Satu Lagi Kes Di Johor Baru Empat Sah Koronavirus Di Malaysia




Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 26 Jan ― Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan mengenai pengesanan satu lagi kes yang disahkan dijangkiti 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) malam tadi, menjadikan jumlah individu disahkan positif 2019-nCoV, kepada empat setakat ini
Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, kes yang disahkan petang tadi itu, tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tiga kes positif yang telah dilaporkan, semalam
“Kes terbaru ini merupakan seorang lelaki berumur 40 tahun yang berasal dari Wuhan, China. Kes (pesakit) itu tiba di Johor Baru pada Rabu (22 Januari) dengan menaiki bas dari Singapura. Kes datang bersama sekumpulan pelancong warga China seramai 17 orang kesemuanya; yang turut terdiri daripada isteri dan seorang anaknya
“Kes (lelaki) mula mengalami gejala demam pada  Khamis (23 Jan) dan keesokan harinya beliau telah pergi mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital swasta berhampiran. Beliau seterusnya telah dirujuk oleh pihak hospital swasta tersebut untuk menerima rawatan lanjut di bawah jagaan Pasukan Perubatan Penyakit Berjangkit Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru,” katanya
Dr Noor Hisham berkata ujian pengesanan dan pengesahan bagi kes ini, telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan pada petang tadi (25 Jan) pihak Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima pelaporan bahawa sampel pesakit terbabit didapati positif 2019-nCoV
Jelasnya ketika ini kes (lelaki) masih demam dan batuk, namun beliau berada dalam keadaan stabil
Katanya, pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor telah bertindak segera mengesan kesemua 17 kontak daripada kumpulan pelancong yang sama yang disertai oleh kes, dan melakukan saringan kesihatan bagi memeriksa status kesihatan mereka
“Hasil saringan mendapati mereka tidak demam dan tidak mempunyai sebarang gejala jangkitan. Sampel klinikal seterusnya telah diambil dalam kalangan kontak tersebut, untuk menjalani ujian pengesanan dan pengesahan 2019-nCoV di MKAK Sungai Buloh
“Kesemua kontak tersebut seterusnya telah diletakkan di bawah Perintah Pemantauan dan Pengasingan di tempat yang disediakan, sementara menunggu keputusan ujian yang dijalankan ke atas mereka,” kata Dr Noor Hisham. ― Bernamasumber : https://www.projekmm.com/news/berita/2020/01/26/satu-lagi-kes-di-johor-baru-empat-sah-koronavirus-di-malaysia/1831530KLIK DUIT HARI2 TERUS KE ACC BANK ANDA!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://manakedai.blogspot.com/2020/01/satu-lagi-kes-di-johor-baru-empat-sah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Satu Lagi Sah Positif Koronavirus Menjadikan Jumlah 8 Kes

Satu Lagi Sah Positif Koronavirus Menjadikan Jumlah 8 Kes

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 718 hits
Satu lagi kes positif 2019 novel koronavirus dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes yang disahkan di Malaysia meningkat kepada 8 setakat tengah hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berka...
Empat Kes Pertama Disyaki Koronavirus Di Malaysia Dikesan Ketua Pengarah Kesihatan

Empat Kes Pertama Disyaki Koronavirus Di Malaysia Dikesan Ketua Pengarah Kesihatan

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 776 hits
Empat kes yang disyaki merupakan jangkitan coronavirus baharu yang dikenali sebagai 2019 nCoV telah dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia baru baru ini Dua kes yang disyaki tersebut adalah dari Selangor dan dua kes lagi disyaki d...
Malaysia Sertai Senarai Negara Catat Kes Koronavirus

Malaysia Sertai Senarai Negara Catat Kes Koronavirus

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 577 hits
KUALA LUMPUR 25 JAN Tiga warganegara China yang dikurantin di Johor Bahru menjadi kes pertama koronavirus dilaporkan di Malaysia dengan penularan penyakit itu telahpun merebak ke Perancis Australia dan Amerika Syarikat dalam jumlah kes yang...
Kkm Sah 3 Kes Positif Koronavirus

Kkm Sah 3 Kes Positif Koronavirus

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 684 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan 3 kes positif novel koronavirus Menterinya Dzulkefly Ahmad berkata 3 kes tersebut merupakan keluarga terdekat kepada kes positif di Singapura yang melibatkan seorang lelaki berusia 66 tahu...
Kes Ke 4 Koronavirus Dikesan Di Johor

Kes Ke 4 Koronavirus Dikesan Di Johor

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 411 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan 1 lagi kes positif novel koronavirus di Johor selepas 3 kes dilaporkan pada awal hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan bagaimanapun berkata kes terbaru meli...
Terkini Keputusan Ujian Satu Kes Disyaki Koronavirus Di Sabah Disahkan Negatif

Terkini Keputusan Ujian Satu Kes Disyaki Koronavirus Di Sabah Disahkan Negatif

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 617 hits
Keputusan ujian makmal ke atas seorang pesakit yang disyaki dijangkiti coronavirus baharu yang dikenali sebagai 2019 nCOV di sebuah hospital di Sabah adalah negatif Keputusan terbaharu itu menjadikan keempat empat kes disyaki dijangkiti 201...
3 Kes Positif Malaysia Antara 14 Negara Kini Dikesan Ada Laporan Jangkitan Koronavirus

3 Kes Positif Malaysia Antara 14 Negara Kini Dikesan Ada Laporan Jangkitan Koronavirus

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 582 hits
Susulan daripada pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Malaysia hari ini Malaysia telah disenaraikan dalam senarai negara yang mempunyai kes jangkitan koronavirus bersama dengan 13 negara lain di seluruh dunia Confirmed coronavirus ...
Koronavirus Tiga Kes Baru Sedang Tunggu Keputusan Ujian Makmal

Koronavirus Tiga Kes Baru Sedang Tunggu Keputusan Ujian Makmal

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 436 hits
Sehingga tengah hari ini tiga kes baharu yang disyaki 2019 Novel Koronavirus sedang menunggu keputusan ujian makmal Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ketiga tiga kes baharu berkenaan diterima dalam tempoh 24 jam Daripa...
Tiga Kes Koronavirus Di Malaysia

Tiga Kes Koronavirus Di Malaysia

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 583 hits
KAKITANGAN perubatan merawat pesakit koronavirus di China FOTO AFPBERNAMATIGA warga China yang di kuarantin di Johor Bahru Johor disahkan positif bagi koronavirus kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Mereka adalah ahli kelua...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Bronzed Beauty A Lithe Yamaha Xsr700 Street Tracker By Crooked