Kes Koronavirus Di Malaysia Meningkat Kepada 14


Mohamad FadliDzulkefly Ahmad menasihatkan orang ramai mengambil langkah pencegahan awal dengan mengutamakan kebersihan diri, termasuk membasuh tangan dengan sabun serta memakai topeng hidung dan mulut. PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan 2 lagi kes baru jangkitan koronavirus yang masing-masing membabitkan seorang rakyat Malaysia dan warga China.

Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad berkata, keseluruhannya 10 kes membabitkan warga China dan baki 4 lagi ialah rakyat Malaysia.

“Kes baru melibatkan seorang wanita warganegara Malaysia berumur 40 tahun yang merupakan ahli keluarga (adik) kepada (lelaki) warganegara Malaysia pertama dilaporkan (positif koronavirus) pada 4 Feb lalu.

“Kes terbaru ini mempunyai kontak langsung dengan indeks kes semasa beliau pulang untuk sambutan Tahun Baru Cina di kampungnya pada 23 Jan,” katanya pada sidang media di kementeriannya hari ini.

Beliau berkata, wanita itu mula mengalami gejala demam dan sakit tekak pada 1 Feb lalu serta batuk pada 4 Feb.

Katanya, wanita itu kemudiannya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta.

“Sebaik ahli keluarganya (abang), iaitu indeks kes dikesan positif 2019-nC0V, beliau kemudiannya dijejaki pejabat kesihatan daerah (PKD).”

Dzulkefly berkata, wanita itu sedang dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor
Setar dan dalam keadaan stabil.

“Aktiviti pengesanan kontak masih dijalankan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.”

Katanya, satu lagi kes baru membabitkan seorang pelancong dari China yang tiba di Malaysia pada 25 Jan lalu bersama ibu dan 3 rakannya.

Beliau berkata, wanita China itu mendapatkan rawatan bagi gejala demam ringan di Hospital Kuala Lumpur.

“Doktor yang merawat beliau membenarkannya balik dengan dibekalkan ubatan bagi merawat gejala yang dialami dan juga ‘Home Assessment Tool’.

“Beliau dan ahli kumpulannya diarahkan tidak ke mana-mana bagi menjalani Perintah Pengawasan dan Pemantauan. Hasil pemantuan PKD mendapati beliau masih bergejala.”

Katanya, pelancong itu dirujuk ke HKL untuk menerima rawatan dan siasatan lanjut pada 5 Feb dengan ujian pengesahan menunjukkan beliau positif koronavirus pada hari sama.

“Beliau kini di wad isolasi HKL dan dalam keadaan stabil.”

Sementara itu, Dzulkefly berkata, 6 kes positif koronavirus itu ialah pesakit dalam siasatan (PUI), 6 lagi pesakit ialah kontak rapat dan 2 kes rakyat Malaysia dibawa pulang dari Wuhan melalui misi bantuan kemanusiaan.

“Dari 10 Jan sehingga 6 Feb, jumlah kumulatif kes PUI jangkitan koronavirus ialah 290 orang, di mana 188 warganegara Malaysia, 95 warga China dan masing-masing seorang warga Australia, Korea, Jordan, Brazil, Kanada, Bangladesh dan Thailand.

“Enam daripadanya disahkan positif koronavirus, 277 negatif dan 7 kes masih menunggu keputusan makmal.”

Katanya, sempena ketibaan Thaipusam pada Sabtu ini, beliau menasihatkan penganut Hindu serta pengunjung mengambil langkah pencegahan awal dengan mengutamakan kebersihan diri.

“Ini boleh dilakukan dengan kerap membasuh tangan dengan air dan sabun atau ‘hand sanitizer’ serta memakai penutup mulut dan hidung bagi mengelakkan dijangkiti koronavirus.

“Pusat Operasi Perubatan yang diselaraskan Hospital Selayang akan melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan bagi mencegah, membendung dan bertindak balas terhadap sebarang insiden yang mungkin berlaku.”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/kes-koronavirus-di-malaysia-meningkat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak Positif Koronavirus Dirawat Di Langkawi Sudah Sihat Kes Pertama Berjaya Dipulihkan Di Malaysia

Budak Positif Koronavirus Dirawat Di Langkawi Sudah Sihat Kes Pertama Berjaya Dipulihkan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 368 hits
Seorang kanak kanak perempuan warga China yang disahkan positif dijangkiti koronavirus dan dirawat di Hospital Sultanah Maliha Langkawi telah dibenarkan pulang Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia ha...
Tiga Kes Koronavirus Di Malaysia

Tiga Kes Koronavirus Di Malaysia

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 460 hits
KAKITANGAN perubatan merawat pesakit koronavirus di China FOTO AFPBERNAMATIGA warga China yang di kuarantin di Johor Bahru Johor disahkan positif bagi koronavirus kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Mereka adalah ahli kelua...
Doktor Malaysia Catat Kes Pertama Pulih Koronavirus Tahniah

Doktor Malaysia Catat Kes Pertama Pulih Koronavirus Tahniah

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 292 hits
Seorang kanak kanak perempuan warga China yang dijangkiti novel koronavirus dan dirawat Hospital Sultanah Maliha Langkawi disahkan pulih sepenuhnya dari virus berkenaan dan dibenarkan pulang Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abd...
Kes Koronavirus Pertama Di Malaysia Kkm Aktifkan 2 Pasukannya Kesan Aktiviti Di Lapangan

Kes Koronavirus Pertama Di Malaysia Kkm Aktifkan 2 Pasukannya Kesan Aktiviti Di Lapangan

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 521 hits
Susulan pengesahan tiga warga China di Malaysia disahkan positif koronavirus rakyat Malaysia mula menyuarakan kebimbangan masing masing kerana mengesyaki tiga warga China itu telah berhubung secara langsung dengan warga tempatan dalam perja...
Kes Pertama Koronavirus Di Malaysia Tiga Warga China Kini Di Hospital Sungai Buloh

Kes Pertama Koronavirus Di Malaysia Tiga Warga China Kini Di Hospital Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 757 hits
Kes pertama koronavirus di Malaysia tiga warga China kini dirawat di Hospital Sungai Buloh Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor disahkan positif koronavirus Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr ...
Kkm Sahkan Kes Pertama Rakyat Malaysia Dijangkiti Koronavirus

Kkm Sahkan Kes Pertama Rakyat Malaysia Dijangkiti Koronavirus

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 453 hits
Dua kes baharu Novel Koronavirus dikesan di negara ini ujar Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad Kes pertama melibatkan seorang warga China berusia 63 tahun dan seorang rakyat Malaysia berusia 41 tahun dari Selangor Rakyat Malaysia berkenaa...
3 Kes Positif Malaysia Antara 14 Negara Kini Dikesan Ada Laporan Jangkitan Koronavirus

3 Kes Positif Malaysia Antara 14 Negara Kini Dikesan Ada Laporan Jangkitan Koronavirus

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 441 hits
Susulan daripada pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Malaysia hari ini Malaysia telah disenaraikan dalam senarai negara yang mempunyai kes jangkitan koronavirus bersama dengan 13 negara lain di seluruh dunia Confirmed coronavirus ...
As Sahkan Lima Kes Koronavirus Dijangka Meningkat Beberapa Hari Lagi

As Sahkan Lima Kes Koronavirus Dijangka Meningkat Beberapa Hari Lagi

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 359 hits
LOS ANGELES Lima individu di Amerika Syarikat yang telah pergi ke Wuhan China disahkan dijangkiti koronavirus demikian menurut pegawai pegawai Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Jumlah tersebut merangkumi pesakit pesakit baharu yang tela...
Koronavirus Kematian Meningkat Kepada 106 Lebih 4 500 Kes Disahkan

Koronavirus Kematian Meningkat Kepada 106 Lebih 4 500 Kes Disahkan

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 317 hits
China mencatatkan sebanyak 4 515 kes disahkan koronavirus dan jumlah kematian akibat penularan virus baharu itu meningkat kepada 106 orang kata Suruhanjaya Kesihatan Negara China Loading Menurut agensi berita Sputnik pihak berkuasa kesihata...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today