Wakil Who Puji Tindakan Malaysia Tangani Koronavirus


KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) — Seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memuji tindakan pihak berkuasa Malaysia dalam mengurus dan membendung penularan jangkitan novel Koronavirus 2019 (2019-nCoV).
Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura Dr Lo Ying-Ru berkata kerajaan negara ini cemerlang dalam melakukan siasatan kesnya selain telus berkongsi perkembangan terkini bukan hanya kepada WHO tetapi juga kepada orang ramai.
“Kami (WHO dan orang ramai) boleh melihat semua maklumat, dan maklumat itu dikeluarkan dengan pantas di media sosial serta laman sesawang kementerian kesihatan, jadi saya rasa mereka telah melakukannya dengan baik sekali.
“WHO juga sentiasa berhubung dan berkongsi maklumat (dengan pihak berkuasa Malaysia), seperti garis panduan terkini… mereka meminta (garis panduan dalam menangani koronavirus) dan menggunakannya. (Secara keseluruhan) mereka begitu bersedia, berani dan rajin,” katanya kepada Bernama selepas muncul dalam program Bernama TV di sini hari ini.
Hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad mengesahkan dua kes baharu koronavirus daripada rakyat Malaysia yang dibawa pulang semalam dari bandar Wuhan di China yang teruk dilanda wabak koronavirus.
Pengumuman terkini itu menjadikan kes terkumpul koronavirus di Malaysia ialah 12.
Sementara itu, Dr Lo menasihati rakyat Malaysia yang mengalami gejala penyakit pernafasan seperti batuk, bersin atau sesak nafas agar segera mendapatkan nasihat perubatan.
“(Orang ramai yang mempunyai gejala ini) juga perlu mendedahkan sejarah perjalanan mereka bagi membolehkan pihak berkuasa perubatan menentukan sama ada anda berisiko menerusi satu ujian diagnostik.
“Tetapi saya rasa apa yang lebih penting adalah untuk mengingatkan semua orang bahawa mereka boleh melakukan sesuatu untuk mencegah jangkitan virus ini seperti mencuci tangan dan memakai topeng muka,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Wakil WHO Puji Tindakan Malaysia Tangani Koronavirus appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/05/wakil-who-puji-tindakan-malaysia-tangani-koronavirus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Novel Koronavirus Bukan Pandemik Penting Tangani Maklumat Salah Who

Novel Koronavirus Bukan Pandemik Penting Tangani Maklumat Salah Who

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 318 hits
Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada Selasa mengatakan novel koronavirus belum menjadi pandemik justeru memerangi penularan khabar angin atau maklumat palsu kini menjadi sangat penting lapor agensi berita Xinhua Pengarah Persediaan Bahaya Peny...
Who Puji Kerajaan China Bertindak Pantas Kawal Wabak Koronavirus

Who Puji Kerajaan China Bertindak Pantas Kawal Wabak Koronavirus

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 424 hits
Selasa yang lalu WHO telah melakukan mesyuarat tergempar yang akhirnya menisytiharkan darurat global untul wabak koronavirus Keputusan ini mendapat persetujuan dari semua kepimpinan WHO setelah ia diusulkan Bagaimanapun Ghebreyesus tetap me...
Satu Lagi Kes Di Johor Baru Empat Sah Koronavirus Di Malaysia

Satu Lagi Kes Di Johor Baru Empat Sah Koronavirus Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 450 hits
Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 24 Januari 2020 Foto BernamaKUALA LUMPUR 26 Jan Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan mengenai pengesanan satu lagi kes yang disahkan dijangki...
Koronavirus 74 Kontak Rapat Rakyat Malaysia Pertama Yang Dijangkiti Dikenal Pasti

Koronavirus 74 Kontak Rapat Rakyat Malaysia Pertama Yang Dijangkiti Dikenal Pasti

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 349 hits
PUTRAJAYA 5 Feb Sejumlah 74 orang telah dikenal pasti melalui pengesanan kontak susulan kes pertama rakyat Malaysia dijangkiti novel koronavirus 2019 kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Beliau berkata daripada jumlah itu 35...
Koronavirus Who Anggap Belum Tahap Darurat Antarabangsa

Koronavirus Who Anggap Belum Tahap Darurat Antarabangsa

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 344 hits
Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada Khamis berpendirian terlalu awal untuk mengisytiharkan wabak koronavirus yang melanda China sebagai darurat kesihatan global Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang akhbar selepas mesyuara...
Lelaki Malaysia Positif Koronavirus Didakwa Telah Berjumpa Kira2 100 Orang Di Kedah

Lelaki Malaysia Positif Koronavirus Didakwa Telah Berjumpa Kira2 100 Orang Di Kedah

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 328 hits
Rakyat Malaysia perlu lebih berhati hati menurut laporan mStar online lelaki berusia 41 tahun yang disahkan warga Malaysia pertama positif koronavirus dimaklumkan berkemungkinan telah bertemu dengan 100 orang individu Difahamkan lelaki itu ...
Kes Koronavirus Di Malaysia Meningkat Kepada 14

Kes Koronavirus Di Malaysia Meningkat Kepada 14

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 280 hits
Dzulkefly Ahmad menasihatkan orang ramai mengambil langkah pencegahan awal dengan mengutamakan kebersihan diri termasuk membasuh tangan dengan sabun serta memakai topeng hidung dan mulut PUTRAJAYA Malaysia merekodkan 2 lagi kes baru jangkit...
Pulang Dari China Penyanyi Malaysia Disyaki Koronavirus

Pulang Dari China Penyanyi Malaysia Disyaki Koronavirus

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 482 hits
Artis baharu yang menyinari dunia nyanyian tempatan Ika Mustafa kini dikuarantin di Hospital Sungai Buloh selepas disyaki dijangkiti koronavirus atau dikenali sebagai 2019 nCoV Menerusi status Instagram Stories yang dimuat naik di akaun med...
Koronavirus Wuhan Who Salah Tafsir Risiko

Koronavirus Wuhan Who Salah Tafsir Risiko

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 377 hits
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengaku tersalah dalam membuat penilaian mengenai wabak koronavirus Agensi berpangkalan di Geneva itu menjelaskan bahawa mereka telah menyatakan dengan tidak tepat bahawa risiko pada peringkat global adalah sede...
Why A Sunway Ijm Merger Must Be Opposed

Rumahkueh Kak Zu Traditional Malaysian Kuih Haven In Kajang Authentic Since 2000

Program Arab Saudi Winter Is Alive

10 Cadangan Perfume Lelaki Bau Alam Air Terjun Segar Natural Menarik

Skuad Futsal Harimau Malaya Memulakan Kem Latihan Pusat Di Arena Futsal Fam

Pilihan Raya Sabah Paling Gila

Ng999 Penggunaan Sistem Panggilan Kecemasan Negara

Pmx Dedah Perihal Kartel Dadah Seludup Dadah Menerusi Kontena Pelabuhan Klang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedai Pakistan Di Madinah

Monjauro Part 3

Sleeve Cup Custom Branding Murah Tapi Nampak Premium

Malaysia Catat Lebihan Akaun Perdagangan Setelah 14 Tahun Defisit

Ecrl Kejadian Runtuh Di Mrr2 Nasib Penumpang Sebuah Kereta

Rasa Lembut Rapi Dan Segar Macam Baru Di Cuci Softlan Hidupkan Pengalaman Just Washed Dalam Pawagam