang dibenarkan ialah dua perkara sahaja iaitu terlupa dan tertidur.”

Mereka yang meninggalkannya secara sengaja, wajib bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Taubat tidak akan diterima selagi tidak memenuhi syarat-syarat taubat iaitu tidak lagi meninggalkan solat dalam keadaan bagaimana sekalipun, menyesal atas segala perbuatan maksiat khususnya solat yang ditinggalkan dan berazam tidak mengulangi kelalaian tersebut pada masa akan datang

Meninggalkan solat secara sengaja hukumnya adalah berdosa. Ini kerana solat itu adalah tiang agama. Sesiapa yang menunaikannya bererti telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkannya bererti meruntuhkan agama

Namun begitu, bagi orang yang tertinggal solat bukan secara sengaja seperti bangun subuh lewat dari waktu- nya dan perkara ini jarang berlaku kepada dirinya, maka yang terlibat tidak berdosa

Sabda Nabi SAW, daripada Ibnu Abbas r.a:
‘Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Taala telah memaafkan untukku daripada umatku akan perkara yang dilakukan kerana tersilap, terlupa dan perkara yang mereka dipaksa melakukannya.” (Hadis hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Baihaqi dan lainnya)

Segera
Mereka yang tertinggal solat kerana tidak sengaja, wajib untuk mengqada solat itu dengan segera. Melewat-lewatkan untuk menggantinya mengundang dosa. Menurut istilah dalam Usul Fiqh, qada ialah melakukan satu kewajipan di luar waktunya yang ditetapkan oleh syarak

Berdasarkan istilah ini, apabila seseorang terlepas satu solat kerana lupa atau tertidur hingga habis waktunya, maka solat yang dilakukan di luar waktunya dinamakan qada. Ada juga yang berpendapat, solat yang dilakukan selepas habis waktunya, jika disebabkan uzur seperti tidur atau lupa, ia tetap dinamakan adaan (tunai) bukan qada

Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud:
Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika pulang menunggang unta daripada peperangan Khaibar telah berasa sangat mengantuk sehingga baginda bersabda:
“Wahai Bilal kita telah ditimpa malam.” Maka Bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau manakala Rasulullah SAW dan para sahabat terus tidur

Apabila hampir tiba waktu subuh, Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dalam kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terjaga kerana terasa kepanasan matahari. Rasulullah SAW adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut

Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah.” Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah SAW berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat Fajar dengan mengimami para sahabat

Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: “Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat

Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Surah Tahaa: ayat 14). (Hadis Riwayat Ibn Majah)
Solat yang sengaja ditinggalkan tidak boleh selesai dengan taubat sahaja kerana pasti akan mengulanginya lagi di hari esok. Taubat atas perbuatan alpa atau buat-buat alpa dan terlupa adalah taubat yang main-main

Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah SWT. Saya mengharapkan agar saudara mencari jalan untuk bangkit awal di waktu fajar, iaitu dengan apa cara sekalipun seperti tidur awal, mengunci jam loceng, dan meminta isteri atau kawan untuk mengejutkan kita menunaikan solat subuh


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2020/01/tips-sekiranya-terlepas-solat-subuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Halang Solat Subuh Fitnah

Dap Halang Solat Subuh Fitnah

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 318 hits
Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang membuat satu laporan polis berhubung penularan infografik mengandungi kenyataan berbaur fitnah yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Chow Kon Yeow Laporan oleh Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Zahar ...
Imam Ditetak Selepas Solat Subuh

Imam Ditetak Selepas Solat Subuh

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 469 hits
IMAM maut selepas ditetak sepupunya sebaik selesai menunaikan solat Subuh berhampiran surau Kampung Mamaitom Tenom pagi tadi Dalam kejadian jam 5 30 pagi itu Platani Ukir 35 yang juga imam surau berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian ...
Notis Bertulisan Jawi Waktu Solat Subuh Johor Berubah 8 Minit Bermula Januari 2020

Notis Bertulisan Jawi Waktu Solat Subuh Johor Berubah 8 Minit Bermula Januari 2020

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 520 hits
Ketika hangat isu penolakan tulisan jawi dalam silibus Bahasa Melayu oleh Dong Zong dan sekutunya pentadbiran negeri Johor kekal berpendirian Baru baru ini Jabatan Mufti Johor mengumumkan perubahan waktu solat Subuh di negeri berkenaan dala...
Ini Perkara Yang Wajib Buat Jika Terlupa Baca Doa Qunut Ketika Solat Subuh

Ini Perkara Yang Wajib Buat Jika Terlupa Baca Doa Qunut Ketika Solat Subuh

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 719 hits
Ini Perkara Yang Wajib Buat Jika Terlupa Baca Doa Qunut ketika Solat Subuh Apakah hukum jika imam tertinggal doa qunut Subuh dan tidak melakukan sujud sahwi atau sengaja meninggalkannya adakah wajib kita sujud sahwi selepas imam memberi sal...
Hukum Kedudukan Saf Solat Makmum Di Hadapan Imam

Hukum Kedudukan Saf Solat Makmum Di Hadapan Imam

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 279 hits
SOALAN Masjid di tempat saya ada dua tingkat Oleh kerana bahagian bawah lebih besar maka kedudukan makmum berada di hadapan imam yang berada di atas Soalan saya adakah sah solat seperti ini JAWAPAN Dalam mazhab Imam al Syafi e ada beberapa ...
Hilang Ghaib Di Gunung Si Ibu Tak Henti Berdoa Amp Solat Di Dalam Hutan

Hilang Ghaib Di Gunung Si Ibu Tak Henti Berdoa Amp Solat Di Dalam Hutan

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 362 hits
Sukan lasak dan mencabar antara aktiviti yang semakin diminat ramai Namun begitu pasti setiap aktivit yang kita ceburi mempunyai risiko tersendiri Aktiviti memanjat gunung kian popular dikalangan peminat sukan lasak Walaupun seringkali kita...
Rajin Solat Dhuha Usaha Isteri Ternak Rezeki Untuk Suami

Rajin Solat Dhuha Usaha Isteri Ternak Rezeki Untuk Suami

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 394 hits
Sesungguhnya rezeki itu milik Allah SWT Kita sebagai manusia boleh berusaha berdoa dan tawakal agar dipermudahkan rezeki Sokongan isteri sangat penting bagi memberi semangat buat si suami untuk mencari rezeki untuk keluarga Jika tidak dapat...
Tips Jitu Agar Mobil Tak Rusak Parah Akibat Terendam Banjir

Tips Jitu Agar Mobil Tak Rusak Parah Akibat Terendam Banjir

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 217 hits
Banjir yang melanda sejumlah titik di Jabodetabek tak hanya merendam rumah warga dan jalan raya Namun banyak kendaraan bermotor juga yang ikut terendam banjir
Doa Selepas Solat Dan Doa Doa Tambahan 9613

Doa Selepas Solat Dan Doa Doa Tambahan 9613

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 847 hits
Doa selepas Solat dan Doa doa tambahan Silakan kongsi Sumber
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri